Nemo hilang lagi, untuk kali ketiga. Untuk pengetahuan, Nemo bukanlah seekor clownfish tetapi kura-kura jenis red-eared slider.
Nemo…….. baliklah. Kat luar tu bukan ada orang tolong suapkan bila nak makan.
Maafkanlah Kak Intan……….. dia memang suka menyakat. Dia gelak tak hengat bila Nemo dan Dori terpatuk² dinding akuarium bila nampak makanan di luar bekas.
Baliklah Nemo…. Kita janji, tak ejek Nemo GemOz lagi… lepas ni kita sama² berdiet ye. Nemo tak gemuk pun… cute dan comel saja.
Dori pun rindu Nemo . Pagi ni dia tak breakfas pun.Balik ye Nemo, temankan Dori sun bathing.
Moral of the story : Jangan cepat mengalah, walau 95% cubaan anda gagal, dengan kecekalan tanpa jemu, akhirnya berjaya juga ( melepaskan diri seperti Nemo )
p/s – sedang menunggu air kolam kering…usaha terakhir to finding Nemo.
Air dah cetek, nak kena turun membelek semua perdu pokok..aish…kerana seekor Nemo, ikan lain pun menjadi mangsa kena kacau!
EDIT : 4.15PM
Akhirnya Nemo telah ditemui. Amboiiiiiiiiiiii dia, pergi jejalan tak reti nak balik rumah.
Nampak je Nemo dalam kolam ( saya pun sebenarnya dalam kolam juga ) terus sauk je .
Nemo ni memang aktif… tak duduk diam berbanding Dori. Nak memanjat je. Kalau lepas kat lantai, Nemo terus memecut lari. Dori lain.. dia duduk diam, keluarkan kepala toleh kiri, toleh kanan…jampi serapah dua tiga minit baru dia gerak cari tempat nak menyorok.
Cerita kecoh kujie dan anak kura² dah habis…sekian! Terimakasih kerana memberi perhatian.
dari bela kucing, hamster..baik bela kura2…cuci air sekali sehari, bagi makanan 2 kali sehari..sudah.
makanan dia murah pula tu…40g ( rm 6) sebotol tu tahan 3-4 bulan
sila ikat tali kat leher die ye ahaha
merajuk betul Nemo ye hehe
senang tak bela ? ank bee yg sulung minta kura2 sebagai hadiah lulus periksa kelmarin tk beli lg tk pernah ibunya bela kura2 ishish
Assalamualaikum,
Akhirrrnya….jumpa juga. Pi jejalan dalam ujan rupernya. Nasib baik tak panggil bomba 😉
Nemo.. lepas ni tak mau hilang lagi dah
eeeeee!! saya ada juga! 3ekor! dulu 2ekor je upin ipin nama dia.. hahahaha lepas tu ipin mati.. tinggal upin sorang2.. lepas tu adik cakap mesti upin sunyi tak ada geng nak bergurau.. adik pegi beli lagi 2ekor.. tapi tak bernama.. kehkehkeh.. upin skang dah besar tapak tangan cuma yang 2ekor tu je kecik lagi sebab baru.. 😆
susah kak long, sbb panggil tak menyahut 😆
Waalaikumsalam…
tak susah nak jaga
tukar air sekali sehari
bagi makan 2 kali sehari..itu je
merajuk lari rumah…merajuk lari rumah…hehe 😆
peganglah…. seronok tau, kura2 ni bkn pemalu mcm yg selalu kita anggap..mgkn sbb dah biasa nampak org, jenis tak menyorok
yang susahnya panggil tak menyahut…
dah jumpa ni..lepas sehari suntuk berkubang dlm kolam
Dori dgn Nemo…tu dah ada 😆
Kura kura tu tak pernah diam..sekejap2 ditolak batu ke sana, ke sini…kejap panjat atas badan sesama sendiri..sedaya usaha dia nak lepaskan diri. Akhirnya dgn sebab2 kelalaian kita yang sedikit ( tak tutup ketat2 penutup ) dia boleh bebaskan diri.
Sikap yang baik 😆
tak reti nak panggil nama lain dah…serasi tu nama, mmg mcm movie
itu je teman kak jie kat rumah….bersembang walau dia pun tak pernah menyahut 😆
kura2 tu hari2 dilepas kat lantai rumah..tapi dlm pengawasanlah
yang ni kes terlepas tanpa sedari..hiks
itulah topo, tak sangka pula…….nama dia tu serasi pula dgn movie tu
aktif sangat, kita tak menjangka apa dia mampu buat
semalaman hilang… sebab petang semalam dah gelap, lagi pun lepas hujan… pagi2 dah buang air kolam, turun mengagau 😆
ada besar ada yg kecik…. salah Intan, penutup tu dia pergi letak je tak pasang ketat2…kura2 tu kaki dia kuat, sekali tolak je
dlm bekas tu ade batu, ade pokok..dia memanjat
penutup dia tak letak ketat2
dia tolak penutup…. 😆
kura kura bijak
lesek gak kura2 ye…igtkan suka dok diam je..
tak pernah jemu nak mencuba nak lepaskan diri, mmg semangat mcm ni kita kenal ambil..utk pengajaran.
leka sikit je, hilang!
tak pasal2 hari ni basah kuyup berkubang cari dia dlm kolam 😆
sekali hilang, kecoh makcik satu twitter 😆
Nemo nak main nyorok-nyorok pulak… 😆
assalamualaikum..
kak kujie..
mmg cute lah nemo…
ayu teringin nak bela..
tapi…..
siapa nak uruskan??
hehhhe…
ikut perangai sape nih. hmmmm…. 👿
oo ingatkan ikan, rupa-rupanya kura-kura. cute la, rasa nak pegang je.
dah buat report polis belum 😆
alahaiiiii sian nemo…kang lapar nanti, jenuh gak nak cari sbb kecik je kan
rasanya kakjie kena cari kapel kat si nemo ni..hehe
ye la, hilang je..:D
wow, uniknya..
Memang Finding Nemo sungguh! Mudah-mudahan sihat walafiat sahaja Nemo tu. Panjang langkah juga dia yeh! Macam anak-anak remaja nak explore dunia luar.
Bab jangan patah semangat tu, saya memang ‘salute’ cerita animasi oghang putih ni. Seekor ikan pun boleh mengingatkan kita seorang manusia…. Belajar juga dari alam dan isinya
Dia nak main hujan petang semalam kot
kena tukar nama kot, nama nemo ni memang suka dicari.. 😛
dia manjat batu…kendian pokok kelapa…lepas tu tatau
tengok2 dah hilang dari semalam lagi
memang..kalau Nemo dan Dori..beza sgt..si Nemo tu tak pernah dok diam
merajuk…kita org selalu panggil dia “nemo gemok”
aaa,si comel ni hilang lagi?
jmp kawan baru ke?aish.
nemo,sila carik jalan pulang… 😉
nakal nih nemo 😆
macam mana boleh hilang?…
dah macam mencari anak yang hilang jerk… 😆
salam kak kujie..
nemo dah boring kott…syik dok dalam akuarium sajer..
amik2 angin..
hahaha memang sesuai la nama nemo tu.. asek hilang je
nemo ni asik break dari prison je. hebat! 😀
emm dia ada misi menyelamat dgn rakan wonderpets yg lain kot kak…kalau hilang lbih 24 jam nampaknya kenalah buat operasi menyelamat lagi nih… 🙂
menjejak kasih lagilah nampaknya. hhm akuarium kene lagi besaq kot
mmg banyak kes kura-kura ilang ni..pelik ugak macam mane leh kuar dari ‘sangkar’ tu
Hihihi..memang gigih si nemo tu..
Dengan cengkerangnya yang berat lagi..
Akuarium tu tinggi kan..
Macam manalah dia boleh memanjat keluar tu..
Selamat memulakan usaha pencarian kak jie..
hebat betul ni. berapa kali hilang dah.