
Selepas 2 minggu, akhirnya seorang kakitangan Maybank telefon memaklumkan hasil penyiasatan mereka tidak berlaku sebarang ketidak ‘betulan’ kepada Automatic Teller Machine (ATM). Secara ringkasnya beliau menyatakan kesilapan sewaktu pengeluaran wang Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja tidak berlaku.
Dua minggu lepas, saya menggeluarkan wang Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja ( RM 500 ) melalui salah satu mesin ATM Maybank tetapi wang yang saya terima cuma berjumlah Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Sahaja ( RM 450 ).
Saya jarang sekali membilang wang yang keluar dari mesin kerana faktor keselamatan. Kalau boleh, wang tersebut terus keluar dan masuk ke dalam kocek seluar tanpa dilihat orang lain. Maklumlah saya ini makcik separuh usia emas, sekali jentik saja boleh melanyang. Saya ada pengalaman kena ragut, jadi setiap detik hati berdegup kencang bila mata bertentang mata dengan seseorang dalam keadaan begitu. Saya akan mengelak untuk berada lama di dalam kawasan ‘berduit’
Tetapi pada pagi 12 November 2012 , wang yang keluar dari mesin berkeadaan pelik. Biasanya wang yang keluar tersusun kemas dan senang dicapai. Pengeluaran saya awal pagi tersebut agak ganjil kerana wang yang keluar ada yang terlipat dan tidak tersusun.
Kerana ganjil dan luar biasanya keadaan tersebut, saya membuat keputusan untuk membilang jumlahnya. Dua tiga empat kali saya ulang . Keputusan tetap sama – sembilan ( 9 ) keping wang Lima Puluh Ringgit ( RM 50 ) yang berjumpa RM 450 bukan RM 500 . Kurang sekeping.
Waktu urusan bank belum dibuka, saya terpaksa menunggu. Saya perlukan wang segera. Nak gunayang keluar dari mesin tadi, saya takut. Saya fikir, ini adalah bukti jika diperlukan sewaktu membuat laporan nanti. Rasa rasa perlu jujur dan bertanggungjawap dalam keadaan begitu.
Akhirnya saya keluarkan lagi wang di mesin bank yang berlainan untuk kegunaan segera tersebut.
Selesai membuat laporan , saya menunggu.

Sesekali buat juga semakan online melihat kalau-kalau ada deposit RM 50 .
Hari berganti hari, saya lupa……….. lupa peristiwa tersebut, lupa untuk follow up kes tersebut.
Sehinggalah semalam bila menerima panggilan dari Maybank.
Laporan dari center , memaklumkan mesin tersebut tidak berlaku ‘kesilapan’ audit. Menurut beliau, kemungkinan saya tidak mengambil wang yang keluar secukupnya dan ada seseorang yang lain yang telah mengambilnya. Mungkin juga begitulah jalan ceritanya. Saya tidak ada bukti untuk mengiakan atau menidakkan hasil post mortem yang dibuat.
Kalau jawapannya mungkin, saya juga ada beberapa kemungkinan. Tetapi kejujuran bukan ada nilainya jika bersangkut dengan wang.
Apa lagi saya perlu cakap, terima saja sebagai satu kifarah atas dosa lampau. Ujian Allah untuk tahap kesabaran. Saya bukan maksum , yang tidak pernah melakukan salah dan silap. Lainlah dengan segelintir umat yang akan mengeluarkan kata ” padam muka…. tu lah balasan Tuhan” seolah-olah mereka sendiri tidak pernah melakukan dosa dan tidak pernah ditimpa musibah dan ujian.
Pernah nampak orang memadamkan muka seseorang yang melakukan kesilapan dengan gembira riang rianya? Tengoklah di dinding Facebook atau susur masa Twitter.
Wah ni bener-benar menguji kita untuk bersabar…
sukses selalu buat anda 🙂
pernah berlaku pada saya. tekan untuk keluar duit tp duit tidak keluar. check baki sudah kurang.
buat aduan segera, bank ambil masa 2 minggu juga. itupun wife saya yg bising2 kat pegawai tu. nak harap saya..saya cakap, takpelah bukan rezeki.
masa yg berlainan..masuk duit kat cash deposit. duit ditelan, tapi tiada resit dan urusan dibatalkan.
segera buat aduan. pada masa tu saya tiada akaun bank di bank berkaitan. jadi duit tersebut terpaksa di transfer ke akaun wife saya. skrg dah ada akaun bank.dah ok.transfer secara online je
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Semalu – Jamal Abdillah feat Allahyarham Samad
saya penah terkena..tp d mesin cash deposit, masukkan duit lepas tu mesin sangkut , keluar resit error jee..masa tu pukul 11.30 mlm, esoknya cuti hari pekerja…punye gelabah tuhn je thuuu..jumlah kat dalam tu tak pasti berapa sebab main masuk jee … bila report 2 mngu bru dpt blk..tu pn xdpt pnuh sbb xpasti jumlh..huhu mngkn kena kifarah jg sbb bhnti kje ntis 24jm terus kluarkn gji msukkn dlm bank lain…kikiki p/s kira dlu duit sblm buat cash deposit..
Jom terjah post menarik dari chekmud ..Gotong royong Bubur Assyura Masjid Saidina Abu Bakar As Sidiq
terima aje seadanya. tak boleh nak kata apa dahh..
Jom terjah post menarik dari titan ..Kentang goreng Banting cicah Sos Matahari.
saya yang keje bank pun akan malu kalau ada kes2 macam nih…
nasihat saya – buat report sejurus selepas kes tu berlaku di kaunter. tapi kalau after office hours, probability alasan yang diorang gunakan adalah sama macam yang akak kena nih…
Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Definisi Saya Tentang Jutawan Hartanah
kak jie keluarkan duit awal pagi, jam 8 lebih
tak pergi mana², tunggu bank buka terus buat aduan pd hari yang sama, bank yg sama
kes ni terjadi kat saya juga semalam. saya keluarkan rm1000 tapi bila balik rumah kira ada rm950 je…pelik…sebelum ni xpernah pn jd mcm ni…tapi betul mcm kak cakap, duit yg keluar tu berlipat & ada yg ada soletape..
Ramai yang tak kira duit dari atm kerana percaya bank dan sistemnya jarang silap. Tapi kesilapan mesti boleh berlaku, kena waspada sentiasa ni supaya tidak kerugian.
Jom terjah post menarik dari Luke ..Penulisan berkualiti ialah SEO terbaik.
saya biasa kira dulu duit setiap kali lepas keluarkan dari mesin atm.. benda2 mesin ni bukan boleh percaya sangat..
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Batal Solat Salah Baca Al-Fatihah
kok bisa begitu ya..
Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP
bahaya jugak nih, tak pernah kena lagi macam tu. agaknya kalau kena kat saya terus je saya report ke center dan terjah bank tersebut bila bank buka keesokannya. bwk sekali apa2 yg patut.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Rambutan Kuning Si Rambutan Gading
wow..RM50 jugak tu…dah tersurat bukan rezeki kak jie..
tapi kalau saya pun termenung lama jugak la mengenangkan RM50 tu…lepas pampers anak 2 orang..hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..iPhone 5 Gadget Impian
Assalamualaikum,
Pengalaman saya di Penang masa outstation hari minggu: kad ditelan, duit tak keluar…baki dlm akaun kurang ratus2. Bila buat aduan setelah balik KL hari Isninya…hingga setengah tahun baru depa bagi jawapan. Dan jawapannya adalah: mesin ATM x rosak, duit tu mmg saya keluarkan…, malah saya disalahkan kerana hari isnin baru buat aduan. itupun di KL, bukan di Penang. Mereka jangka saya akan batal penerbangan semata2 kerana itu dan melopong tunggu di kaki lima hingga mereka buka bank pada hari Isnin? so, soal kita terima atau tidak, bukan tanggungjawab mereka utk ambil tahu.
Makanya, terpaksalah tawaduk pada hati memujuk diri sendiri bahawa itu caranya sesetengah khilaf kita dilangsaikan.
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Takdir Diubah Dengan Doa – Ustaz Azhar Idrus
Duit keluar ada yang berlipat-lipat?
Ada kemungkinan tersangkut kat mesin tu.
Kan best kalau rm50 tu kakjie guna utk belanja saya makan 😀
Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Bagaimana Untuk Mendapatkan Semula Akaun Twitter Yang Digodam
payah jugak kalau camtu..tapi kalau kita tertinggal duit kat mesin ATM tu tak ke mesin tu menjerit..kalau pihak bank meletakkan kecuaian pada pelanggan, apa fungsi sebenar PIDM ? kata simpanan kita dijamin.
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Tutorial untuk mengundi iPhone 5 gadget impian
dari apa yang saya faham, kaedah dia audit adalah untuk tengok berapa keping yang dah keluar dari ATM dan berapa banyak yang tinggal. sepatutnya rm0. tapi kalau ada rm50 so masih ada sekeping yang belum keluar walaupun sepatutnya dah.
tapi dalam kes kak jie mungkin tak de. so dia kata la tak de.
tapi kalau duit terlipat…. saya rasa masa dia counting masuk ke peti besi pun dah salah. teori je la 😀
Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Gaharu – Oud
kujei..masaalah yang sama..acik keluarkan rm 100 je..yang keluar memang satu je rm50.oo..rasa tak yakin dah dengan mesin2 ni tapi nak buat camanakan
Kalau nak diikutkan, rasanya staf bank tu memang takde alasan yang boleh digunapakai lagi dah utk menyelamatkan dorg sendiri. Mereka tak ada option selain meletakkan ‘blame’ kpd kita semula. Simple, dorg tahu mmg kita takde bukti.
Jom terjah post menarik dari faizul ..Waktu untuk naikkan prestasi kerja
ada pernh dgr dah cerita gini….takkan pihal bank tak perihatin kut aduan lain..saya jrg bilang konon ykin dgn ATM..iskk..kena bilang la lepas ni…
Jom terjah post menarik dari nz ..kaji semula akta kebankrapan 1967:salah siapa, akta,penghutang atau pemiutang
ujian Allah kak jie,
tapi pelik jugak kalau duit keluar berlipat dan tak kemas dekat mesin ATM..
Jom terjah post menarik dari Prima Bawal ..Asal Usul Nama Tudung Bawal
Memang susah nak buktikan kalau bank dah kata macam tu….tak dapat nak buktikan dengan kejujuran 🙂 .Halalkan, insyallah Allah akan tambah kut lain pulak.
Tak pernah kawe kena.. tapi biasalah bank. Simpan duit suka. Kasi duit adehhh…
Jom terjah post menarik dari Dulu Lain Sekarang Lain ..How To Use ‘Only’
saya pula kad ATM kena telan….minta bantuan maybank keluarkan kad…kad patah…aduhh…pastu kena tunggu 3 hari baru siap kad tu…nasib baik ada buku…keluar duit pakai buku dulu…
sabar kak jie…ujian dar Allah S.W.T
Jom terjah post menarik dari Norizwan ..Masjid khas homoseksual di Perancis
ujian daripada Allah s.w.t.
Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Kurang Berat Badan Adalah Maqasid Puasa
terbaiklah kak jie…
bila kita redha, kita akan tenang dan lega..
terima kasih kak jie berkongsi rasa
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Sakit Perut:Ketahui 10 Simptom Radang Appendik
Yang penting diri kita selamat…Amin… Mungkin akak boleh minta cctv buat tayangan semula…
alamak… amalan yg sama saya lakukan.. lepas keluarkan duit dari ATM terus tak bilang pun.. masuk poket dan cabut.. uhuk!
Jom terjah post menarik dari maza ..Di Atas Ranjang Itu
redha jer lah. anggaplah sebagai kaffarah dosa kita yang lampau. dan jgn lupa berdoa supaya duit yg hilang itu digantikan dengan segera oleh Allah dengan rezeki yg lain. tak semestinya ganti dengan duit
Jom terjah post menarik dari sohoque ..Durian Crepe, Akhirnya Dapat Juga Aku Menikmatinya
salam kak Jie…
Moga Allah gantikan dgn yg lebih baik…
Jom terjah post menarik dari epal ..Parut jerawat
mama dia xboleh cek melalui cctv ke tunjuk bukti pd kita..
(Menurut beliau, kemungkinan saya tidak mengambil wang yang keluar secukupnya dan ada seseorang yang lain yang telah mengambilnya.)
Cerita saya berlainan pula. Mesin deposit wang kertas koyakkan duit RM50. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan November
banyak pengajaran dari kisah ini.. mungkin ada hikmah nya dari ALlah.. apa-apa kita perlu redha..
Jom terjah post menarik dari muazfaris ..Kuasai Bahasa Arab Amiyah di Bumi Mesir
Dulu saya lain pula. Masa tu memang perlu duit tapi tiada ATM public bank yang terdekat. Jadi pergi ATM Maybank. Pergi mesin ATM pertama minta RM50 tapi tak keluar, ingatkan masalah ATM sebab orang depan pun ada masalah juga nampaknya. Pergi ATM sebelah pula, minta lagi RM50 tapi tak keluar juga. Pelik juga masa tu tapi cuba lagi di sebelahnya mesin ATM ketiga, RM50. Tak keluar juga.
Mula-mula ingatkan tiada apa-apa tapi bila pergi bank lain, tengok-tengok RM150 dah kurang. Menyesal juga masa tu tak ambil resit. Bila pergi public bank kata saya ambil duit di bandar 20 minit dari tempat asal saya keluarkan duit. Follow2, akhirnya terpaksa mengalah. Apa boleh buat.
Jom terjah post menarik dari Naziman ..Gadget iPhone 5 ada tugasan baru ya
ada kawan pernah terkena macam ni, buat report kat bank mmg diorg akan kata audit betul, tapi ni sebenarnya keje org yg masukkan duit dlm atm tu kak, diorg akan lipat duit tu pada satu belah, jadi mesin akan baca ada 2 keping, bayangkan kalau org tu buat utk setiap 20 keping….fuhhh… rasanya dulu ada kes yg kantoi buat keje ni…
sebab tu duit yg kita dapat kat atm tu mcm alignment lari sket, sebab tebal dia senget akibat duit berlipat tu…
Jom terjah post menarik dari Rizal ..Tips Hartanah – Teknik Beli Rumah Tanpa Modal
erk…ada lak yang buat kerja macam tuh yer…hmm…
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Contact Lens Murah
kalau benarlah ada manusia yg buat, moga dia sedar dan insaf
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Menang Buku Percuma Sekarang!
Assalamualaikum,
niza keluarkan duit di mesin atm bank Islam dgn kad rhb. kad keluar balik, resit pengeluaran pun keluar. yg tak keluar…duit!!! masa tu urgent sbb nak bayar duit ambulance. ketika itu bapa dibenarkan pulang dari hospital, kononnya bapa dah sangat sihat. tapi bapa kata badan dia amat lemah tak mampu utk bergerak dari katil pun. jadi kami guna perkhidmatan private ambulance. dgn duit tak keluar, bapa kesakitan, mak pula high fever di rumah ketika itu. telefon rhb, mereka kata 2-3 mggu baru dapat. tak ke menyusahkan. perkara2 ini tak sepatutnya berlaku sbb bukan semua org ada cash yg banyak setiap waktu. dah byk kali sangat dengar perkara seumpama ini.
anggap saja balasan tuhan .. ermm 🙂
Jom terjah post menarik dari puanbee ..iPhone 5 gadjet impian : tugasan baru.