Nemo hilang lagi, untuk kali ketiga. Untuk pengetahuan, Nemo bukanlah seekor clownfish tetapi kura-kura jenis red-eared slider.
Nemo…….. baliklah. Kat luar tu bukan ada orang tolong suapkan bila nak makan.
Maafkanlah Kak Intan……….. dia memang suka menyakat. Dia gelak tak hengat bila Nemo dan Dori terpatuk² dinding akuarium bila nampak makanan di luar bekas.
Baliklah Nemo…. Kita janji, tak ejek Nemo GemOz lagi… lepas ni kita sama² berdiet ye. Nemo tak gemuk pun… cute dan comel saja.
Dori pun rindu Nemo . Pagi ni dia tak breakfas pun.Balik ye Nemo, temankan Dori sun bathing.
Moral of the story : Jangan cepat mengalah, walau 95% cubaan anda gagal, dengan kecekalan tanpa jemu, akhirnya berjaya juga ( melepaskan diri seperti Nemo )
p/s – sedang menunggu air kolam kering…usaha terakhir to finding Nemo.
Air dah cetek, nak kena turun membelek semua perdu pokok..aish…kerana seekor Nemo, ikan lain pun menjadi mangsa kena kacau!
EDIT : 4.15PM
Akhirnya Nemo telah ditemui. Amboiiiiiiiiiiii dia, pergi jejalan tak reti nak balik rumah.
Nampak je Nemo dalam kolam ( saya pun sebenarnya dalam kolam juga ) terus sauk je .
Nemo ni memang aktif… tak duduk diam berbanding Dori. Nak memanjat je. Kalau lepas kat lantai, Nemo terus memecut lari. Dori lain.. dia duduk diam, keluarkan kepala toleh kiri, toleh kanan…jampi serapah dua tiga minit baru dia gerak cari tempat nak menyorok.
Cerita kecoh kujie dan anak kura² dah habis…sekian! Terimakasih kerana memberi perhatian.
huhuhu… kalau dia menyahut, mau lari pecut 400 meter kak jie kita sorang ni…
rajin betul kak jie mencari Nemo tu. 🙂 nasib baik jumpa erk
sebelum ni ada byk – ada yg mati, ada yg hilang…akhirnya 2 ekor ni je yg kekal… harap2 dptlah membesar bagai johan 😆