Hari ini 1hb dis 2010……tak ada yang istimewa.Cuma hari ini hujan di awal pagi yang menggembirakan ramai pekerja asing.Tapi saya tetap dengan tugas seperti biasa.
Hari ini di tugaskan di kuari di Bonlahwa. Bila tengok tinggi yang menggayat…terfikir juga akan keselamatan.
Bila fikir bab keselamatan, teringat keluarga di kampung. Teringat wajah isteri dan anak2 di tanah air.
Satu ketika dahulu, di waktu begini (12 malam di Malaysia) saya sukar melelapkan mata, banyak yang difikirkan. Isteri di sebelah terus mengadu dan merengek kesakitan … dek kerana baby yang dikandungnya meronta2 meminta dilahirkan. Ianya berlarutan sepanjang malam.
Apa yang dapat saya lakukan hanyalah memujuk dan menenangkan isteri agar dapat bertahan sehingga benar2 sampai waktu untuk melahirkan anak.
Maklumlah baru pukul sembilan malam kami balik dari hospital setelah dua hari satu malam berada di wad bersalin untuk menanti proses kelahiran anak sulung kami.
Apa yang memusykilkan saya , kenapa ada cecair yang keluar,adakah ianya air ketuban?……takkan doktor tak tahu. Kalau air ketuban kenapa disuruh balik dulu dan datang balik ke hospital bila benar2 sedia untuk melahirkan anak ?
Basah lencun tilam di pembaringan isteriku.

Akhirnya pagi pun menjelma…….
Setelah memberi kata2 semangat saya ke tempat kerja . Di kantin , semua rakan2 bertanya khabar. Saya menceritakan apa yang berlaku. Malangnya saya telah dimarahi seorang sahabat yang lebih senior (En Yusri).
“kalau kau sayang anak dan isteri …..pergi bawa isteri kau ke hospital sekarang……sekarang”.
Dia terus berlalu masuk ke dalam office dan menguncikan dari dalam, tanpa membenarkan saya memasukinya.
“Pergi….aku kata pergi,aku tak mahu tengok muka kau kat sini…..pergi”.
Teriak En yusri lagi. Saya masuk ke kereta untuk menuruti arahan En Yusri.
Sambil memandu saya telefon kakak di Meru untuk mendapatkan nasihat serta pandangan. Dan……… dapat “sebakul marah” lagi.
Timbul lagi kemusykilan ……kalau kritikal ,kenapa doktor boleh lepaskan dari wad suruh balik ke rumah?
……musykila….buku muskila (masa tu ….ayat france ni belum wujud lagi)
Namun saya teruskan niat membawa semula isteri ke hospital. Bukan hospital HTAR Kelang, tetapi rumah bersalin (Klinik Salina) bersebelahan Balai Polis Klang. ( dalam perjalanan sempat singgah sarapan di Seksyen 16 Shah Alam…. call adik di rumah suruh hantar beg baby… masa² kritikal macam ni pula boleh terlupa nak bawa beg )
Bila jumpa doktor dan menceritakan masalah (Dr Kumar) , terus doktor kata….“kita akan buat pembedahan sekarang”.
Saya jadi terkedu dan termenung. ( dalam perjalanan menaiki tangga ke bahagian atas klinik ( bilik pembedahan ) darah dah mula meleleh hingga menitis di atas anak tangga )
“Kenapa?……kamu tak cukup duit? kalau tak cukup duit…saya akan tulis surat kepada doktor di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah dan mereka akan terus buat pembedahan”.
Saya lebih tersentak bila Dr Kumar menyebut HTAR Kelang sebab di situlah penderitaan isteri bermula. Isteri discharge dari 9 malam sebelumnya.

Perlukah saya ke sana lagi?
Dan saya terus buat keputusan untuk melahirkan bayi kami melalui “tingkap” di Klinik Salina.
Akhirnya tepat jam 7.00 malam setelah 3 hari 2 malam menderita ,terdengar tepukan bertalu2 dan diiringi tangisan baby. Ianya sedikit sebanyak meredakan ketegangan saya di luar bilik operasi.
Pintu bilik operasi dibuka….“En Anwar….baby boy” bisik jururawat agak kuat.
* umur Along genap sebulan – nak ke klinik buat suntikan… dan kereta ini keluar sehari selepas kelahiran Along. Proton Iswara 1st edition ( Nov 1992)
Saya memasuki bilik pembedahan dan menatap untuk pertama kalinya anak kami yang baru dikeluarkan dari rahim isteri. Saya periksa semua jari jemari dan meminta dimandikan dahulu..kerana saya tak sampai hati melihat kesan dibadan baby boy tersebut…..berlumuran dengan taiknya sendiri.
Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana menurut doktor baby tidak memakan taiknya sendiri. Ada kesan biru di belakang badan baby akibat kelemasan dalam kandungan. Dua hari dalam kandungan yang amat sakit. Jadi ….benarlah air yang membasahi tilam isteri semalaman itu adalah air ketuban. Saya bersyukur baby kami tidak mati kekeringan.
Saya merasa lega dan gembira disamping emak yang baru sampai beberapa minit dari kampung untuk menyambut cucu dari anak lelakinya.
Sementara itu isteri masih didalam bilik operasi …..meneruskan operasi yang masih belum selesai.
Gembira……dapat anak lelaki sihat dan isteri selamat di bilik operasi. Amin…
* 4 generasi – Along adalah cicit
Entri ini ditujukan khas buat Along dari Abah di Algeria…SELAMAT HARI ULANG TAHUN (yang ke 18) semoga hidup dilimpahi rahmat dari Yang Maha ESA. Ketahuilah penderitaan yang MAMA tanggug tidak sebegitu mudah untuk diterjemahkan dalam perkataan mahu pun ayat.
salam kujie.. well mcm tu ler someone rindu pada yang disayang
Jom terjah post menarik dari nur misnan ..Jom kita tengok siapa yang kena
…….
tak terkata..
syahdu gak..
Jom terjah post menarik dari izwan ..BILA SI DIA BERTANYA
Salam Kak Jie…
Huhu… cemburunya su dengan pengalaman itu…
Selamat ulangtahun buat along. Moga hidup sentiasa diberkati Allah dan hanya yang baik-baik berlaku dalam kehidupan.
Jom terjah post menarik dari suara ..Cakap siang pandang-pandang
memang terharu..
anak sulung dah umur 18..
Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..cintakan dia
nice entry
den baca sampai habis
wah,kenapa hospital awalnya suruh balik yer
pelik betul doktor tu
nasib yg lain prihatin dan alhamdulillah bayi selamat hingga dah besar remaja
syukur2
Along, anda mempunyai bapa yang terbaik yang dapat dipinta oleh semua anak. Tahniah dan Happy Birthday.
Sangat terharu baca penulisan ni, worth every words.
Terima kasih untu post ni 😉
Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..How they corrupt us- and get away with it
bergenang airmata,
hanya satu sahaja yang dapt menghilangkan kesakitan yang pernah ditenggung satu ketika dulu..
anak yang soleh..
entry paling touching..dapat kami rasakan betapa tulus kasih ibu bapa dan kasih antara keluarga..
rasa meluat juga pada HTAR, sebab umah mak ayah saya area Andalas depan HTAR tu la..serik juga sebab mak lahirkan adik kecik kat situ
Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Dari 7 orang- 6 orang dah lepas Tinggal 1 je
Isteri aku pun dah overdue sampai 5 hari tapi pintu x bukak. Sian dia kena masuk ubat 2 biji. Masa nak masuk ubat ke-3 tu dah 4 cm tapi bila dr cek, dr kata baby dah berak, terus dr tu pecahkan ketuban. Terus tukar dr ubat biji tukar jadik ubat air tu.
Sian tgk isteri meronta kena ubat air tu.. mmg sakit sebab paksa masak pintu rahim. Isteri kena masuk air dlm labor room dr 5:30 ptg sampai last skali pukul 1:49a.m baru baby kuar. Aku kat sebelah hanya mampu suruh isteri bersabar dan ingat Allah je.
Baca kisah nie terus refresh memory aku. Rindu la kat anak isteri kat Perlis. Minggu depan nak balik sana. Yay..
Jom terjah post menarik dari Anwar Osman ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop
komen terbaik di abad ini. komen tuan blog kepada suaminya. I LIKE Y(^_^)Y
Jom terjah post menarik dari Anwar Osman ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop
selamat hari lahir buat Along 🙂
Jom terjah post menarik dari Azrul Hisham ..Cara Mematikan Soalan-Soalan Sama Yang Diterima Setiap Hari
typo la pulak.
*pengorbanan seorang ibu, dan seorang bapa 🙂
Jom terjah post menarik dari serol ..Isu logo halal JAKIM-tak habis-habis
selalu dengar cerita waktu dilahirkan dulu dari mak ngn abah. buatkan saya berfikir betapa besarnya penogbaranan seorang ibu, dan seorang bapa.. touching2.. 🙂
Jom terjah post menarik dari serol ..Rambling on early December-jangan malu bertanya- nanti sesat jalan
auw! hehe.
*hargailah pasangan masing2
Jom terjah post menarik dari Affuan ..First things first
🙂
sweet entry..
p/s: nasib baik ayah saya tak pandai godek blog, kalau tak hari-hari menjejeh air mata baca..
Jom terjah post menarik dari liyana ..I ♥ organic bag
Huhuuhuhu abah memang terbaik! Terharu baca entry nih, jarang ada bapa yang nak tunjukkan kasih sayang dengan cara nih! Proud of you!
Jom terjah post menarik dari CikLiyana ..TAHNIAH ANDA PEMENANG GA HATIKU HATI GETAH !
terkesima kejap kak jie baca husband kak jie tulis… along, happy befday.. jgn nakal2 kat kolej..
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Aku ingin sedar dan berubah
ya Allah.. sungguh menyentuh perasaan! ini ialah hasil nukilan si ayah untuk anaknya! sungguh terharu sampai bergenang air mata ni membaca hingga ke akhir titik tu..
sungguh, pengorbanan ibu sangat besar, tidak dapat di balas walau dengan apa cara sekalipun!
selamat hari lahir untuk along juga.. 🙂
bertuah along dapat Mak yang sporting dan abah yang prihatin! 🙂
owh…shahdu..
Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Selamat Pengantin Baru Mak Chik!
first time baca luahan hati ayah di hari jadi anak!
sungguh terharu *sob!sob!*
hepi birthday along!
Jom terjah post menarik dari m is for munira ..Jadual yang Padat
terharu juag membaca ni..bagus jugak info yang saya dapat dari entry ni..thanks for the nice entry. 🙂
Jom terjah post menarik dari nabilpotter ..Gambar – Superb Water Drops By Corrie White
tak tahu nak cakap apa lagi, pengalaman abg memang satu yang cukup bernilai, dan membuatkan saya teringat balik sewaktu isteri sy melahirkan anak kami tahun lepas, 3 hari 2 malam saya tidur di hospital menunggu kelahiran anak kami
sampai sy bertengkar mulut dengan doktor minta doktor bedah isteri saya sebab tak sanggup lihat kesakitan yang dialami oleh isteri untuk melahirkan anak kami…
sebaliknya sy dimarahi lagi dan ugut saya,masih kekal sampai skerang kata-kata doktor tersebut ” kalau saya bedah sekarang isteri awk, apa2 jadi awk nak bertanggungjawab”, terkedu sy dibuatnya dan akhirnya mengalah…
dan memang benar apa yang saya rasakan, malam tu anak dalam kandungan dah berak dan makan tahi, pembedahan segera terpaksa dilakukan pada tengah malam..dan alhamdulillah semuanya selamat
Jom terjah post menarik dari mijie ..Terima duit dari Western Union
terharunya baca entri nih. kasih seorang bapa. syukur jugak kak jie dan along takde apa-apa. hepi besday to along, semoga berjaya dlm hidup.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Bahagia Bapa Dipenjarakan
nice sekali 🙂
Jom terjah post menarik dari mijie ..Terima duit dari Western Union
Semoga Along membaca dan ambil iktibar keperitan ibunya melahirkan nya…
Dan, Selamat Hari Lahir.. semoga semua yang di idamkan akan tercapai.. amiinnn
Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..KAHWIN & HUJAN RAHMAT
selamat bertambah usia!
😛 selamat hari lahir along.. ke hujung dunia mana pun along pg, kasih syg sewaktu mengendong 9 bln dan keperitan mama along melahirkan along x kan lenyap di telan masa..
Jom terjah post menarik dari laily ..lara hati
So sweet! Selamat ulangtahun kelahiran utk Along. Semoga menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia dan akhirat.
happy birthday Along =)
terharu baca cerita ni..
Jom terjah post menarik dari kech ..Aku Sibuk Kot
kak jie, saya sedih dan saya juga menangis.. lebih2 lagi saya ni pun sedang menunggu hari nak bersalin .. syukur alhamdulillah kak jie dan along selamat .. happy besday along, semoga menjadi anak yang soleh dan seorang pemimpin islam pada masa akan dtg..
Jom terjah post menarik dari L@n@ ..Selepas Tren- Rapid Bas Wanita Pula Muncul
tiap kelahiran anak ada cerita tersendiri
ini pengalaman pertama – mmg ada kisah yg mendebarkan
terimakasih…bagi pihak along
terimakasih………
sibuk ke sejak blk HK ni…
Amin… terimakasih Yan…
Along skrg ni sedang menyambung pelajaran dalam bidang yang sama dengan abah dia…. menurut jejak 😆
selalu blogger mak² yang tulis
kali ni dari luahan hati pihak bapa
kisah dan jalan cerita lain…
sob…sob… kak jie lagi lah iza..tak sangka betul ada entri ni di blog…pagi2 buka blog tgok ade kisah ni..apa lagi…hujan di pagi hari 😉
amboiiii……..budak tu tiap minggu pun minta duit belanja dari mama dia lagi … mcm pergi Algeria tu boleh je terbang dari laman rumah 😆
Betullah tu..lagi2 kalau anak pertama…pengalaman pertama jadi ibubapa. Kami ni rasanya dok ulang cerita kisah ni beratus kali…selalu dlm kereta waktu memandu….dok ulang dok sebut semua pengalaman ni…walau dah bertahun2 berlalu.
skrg anak tu dah lebih tinggi dari mama dan abah dia…huhuh 😀
semua ibubapa tak akan lupa rasa itu, pengalaman tersebut…masih jelas tergambar walau dah bertahun-tahun berlalu
apa yang naknya?
anak?
kahwin dulu ye…. 😆
*Nangis pagi-pagi*
Syukur Kak Jie dan Along selamat.
Happy birthday Along, semoga jadi anak yang baik.
Kak Jie bangun pagi je terbaca entri pun dah nangis²….selalu baca kisah dari pihak blogger perempuan ( ibu) 😐
Salam Kakjie,
sob…sob…terharunya baca 😀 sikit lg nk berginang air mata nie *over pulak* hehehe
buat along, moga berjaya dalam hidup dan menjadi anak soleh, insyaallah amin 😀
happy birthday along! 😎
Sedihnya bila baca..Mujur along selamat..
Selamat hari lahir along 🙂
Jom terjah post menarik dari Nadya ..Dahulu Koc Untuk Wanita Kini Rapid Bas Wanita Pula Untungnya Menjadi Wanita
Abang……… walau pun sepanjang 18 tahun , pengalaman ini beratus² kali abang cerita, berulang²….. baca entri ini saya tetap memangis lagi…dan lagi…dan lagi……
rasa tu tak pernah hilang, tak pernah lupus tak pernah tak ingat…. semua tetap jelas dalam memori.
Terimakasih……. sayang abang! 😳
erk… terkedu kejap. kalau aku jadi anak en anwar.. konfem aku bawak mama dia pergi bercuti ke algeria jumpa sama abah dia. haha.. series touching. hanya yang dah jadi bapak jer tau macam mane keadaan yang diceritakan. nampak jelas gambaran tu depan mata.
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Ok… Kerja sangat banyak Meja dah berterabur
selamat ulangtahun kelahiran ye along…alahai..sebaknya…so sweet 🙂
benar,jasa ibu bapa itu tak terbalas dgn kata2…
Jom terjah post menarik dari ata ..Optimis dan Berstrategi-Syarat Lengkap Sebuah Kemenangan
wah…nicenya…nak gak…hapi besday along…
Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Review Bulan November 2010
terharu bila baca entri ni 😥