Cekodok Pisang Sedap Etnik Bidayuh
Resepi

Cekodok Pisang Sedap Etnik Bidayuh

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pagi ini saya buat cekodok pisang. Cucur pisang yang sering kita panggil jemput-jemput pisang atau cekodok pisang. Biasanya kita ramas atau lenyek pisang dan digaul bersama tepung.

Pagi ini saya buat cekodok pisang yang tak perlu lenyek pisang. Anak-anak saya suka bila kali pertama kami makan cekodok pisang seperti ini sewaktu lawatan ke  perkampungan etnik Bidayuh Homestay Kampung Benuk, Kuching, Sarawak.

Masa suami saya bertugas di Algeria 3 tahun lepas, saya pernah buat kelas memasak cara-cara memasak cekodok melalui Video Call. Baca entri di sini – Cara Buat Cekodok Pisang Resepi Matlutfi

Pisang yang digunakan adalah pisang emas dibawa belayar atau  jenis pisang yang dimakan mentah, bukan pisang jenis yang digunakan untuk ‘pisang goreng’ .

cucur pisangbancuhan tepung
Buat bancuhan tepung , tidak terlalu cair seperti tepung gorengan pisang yang biasa. Boh gula 1 sudu dan secubit garam. Jangan banyak sangat gula sebab cekodok ini akan terlebih manis dari rasa pisang.

bancuhan tepung pisang
Potong pisang menjadi kiub satu inci atau saiz yang diingini.

cucur pisangcara goreng pisang
Goreng pisang setiap kiub pisang menjasi satu ketul cekodok. Tanda-tanda hitam di kuali adalah bukti kasih sayang perut yang terlalu lama diuruskan..hehehe

cucur pisangpisang goreng sedap

Siap….. mudah senang dan sedap.  Gorengan pisang seperti ini ‘makan minyak’, alas dengan tisu dapur.  BIla gigit, terus terasa kemanisan pisang.

Resepi asal yang saya dapat daripada Isabel , tuan rumah homestay yang kami tinggal di Kampung Benuk diletakkan cheese.

Kulit pisang jangan dibuang, ada khasiatnya untuk tanam-tanaman.

pokok tanduk rusa

Letak kulit pisang dicelah-celah perdu pokok tanaman, contohnya pokok orkid atau paku pakis Tanduk Rusa.  Kulit pisang adalah baja yang berkhasiat untuk pokok jenis ini.

Nota :  kenapa kita menyebut pisang goreng sebagai “goreng pisang” berbanding cempedak goreng atau keledek goreng

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Cekodok Pisang Sedap Etnik Bidayuh

    1. pisang yg dah lembik yg kita tak makan, yg dah busuk sikit2 tu pun boleh dipotong2 halus dan letak di celah pokok sebagai baja

  1. nampak sedap jugak buat begini.. lebih asli pisangnya.. kalau buat cekodok pisang pun saya suka kalau banyak pisang berbanding tepung.. baru terasa manis pisang tu..

    1. Bukan…. bukan

      Ini bukan kategori pisang yg kira gorwng seulas tu.. tu adunan tepung lain.

      Ini mcm cekodok yang pisang kita hancurkan kita lenyek tu… tp dia tak hancurkan pisang. Dia boh seketul seketul

Comments are closed.