Cara Memasak Lokan Sedap
Resepi

Cara Memasak Lokan Sedap

lokan

Menurut Kamus Online DBP, lokan bermaksud kerang besar ( Polymesoda placans ) dan kepah merujuk kepada binatang laut seperti  kijing ( kepah air tawar – freshwater clam ) atau nama lain sebagai kima. Apa pun nama yang dipanggil mengikut daerah masing-masing, ini adalah lokan merujuk kepada tempatnya di Besut, Terengganu.

Minggu lepas, saya ke Felda Tenang, Besut dan kami dihidangkan dengan 20 kilo lokan yang baru dikutip.

lokan bakar

Antara beberapa panduan mengenai cara memasak dan memakan lokan.

  • Biarkan lokan ini di dalama bekas tanpa diisi air. Kalau diisi air, lokan akan keluarkan air yang berada di dalam cengkerangnya dan mengantikan air yang baru diisi tersebut. Maksudnya air di dalam cengkerang bukanlah air asal habitat lokan.  Lokan tak mudah mati kerana ia mengandungi simpanan air di dalam cengkerangnya.
  • Apabila membakar lokan, biarkan diatas api dengan satu arah sahaja, tak perlu diterbalikkan kerana air yang berada di dalam cengkerang akan mengalir keluar.
  • Antara tanda lokan dah masak, cengkerangnya akan terbuka dengan sendirinya. Di dalam cengkerang terdapat isi lokan dan air. Lokan dimakan bersama dengan air yang terdapat didalam cengkerang tersebut.

Rasanya… kena rasa sendirilah baru tau sedap ke tidak!

Biasanya korang masak lokan macam mana? Masak lemak cili api ke? Masak pedas ke?

Nota : sila abaikan ayam BBQ tersebut..hiks!

rambutan
Bukan saja lokan, ayam BBQ malah sebelum balik, tuan rumah siap sediakan durian, rambutan, dokong dan salak untuk dibawa balik.  Terima kasih Akma…. itu pun katanya cempedak belum masak.  Suruh datang semula 2-3 minggu lagi.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Cara Memasak Lokan Sedap

  1. owh..lamanya tak pekena lokan..dulu2 masa kecik, arwah mak selalu masakkan..lokan masak pedas..sedap makan panas2 dengan nasi putih… owh..(sambil mengelat air liur yg sedang meleleh)

  2. Lokan memang sedap ya.. namun sayangnya di daerah saya cukup sulit untuk mendapatkan makanan yang berasal dari hasil laut nie

      1. ha’ah.. walaupun ramai yg gi cari kt tempat tu lokan tak pernah abis, sentiasa ada.. memang tak menghampakan orang yang gi cari.. cepat betol dia membiak.

Comments are closed.