Resepi

Menu Open House

Nak masak apa ye? Sedang merancang nak buat open house. Sedang mencari menu open house? Kadang² pening juga nak menentukan menu apa yang sesuai mengikut kemampuan kewangan dan tenaga.

Saya ada cadangan. Menu open house yang simple dan mudah, sesuai untuk disediakan sendiri. Saya tahu penatnya nak buat persiapan.

 

Pilihan Nasi

  • Nasi tomato + ayam masak merah + jelatah
  • Nasi ayam
  • Nasi himpit + kuah kacang

Pilihan Mee

  • Laksa
  • Mee rebus
  • Mee sup
  • Mee goreng
  • Meehun sup
  • Spaghetti
  • Makaroni ( goreng, bakar @ sup )

Pilihan puding atau agar-agar

Kuih Muih

Buah-buahan

  • Tembikai
  • Oren

Minuman

  • Air Oren
  • Sirap Limau

Bahan lain yang perlu disediakan

  • Pinggan
  • Mangkuk
  • Sudu/garfu
  • Cawan
  • Tissu
  • Plastik sampah

Open house biarlah simple dan tuan rumah mempunyai ruang yang cukup untuk beramah mesra bersama tetamu. Tak perlu menu yang berbagai sehingga tak tersusun, tak teratur dan terurus.

Ada cadangan menu open house lagi? kadang² sibuk sampai terlupa beberapa perkara yang penting. Bukan saja soal menu yang perlu difikirkan, mengemas dan susun atur perabut rumah pun perlu difikirkan untuk keselesaan tetamu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

One thought on “Menu Open House

Comments are closed.