Wanted : Finding Nemo
Peribadi

Wanted : Finding Nemo

Nemo hilang lagi, untuk kali ketiga. Untuk pengetahuan, Nemo bukanlah seekor clownfish tetapi kura-kura jenis red-eared slider.

Nemo…….. baliklah.   Kat luar tu bukan ada orang tolong   suapkan bila nak makan.

Maafkanlah Kak Intan……….. dia memang suka menyakat.  Dia  gelak tak hengat bila Nemo dan Dori terpatuk² dinding akuarium bila nampak makanan di luar bekas.

Baliklah Nemo…. Kita janji, tak ejek Nemo GemOz lagi… lepas ni kita sama² berdiet ye.  Nemo tak gemuk pun… cute dan comel saja.

Dori pun rindu Nemo .  Pagi ni dia tak breakfas pun.Balik ye Nemo, temankan Dori sun bathing.

Moral of the story :  Jangan cepat mengalah, walau 95% cubaan anda gagal, dengan kecekalan tanpa jemu, akhirnya berjaya juga ( melepaskan diri seperti Nemo )

p/s – sedang menunggu air kolam kering…usaha terakhir to finding Nemo.

Air dah cetek, nak kena turun membelek semua perdu pokok..aish…kerana seekor Nemo, ikan lain pun menjadi mangsa kena kacau!

EDIT : 4.15PM

Akhirnya Nemo telah ditemui.   Amboiiiiiiiiiiii dia, pergi jejalan tak reti nak balik rumah.

Nampak je Nemo dalam kolam ( saya pun sebenarnya dalam kolam juga ) terus sauk je .

Nemo ni memang aktif… tak duduk diam berbanding Dori.  Nak memanjat je.  Kalau lepas kat lantai, Nemo terus memecut lari.  Dori lain.. dia duduk diam, keluarkan kepala toleh kiri, toleh kanan…jampi serapah dua tiga minit baru dia gerak cari tempat nak menyorok.

Cerita kecoh kujie dan anak kura² dah habis…sekian!  Terimakasih kerana memberi perhatian.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Wanted : Finding Nemo

  1. sebelum ni ada byk – ada yg mati, ada yg hilang…akhirnya 2 ekor ni je yg kekal… harap2 dptlah membesar bagai johan 😆

Comments are closed.