Anak, Pengetahuan Am

Alam teruna

Kebiasaannya setiap pagi saya bersembang dengan Angah sebelum dia ke sekolah.  Duduk di tangga sementara dia mengikat tali kasut, cukup untuk  saya buat beberapa  ulangtayang ‘pesanan penaja’.  Mak² membebel katanya tetapi kalau diterjemahkan secara ilmiah akan menjadi nasihat.

Saya bagitahu dia supaya lebih berhati² berkawan.  Saya sedar beberapa perubahan fizikal, emosi dan psikologi  sejak dia dah akil baligh . Saya sedar sebulan dua ini perkembangan hubungan sosial dengan kawan²nya. Dia mula pandai berinteraksi dan mempunyai kelompok rakan sebaya sendiri.

Dibandingkan dengan Along , Angah agak kurang bercampur dan bersosial dengan kawan². Dia kurang meminati aktiviti di luar rumah. Lebih tekun dengan komputer dan membaca buku.

” Kawan² Angah ada yang merokok tak ?”

” Tak de kot…”

” Jangan nak tipu Abah… Abah taulah…mesti ada “ Sampuk suami.

” Ada, tapi mama jangan risaulah Angah anti-rokok “

Suami saya dan hampir semua adik beradiknya ( kecuali seorang ) termasuk ipar duai tidak merokok. Sekiranya bapa atau ahli keluarga terdekat perokok, janganlah anda cuma mengajar ketam berjalan betul. Ibubapa adalah idola / model untuk anak². Semuanya bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun kenalah ubahlah diri sendiri dulu.

“Hati² pilih kawan, kadang² dia orang rapat dengan Angah hanya untuk kepentingan diri saja “

Merujuk kepada kekerapan kawan² dia bertandang dan mengodek komputer di rumah saya.  Saya tahu apa yang mereka buat kerana komputer saya ditempat terbuka dan saya berada berdekatan.

” Angah yang untung mama, tiap kali Angah  tolong dia orang pasal komputer atau Angah tolong download, dia orang bagi Angah 5 Ringgit………….”

Ha ha ha ….awak ni kan….Ngah!  Gelak besar kami suami isteri dengan Angah pagi tadi.  Saya masih ingat macam mana dia boleh jual semula semua cd game ps2 yang dia dah jemu.  Dia jual satu 3 Ringgit , 2 – 5 Ringgit.  Dia buatkan list cd yang dia ada dan dia offer dengan kawan² di sekolah.  Lepas  waktu sekolah dia buat temujanji urusan jual beli.  Dia tak bawa ke sekolah – menyalahi undang² katanya.

Anak² saya juga pengumpul tin aluminium.  Terjumpa di tepi jalan, mereka tanpa segan silu akan kutip dan bawa balik.  Kali terakhir saya jual sekilo RM 5.40.

Mesti ada sesuatu yang nak dibeli tu.. selalunya dia akan bertungkus lumus mengumpul duit jika ada sesuatu yang hendak dibeli.  Selagi ada jalan, saya selalunya menggalakkan mereka berusaha sendiri.

“Nak beli buku Harry Potter………”

Bulan depan harijadi dia, mungkin saya boleh fikirkan sesuatu.  Dalam melalui saat-saat manis alam remaja kita kena lebih banyak berinteraksi jangan hanya berkonfrantasi.

Bila anak² lelaki saya sedang memasuki alam teruna, saya sebagai ibu rasa kalut. Saya risau jika mereka lebih mengutamakan rakan sebaya. Saya risau mereka gagal mencari identiti diri dalam membentuk keperibadian menjelang kedewasaan kerana dalam usia 14-17 tahun, anak lelaki mula berfikiran abstrak di mana objek nyata dapat digambarkan dalam bentuk simbolik dan grafik . Saya risau jika identiti diri dan keupayaan berfikir secara abstrak tidak dibimbing dengan sewajarnya, mereka boleh bersifat agresif dan liar.

Pada peringkat umur awal remaja seperti ini mereka bersifat lasak, lebih bertenaga dan suka meneroka cabaran juga sentiasa ingin tahu. Mempunyai banyak persoalan seperti “mengapa” dan “kenapa” sesuatu perkara terjadi.

Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan semasa alam remaja. Sikap ini akan membantu mereka menjadi seorang dewasa yang dapat membezakan perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada remaja  perlu dibimbing oleh golongan dewasa. Kegagalan untuk mengawal perasaan boleh mendorong mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak, vandalisma, pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.

Saya sering berdoa dan berharap anak² teruna saya mempunyai wawasan untuk mengharungi alam remaja  mereka dan mampu membezakan antara impian dan kenyataan. Ramai ibubapa merasa gembira melihat anak teruna mereka menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini dia tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Saya sekarang telah menjadi seorang ibu yang cemburu..hahahaha:mrgreen:

© Kujie ~ saya nak pergi shopping sikit sebelum ‘terbang’ Jumaat nanti….

EDIT : Saya baru telefon blogawan Intan Rosnitta . Hari ini harijadi dia dan sekarang dia sedang dalam trauma yang amat sangat kerana petang semalam dia menjadi mangsa ragut.

Moga Intan cepat sembuh dan tabah menghadapi ‘hadiah’ ulangtahun  ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Alam teruna

  1. Semoga anak-anak kita semua diberkati ALLAH, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari bala dan kuat imannya, ya Jie. Amin.

    ODs last blog post..The X Files

  2. saya pun tak merokok kak jie tapi batuk saya ni dah lebih dari orang yang merokok.. dekat dua bulan dah tak baik-baik.. adei..

    nuaemans last blog post..10 Permainan yang dah jarang nuaeman lihat..

    1. @nuaeman, jangan biarkan, abang ipar kak jie pun mcm ni, bertahun², macam² ubat dan jumpa segala pakar kat HUKM tu…

      try makan madu, madu asli, madu tualang ke…

  3. bila tgk bebudak lelaki skang ni, ada yg jd mat rempit, mat pet, mat ragut, tentu parents risau sgt… dugaan & cubaan yg besar utk jdkan mereka manusia yg berjaya dunia dan akhirat… jgn leka walau seminit… masa remajalah mereka akan cuba membentuk diri…

    p/s : kim slm ngan anak teruna ya 😳

    1. @kutaksempurna, itulah….nk kena selalu dgn dia, tak nak jadi bila makin remaja makin jauh……..huhuhuhu…….rasa baru sgt anak2 tu kecik lagi…tup2 dah besolah derang skrg ni…semua dah tinggi lebih dr mama dia.

      * dia masih malu…tu kawan2 nk bergambar pun sengeh

  4. boleh geng ngn angah neh.. kita pon dok kumpul tin jugak. *hi five angah* money oriented dia neh. best best@!~ senang mak nya esok@!~

    1. @jiji, kalau ada yg nk dibeli tu, gigih dia kumpul .
      sampai siram pokok bunga rumah pakcik dia pun siap ade MOU
      contract sehari rm 1. :mrgreen:

  5. tang jual balik cd ps2 tu yg tak menahan.. ekekekeke…
    kalau hubby zana, dia nak simpan kasi anak dia main. tah bila la tuh.. tah2 dah rosak nnt. 🙄

    tapi mmg la kak jie… bukan kak jie yg ada anak teruna shj mula kalut. zana bila duk sensorg, pk anak lelaki yg berdua tu, iskh… doa2 sgt dia jadi manusia yg berguna meningkat usia nnt.

    Zanas last blog post..Mirul and Aris

    1. @Zana, masa anak2 tu dah pandai nak main
      zaman tu games lagi canggih yang muncul..hehehehe
      kalau kita perihati dgn anak2, dekat dgn dia org….Insya allah Zana…kita berusaha

  6. dulu masa zaman2 sekolah rendah saya pernah gak try buat bisness jual cornflaks madu…hehehe..seronok bila kwn2 berebut2 nak beli..kenangan..kenangan..

    1. @izzah, melentur buluh dari rebung ye izzah… 😆
      kadang2 kita alami sesuatu kita rasa pahit sgt, rasa susah
      tapi bila esok menjelang…semua tu telah pun kita tempuh
      jadi kenangan….

    1. @shaxx, he he he…. selalu mak bapa akan pastikan anak2 tidak ikut apa yg telah mereka tempuh…. pengalaman itu dijadikan sempadan

  7. Samalah dengan tie. Anak sulong form 3, baru lepas PMR. Memang kena banyak slowtalk dgnnya baru boleh korek rahsia2nya. Dia pun dah pandai cari income sendiri, baiki handphone dan format kawan2 dia punya..kira ok laa..cuma bimbang pergaulannya. Walaupun dok kat ulu ni,remaja2 di sini sama hebatnya seperti di bandar2 besar.

    Ties last blog post..Asal

  8. Nasib baik keadaan terkawal kat sining….

    Bagi saya Ibu Bapa adalah role model yang terbaik kepada anak anak sekiranya Ibu Bapa sanggup menjadi role model yang sempurna kepada anak anak.Kalau mak bapak balik lewat malam, naik turun, kelab malam, meeting sampai pagi dengan sexcetary cam mana anak bole follow?

    hashim habeeds last blog post..MANIFESTO CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG

  9. wah pandailah angah cari.. duit.. tapi betul ke am dengar anak tengah ni biasanya lebih berdikari.. dari yang awal atau yang akhir??

    ams last blog post..Making Money With Facebook

  10. Sy setuju kak jie, kalu x pantau kelak akan sukar diubah nnti, sy juga pernah melalui fasa ini, kalu boleh diulang kembali masa lalu pasti akan sy laluinya sekali lg..hehe

    ps : tapi bab simbolik & grafik tuh x leh elak la kak jie..dihalang semakin nak tau. 😛

    1. @ezad, takut terlepas utk mengikuti perkembangan anak2…
      yg tu mmg kena pantau lah..kena bagi dia org berfikir mana yg elok

  11. eh.. kejap kejap.. camne kak jie leh tahu yang dia dah akil baligh..?? dia ada citer eh..?? huhuhu.. tapi kan.. alam awal ramaja ni bahaya kalau x kena cara.. kena pandai pilih kawan.. kalau salah pilih.. hurmm….

    nikillass last blog post..The Mysterious R.AGE..

  12. … memang perkara utama yang perlu dikhuatiri bila anak2 meningkat remaja bila mereka memasuki zone ‘JIWA KACAU’, pada zon ni, kawan2 sebaya is the best. aktiviti sama2, terpengaruh. semua benda baru cool. explore benda2 pelik (baru nak kenal dunia)…

    … dan memang segala benda perlu dipantau, tapi jgn sampai anak rasa dikongkong.. sebab peratusan 90% (survey) , remaja PERNAH terfikir untuk lari dari rumah…

    samdaddycools last blog post..Charity … @aeropama dot com – blog untuk amal mari ikut sama

  13. boleh jadi usahawan anak kak jie nanti.. hehe..
    zaman remaja memang zaman yang seronok..
    tapi ramai jugak teruna dah hilang sebelum bernikah.. 😈 😈

    uishh.. siannya dia.. dapat hadiah yang tak diingini..

  14. bagusnya kak Jie ajar anak-anak berdikari.. cari duit sendiri.. biar diorang tahu susah nak cari duit kan… dan biar berkembang sikit minda..

    Angah dah akil baligh ya.. hehee.. lepas ni sure banyak rahsia nak di kongsi dengan kak Jie kan..

    Neezas last blog post..Pit stop

    1. @Neeza, tak boleh manjakan..beri apa saja yang dia nak walau kita mampu..kena suruh dia belajar utk menghargai apa yg dimiliki

  15. Masih muda rumaja dah pandai buat bisnes, bagus betoi Angah ni 🙂

    p/s: Dah standby brapa juta tu Kak Jie untuk acara soping soping :mrgreen:

  16. pandai Along cari duit

    kumpul duit nak beli barang sendiri…sama macam saya masa kecik2.. 🙂

    shaxx

    ayah saya kata

    “nak jaga anak masa kecik senang,dah besar tu,merajuk la,nak itu ini la..”

    ini ayah saya kata masa saya baru dapat anak sendiri 2 bulan lepas… 😉

    anasfadilahs last blog post..::tidak bermotivasi::

    1. @anasfadilah, kecik2 cara anak kecik2..sakit demam
      bila dah umur mcm ni…. kisah mcm ni pula
      kita ni kena lah advance dari dia
      :mrgreen:

  17. Bila anak mula bersekolah (even taska), mereka mula berkawan. Lantas, mereka akan mula membandingkan apa yang kawan boleh buat berbanding apa yang mereka boleh buat.

    Contohnya, jika anak kita diberitahu bahawa perkara A adalah dilarang, sedangkan kawan mereka boleh melakukannya, mereka akan berkata:

    “Kenapa A boleh buat. Kenapa saya tak boleh”

    Sehubungan dengan itu kita perlu brain wash anak-anak sejak bayi lagi supaya mematuhi ibu bapa, disamping bekalan ilmu agama.

    😆

    penings last blog post..Squaring numbers that end in 5

Comments are closed.