Cara Isi Borang UPU Online
Pengetahuan Am

Cara Isi Borang UPU Online

Edit :  9/1/2014 –  Tarikh Beli Nombor Unik ID 2014 – klik sini – Tarikh Beli Nombor Unik ID/ Nombor PIN BSN 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Panduan mengisi borang  permohonan UPU Online

  • Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier –  http://upu.mohe.gov.my
  • Baca Manual Panduan Mengisi Borang UPU 2014  di  [ sini ]

PERMOHONAN

Masukan butiran berikut (muka depan):

  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID;
    • Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan bayaran RM 10.60  di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
    • Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • Kata laluan Sila masukkan samada gabungan (nombor dan huruf) atau (angka dan huruf) di antara 6-8 aksara. Contoh: abc123/123abc/a123b. dan pengesahan kata laluan;
  • Nama Ibu – Masukkan nama yang ringkas dan mudah diingati.
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej. Sekiranya kod yang dipaparkan kurang atau tidak jelas, sila klik butang Refresh pada browser anda

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

borang daftar permohonan upu
contoh mukasukar permohonan upu

A. MAKLUMAT PERIBADI

No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA

Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN

Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

borang upu maklumat akademik

D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF

Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.

E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM

      1. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
      2. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
        • Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
        • Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.

borang pilihan program upu ipta

Pernyataan Ya atau Tidak

Menerima Tawaran Luar Pilihan

KEMASUKAN KE TEVT & ILKA

Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN

Pernyataan Ya atau Tidak

  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN
  • Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT

Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan

Semak semua maklumat yang telah diisi

  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

 

CARTA ALIR PERMOHONAN UPU ONLINE – di sini

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Cara Isi Borang UPU Online

  1. Assalamualaikum , tumpang tanya , kenapa borang UPU saya tidak mempunyai halaman pengisian keptusan SPM dan kokurikulum. saya ingin mengemaskini borang UPU saya tetapi tiada perubahan dalam pengisian borang tersebut . Sekian , Maklum balas amat dihargai

    1. Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan update semula angka giliran & tahun SPM dari masa ke semasa.

      1. salam… saya kurang jelas dgn jwpn talian internet yang tidak stabil tu. kalau kurang stabil, saya kena kemaskini semula atau tidak?? jd saya cuma nk tau, lepasan spm 2013 memang kena isi keputusan pepriksaan dan maklumat kokurikulum itu atau tidak??… sbb saya tahu ramai risau dgn masalah ini…

  2. salam…saya nak tanya mse nk isi Pilihan Program Pengajian tu nape cume ade politeknik,UMP,UPM dan UNIMAP je Universiti lain tak de ke?please help me 🙁

  3. asalamulaikum,saya pelajar lepasan spm tahun 2013,saya telah membuat pemohonan borang upu bagi tahun 2014/2015 dan telah bjaya mgisi tetapi saya telah tlupa menekan button pengesahan maklumat dan terus menekan button sah dan hantar,macamana saya nak print slip pengesahan maklumat terbabit sebagai bukti pemohonan saya.saya telah mcuba untuk mgemaskini tetapi mengalami masalah di colum pemilihan kategori yang x dapat dipilih,macamana saya nak mgatasi masalah ini.adakah saya perlu memohon sekali lagi.Harap bantuan.

  4. salam , saye nak tanya tentang log in upu . saye nak tau berape kali lagi kita boleh log in untuk kemaskini upu. and then , kali kedua saya nak log in tu saye tekan permohonan dan bukan pada kemas kini . saye risau sebab permohonan hanya boleh dilalkukan sekali dan kemaskini hanya tiga kali dan borang untuk bahagian kokurikulum takde . saye takut kalau mengganggu permohonan saye ke upu .

    1. semasa saya isi borang upu melalui internet pun tiada bahagian kokurikulum.. risau perkara itu mengganggu permohonan saya.. apa yang patut saya buat ? terima kasih..

      1. Jgn risau. Ni masalah paparan sahaja. Masalah ni disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan update semula angka giliran & tahun SPM dari masa ke semasa.

  5. assmlkm,saya ade masalah tiada ruangan borang maklumat kokurikulum…mcm mana yer?takut nanti permohonan sy x sah….tolong bls…

  6. salam…saya nk tanye…saya da mohon upu tuk lepasan stpm..tp sye x tau mcm mana nk cetak slip tu…sye tgk x de pun tmpt nk cetak..dia kata bkak kt new tab..tp x de pun…sye x tau la…blh tlg sye?????

    1. salam..nak tanya,kmarin nya saya dah isi borang upu then tertekan apa ntah terus xboleh nak mgemaskini dah..apa yang ptut saya lakukan ?

  7. kenapa masa saya isi maklumat keluarga tu keluar bendalah ni ? ape kehel pulak ? help me ..

    Query SQL Kemasukan Maklumat keluarga tidak dapat dilakukan:INSERT command denied to user ‘upu_apps’@’192.168.1.71’ for table ‘mhnupu_keluarga’

  8. Assalamualaikum , saya ingin menanyakan mengenai pengisian UPU 2014/2015 bagi lepasan SPM 2013 untuk bahagian maklumat kokurikulum? Saya dan beberapa rakan lain mendapati tidak ada lagi bahagian untuk pengisian kokurikulum dalam permohonan UPU. Terdapat kemusykilan dalam hal. Mohon penjelasan dalam hal ini , kerana saya takutkan permohonan saya telah salah ?

  9. as salam

    nak tanya masa isi borang UPU bagi tahun 2014/2015 tidak ada bahagian kokurikulum ya.

  10. borang upu ni, bermaksud untuk smua ipta ke ? mcm mane nak search ipta yang lain ? maksud saya, saya nak pilih unimas, apa link untuk permohonan pelajar sesi 2014/2015 bagi unimas tu ??..saya try seacrh, tak boleh…smua nya tunjuk bagi sesi 2013/2014..saya buntu..

  11. salam, kenapa bila saya buat permohonan dan kemaskini, saya tak jumpa ruangan yg memerlukan saya untuk isi keputusan spm ?

    1. untuk permohonan kategori A (spm 2012) , ruangan tu mmg tak ada kerana UPU akan mendapat keputusan terus dari KPM. Cuba baca panduan mengisi borang untuk maklumat lanjut

  12. tumpang tanya,dalam borang tu ada dia mintapasal pekerjaan bapa kn? So misalnya bapa dah xda,macam mana tu?

  13. salam kak, kalau saya yang belum dapat result spm lagi ni, macam mana kak? macam mana saya nak isi keputusan spm saya kat bahagian akademik tu kak? guna result trial boleh ke kak? tapi result trial saya tak berapa nak ok sangat… ada peluang ke..
    Jom terjah post menarik dari fareeda ..kita semua samaMy Profile

  14. sy nk tnye,jika kita dah tekan sah n hantar
    kita dah x bleh baiki smula ke?
    i’ve made a sevaral mistake!!!

  15. saya buka laman web upu kementerian pelajaran malaysia untuk buat permohonan@isi borang upu tapi saya diminta untuk mempunyai pengisian adobe reader/plugin’ adobe reader.maksudnya?sampai sekarang saya x dapat lagi isi borang upu

  16. salam.. nk tanya no pin upu n no pin lepasan matrik sama ke..?? kedua-duanya untok permohonan ke ipta ke..??

  17. Salam. Bahagian Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan Keluarga
    no.15 – Status Pekerjaan
    untuk – c. Pemohon
    Bahagian nie saya perlu isi tak ?

  18. tumpang tanya..kalau kita sdh tekan butang hantar kat borang upu tu…boleh kemaskini kah lagi??

Comments are closed.