Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H
Peribadi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

ucapan selamat hari raya aidilfitri

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahilhamdu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan hidayat-Nya kita sekali lagi dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijriah.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya mewakili seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi blog kujie2.com. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita di sepanjang bulan Ramadan seterusnya memilih kita untuk terus berada didalam rahmat dan kasih sayang-Nya.

Dikesempatan ini , saya mohon maafkan segala tindakan yang menguris rasa , sifat dan sikap terkasar bahasa,atau hati yang berprasangka kerana saya insan biasa yang tak luput dari khilaf.

Sekian. Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nota :

Terima kasih atas ingatan dan kiriman kad raya dari Blogger Popular shakiddo.com dan Syukri Tahir ( blog akaun suspended ni kenapa? lupa payar bil elektrik ke sebelum bercuti?)

Terima kasih untuk anak-anak di HTP yang berikan hadiah

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

  1. Selamat hari raya maaf zahir batin juga dari kami sekeluarga. ada pulak 2 anak saudara melintas kat belakang tu nasib baik ada kepakaran mengkaburkan .. heee

  2. Gema Takbir Menyapa Semesta,
    Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
    Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
    Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
    Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
    Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
    Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
    Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
    Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H

    Salam hormat saya sekeluarga
    Bang Iwan

Comments are closed.