Peribadi

Senyum pagi

Selepas kecelaruan hormon semalam, saya perlu sesuatu yang ‘segar dan hijau’. Saya perlukan oksigen untuk memenuhi 300 juta alveoli di dalam paru-paru . Hari ini ‘binatang buas dan segala parasit’ tidak lagi menganggu gugat perasaan.  Hari ini saya bebas dari  segala jenis bahan² pencemar atmosfera. Blog ini disimbah aroma segar dan oksigen yang berqualiti hasil dari tanam-tanaman taman hutan rimba saya yang sekangkang kera itu .

All good things must come to an end, i”m moving on , hopefully to better things.  Saya tidak akan  biarkan  serangan ‘ parasit’ melumpuhkan hidup saya yang indah ini.  All I need now is just a rest and a peaceful mind.

Kesejahteraan hidup yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitarnya.  Mari kita berinteraksi dengan sumber oksigen saya pagi ini.


7.15 pagi – Setelah ditinggal sendirian, Intan & Angah ke sekolah, abang pergi kerja saya terus menikmati teh panas di balkoni. Disebalik bukit bukau depan rumah, kabus masih menyelubungi pagi. Hari yang indah apalagi melihat tanaman  saya yang segar dan sihat.

Sebulan berpuasa dan sekarang masih sakan beraya, kesian pokok² yang kurang diberi perhatian.

Leka habiskan masa pagi ini mengintai anak² ikan berkejaran bebas dicelah² perdu ‘banat’ .  Dating ye…!

Asplenium nidus dan pegaga masih basah disirami hujan semalam.

Juraian Platycerium wallichi ( tanduk rusa )

Dah siap berinteraksi di taman?   Dah… dah…. pergi sambung kerja masing².

Pagi ini ku tersenyum indah sekali
Ku lihat lagi mentari berseri-seri
Nafasku… hatiku… masih disini

Mungkin kita takkan berjumpa lagi
Ku ingin kau bahagia
Mungkin kita takkan berjumpa lagi
Akan kuberikan senyum yang terbaik untukmu

Akankah ku temui segar udara pagi
Bisa jadi esok hari akan berganti
Dirimu…diriku…takkan abadi
– Senyum pagi – Laluna.

… ada rutin harian yang perlu disiapkan….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Senyum pagi

  1. Aku pun tersenyum dan berasa lapang hati tatkala memandang gambar-gambar pada blog ini yang hijau dan tenang saujana mata memandang…

    ODs last blog post..The X Files

    1. @nikillas, kalau tak dpt oksigen yang sihat, kena guna generator ozon… 😆 tapis segala molekul ‘jahat’ di atmosfera, :mrgreen:

  2. isk..dpt dugong lg sedap..tp dugong bleh makan ke? lgpon boleh ke kita bela dugong ? bukan spesies terancam ke tuh ?

    |1f34|-|1r3s last blog post..Plurk link downloads you might missed

  3. skarang sy dh penuh oksigen..sedut dari pandangan mata,gambar2 ijau yg ada kt blog kak jie..kire lebey kurg mcm..amik bau pun jd le.. :mrgreen:

    krieszs last blog post..Fobia

  4. saya suka nampak ijau2 gini..kalau pale serabut..tenang hati and kepala..takyah telan panadol..

    arins last blog post..Tiba-tiba aku teringat…

  5. Laaa…cantiknya garden kujie ni…..jeles lak….memang teringin nak buat garden camni….tapi kena tunggu dpt pindah ke rumah sendiri laaa. Tie tak perasan yang kujie dah buat entry baru ni…betul2 ketinggalan…malu lah.. Lain kali kena datang selalu…hi hi…Yang kat bawah tu belum baca lagi. Tak de masa lak. Ada jemputan ptg ni. Nanti dtg lagi ok. 😛

    Ties last blog post..Persahabatan

    1. @Tie, uik Tie… dia tu lagi lagu buat posting,belum sempat baca tengok2 dah 2-3 entri…cergas minum kacip fatimah ke?

      saya ni lemau mcm lemang basi….lepas raya :mrgreen:

    1. @yonna, awk tu yg tak moh singgah…dtg selalu
      tapi ade je aktivitinya…
      ngehh..parasit jgn hirau lah yonna
      try banding apa yg kita ada dgn apa yg derang ada?
      kurangkah hidup kita?
      susah ke hidup kita?
      derita ke hidup kita?
      tak kan…………….so abaikan je….
      sebab kita macam “kita” lah ada parasit yg ingin dekat :mrgreen:

    1. @suealeen, awatnya pula sue…pms pula ka?
      hahaha..itu la kehidupan sue….
      kita tatau apa yg kita akan tempuh esok lusa
      sbb kena nikmati apa yg kita miliki saat ini 😆

    1. @Mak Su, taman tak berjaga dekat 2 bulan tu maksu
      mcm hutan rimba..semak samun

      sbb tu semlm sy jumpa singeeeee…hahahaha :mrgreen:

    1. @zany, hahaha….gores dan menang kot…
      semlm tu…bad sikitlah..tersentap hati
      hari ni…………semalam dah berlalu, wat ape nk kenang..gitulehhhh
      sy tak suka org lain merosakkan mood saya..so kena hepi2 gitu…

  6. Salam Kak Jie..wah terlepas trip jalan2 pagi ke taman sebab la ni dah tengah hari.
    Agaknya Kak Jie tengah bersilat kat dapur time ni 🙂

    1. @iza, hehehehe… tu arr rugi dtg rumah kak jie dah tenghari…
      pagi2 ade gak teh o…
      kak jie g sekolah tadi, cikgu tepon..intan muntah2 kat sekolah..

    1. @muadzlife, hahahahah…..tak kan satu je
      cuci kain. ampai..sapu..mop…..masak tu dah tegak matahari
      actly..kelas dah bermula lepas cuti ari tu… :mrgreen:

    1. @cakap kosong, bab tak payah g bercuti tu yg seksa nk dengo tu
      sbb tu tiap kali cuti sekolah…anak2 sedara dtg brkubang… 😆

  7. Intan senyum bila baca entri yg sebelum ni… Masih ganaz lagi ke? Nanti lari semua anak2 ikan takut dgn Kak Jie.

    Dah… jgn dilayan PMS tu. Layan novel lagik best! 🙂

    intans last blog post..Peminat Ben 10

  8. wah kak jie…besar btol laman umah…siap ada swimming pool lg..dlm swimming pool tuh ada ikan jaws tak? takut ! 😕

    |1f34|-|1r3s last blog post..More munchy’s & melamine issues

    1. @|1f34|-|1r3, bukan swimming pool tu…tu kolam berendam je..bukan berenang…kecik je.. 😆
      ade kolam ikan leh mancing..meh la mancing..ikan yg remaja sedia utk dipancing :mrgreen:
      ade dugong je….kehkeh..mcm mat gebu ckp…
      ( dia perli kak jie le tuuuuuuuuu…) 😛

Comments are closed.