Saya tak pasti di tempat lain ada atau tidak tradisi memberi duit raya di masjid kepada kanak-kanak selepas solat Aidil Fitri.
Ada tabung khas yang disediakan untuk menyumbang dan kemudiannya akan diagih-agihkan kepada kanak-kanak.
Bezanya zaman saya kami dapat 20 sen atau paling mewah 50 sen. Zaman sekarang semua dapat seorang seringgit.
Nota : saya tertinggal beg duit dan sampul raya… “mak long tak ada duit raya tahun ni…” di sambut muka kelat anak-anak menakan.. hu hu hu
tempat SA xde la kak Jie…sure berbeza zaman kita ngan zaman budak2 sekarang kan…
masjid dekat rumah saya pun ada bagi duit raya untuk kanak-kanak..
Kampung saya di Kubang Semang berikan duit raya pada hari raya kedua. Jamuan makan malam perdana di adakan di mana seluruh kampung berkumpul, makan-makan, bertanya khabar dan kanak-kanak diberikan duit raya dan juga aiskrim
Hari raya anak2 akan banjir rejeki dengan duit raya. semoga mereka bisa memanfaatkan duit raya yang mereka miliki dengan bijak dan baik
Wah bertuahnya kanak2 tu
Macam mana boleh tertinggal. Tak apa boleh buat kiriman wang pos atau duit Raya double untuk dibawa ke tahun hadapan. 🙂
seronok tengok budak2 dapat duit raya…
wah, panjang barisan..huhu..
Kat kampung ada juga camtu. Cuma yg dpt budak2 lelaki je masa bersalam2 lepas solat sunat raya dalam masjid.
Selamat Hari Raya kakjie.
Haha…taktik terbaru maklong ke?
Rasa pernah nampak acara bagi duit raya kat masjid tapi lupa kat mana
Selamat hari raya kak jie..