Peribadi

Saya perlukan doktor mata bukan doktor gigi, Lady Dark

Pagi tadi lepas bersarapan, acara tahunan, potong kek. Simple dan santai di luar rumah tepi taman rimba bersama anak² ikan dan iringan orkestra kicauan burung .

Semalam saya bawa mak,adik ipar dan anak² saudara ke rumah seorang lagi adik di Kapar. Hampir maghrib baru sampai rumah,  lewat sebab singgah Shah Alam carikan tiket bas untuk balik ke Baling. Semua perjalanan penuh dan jalan penyelesaian ambil bas dari Jalan Duta ke Sungai Petani baru  ke Baling.

Masa nak keluar pergi kerja, suami dapat panggilan adik dia kemalangan .   Patah kaki dan sekarang di PPUM.  Dia dan Aprilia Pegaso kena langgar dari belakang dekat Hospital Mata Tun Hussein, PJ.   Dalam sakit² sempat telefon minta tolong ambilkan motor bawa balik.


Tepat jam 10 pagi, saya keluar ke Stesen Bas Jalan Duta, hantar mak , adik ipar dan anak saudara balik Kedah. Sesak dari depan pasar borong Selayang. Mungkin ramai yang ke pejabat dengan kereta semula dan tinggalkan kapcai kerana harga petrol sudah diturunkan.

Sempat pergi renovate rumah Aboo & Lady Dark.

Saya minta maaf sebab tidak berkesempatan melawat blog kawan² – sepanjang 2 minggu lepas tetamu tak putus². Hujung minggu ini, emak mertua saya akan datang pula – sambut AidilAdha bersama kami untuk pertama kalinya bukan di kampung. JRumah saya akan dilimpahi saudara mara, adik beradik , ipar duai , biras beras dan anak cucu cicit piut.

Sebab ke-2….tadaaakkk……..lihat mataku yang pecah darah!


– gambar diblurkan untuk mata saja..hehehe..seganlah gambar mata terjojol kat blog

Tak ada angin, tak ada ribut tiba² mata merah macam tu sekali. Intan tak berani tengok, ngilu katanya. Mata nak sakit pun nak tunggu hujan ribut taufan ke…kehkeh

Lady Dark: Ordinary plain jane blessed with special healing abilities who also happens to be the scariest dentist on earth and soon to be oral and maxillofacial surgeon… Has loads of thoughts… loves sharing them… but hopelessly lazy to pen them down… Still struggling to find time to write cos thats wat blogging is apparently all about! !

EDIT : Sebab ke-3 kenapa saya perlu AFK, adik ipar yang kemalangan patah kaki akan datang tinggal bersama. Isteri dia masih out-station di Manila. Saya kakak ipar yang baik, ok.. :mrgreen:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Saya perlukan doktor mata bukan doktor gigi, Lady Dark

  1. adoi..patut la teruk sangat..kena seret rupanya…nak wat camana…benda dah jadi dah…

    |1f34|-|1r3s last blog post..How to check if your site is down ?

  2. dah gi jmpe doktor blum kak jie? 😕

    amans last blog post..WordPress 2.7 Bakal Menemui Pengguna Esok

  3. Dulu saya pun jadlebih kurang macam tu la.. Pecah darah kat dalam mata..cuti dua minggu dok umah..

    mrozaidis last blog post..Hmmm

  4. salam,

    i would agree with ladyDark ..it looks like a subconjuctival haemorrhage..as ladyDark mentioned, it usually caused by minor trauma…trauma that you might not even remember ..eg tengah tidur kena karate with your wife or something …it can also happen if u strain..eg angkat benda berat, batuk2 violently or sembelit! … what happened? tiny vessels in the thin layer that covers your sclera (white eye), ruptured causing your blood to collect there..hence the localised redness laaa…usually it will go off around 4-6 weeks..not to worry usually…ok, again as mentioned by ladyDark , if u have a bleeding tendency..eg cough blood, or gum bleed during gosok gigi, blood in urine, lebam2 and all..u better get yourself checked ..cos u may hv a bleeding disorder that might cause a more sinister problem like bleeding elsewhere eg in your brain or stomach, which is lethal!!!..usually subconjuctival haemmorgahe is nothing, no pain, no blurring of vision…IF U HAVE ANY PAIN OR BLURRING OF VISION PLEASE GET YOURSELF TO SEE AN EYE DOCTOR NOW, physically (as oppose to virtually like this)..cos these might just save your vision! things like: severe inflamation, bleeding inside the eye, infections etcs can present like this as well..they usually come with pain or blurring of vision! they can cause blindness!

    if u want my advise: go and see an eye doctor anyhow.. just to be sure…better be safe than sorry betul tak!

    ok i think dah panjang berjela, macam boleh submit for a case report (lawak bodo)!

    and lastly, yes, dentists sux!

    jingga studiess last blog post..Congrats to Mr & Mrs Bebe-to-be…

    1. @jingga studies, terimakasih…saya dah jumpa doktor tadi. Betullah seperti apa yang diberitahu, keadaan ini akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu…kata doktor ianya seperti lebam di kulit kita tetapi mata yg transparent sebab itu nampak pendarahan…

      terimakasih ye..nanti hantar bil pada Sue :mrgreen:

  5. Cepat2 pegi ke klinik..walaupun nampak cam biasa tapi dalamanyer kiter tak tau..nak kompom lagi teru jer ker hospital..

    chuckiesds last blog post..Rumah Sudirman Terbakar.

    1. @chuckiesd, korang wat kak jie gelabah
      g klinik semlm..tak sampai 3 minit pun jumpa doktor
      apa yg doc bg tau itulah yg kak jie baca dlm internet :mrgreen:

  6. Ih ih ih teruk jugak mata Kak Jie tuu.. Semoga cepat sembuh no. Sibuk pun kesihatan kena jaga. Dahlaa nak raya ni.

    Malam esok Iza balik kampung yay!! :mrgreen:

    1. @Am, tadi baru g klinik
      tapi apa yg doktor ckp tu mcm apa yg kak jie baca kt wikipedia..hehehe :mrgreen:

      erk..ade lagi sorang… mude belia lagi

    1. @yonna, ngehhh…tu kira tak berapa teruk
      sebenarnya darah tu….penuh ruang mata putih
      angah tak pandai ambek gambo tu..hehehe :mrgreen:

  7. syoknya makan kek kat tepi kolam.. mesti ada bau ikan kat situ kan.. jadilah kek perasa ikan hehee..

    kak Jie!!! nape dengan mata tu?? takutnya neeza tengok.. hopefully boleh baik cepat. rajin letak ubat ya kak Jie.. kurangkan pandang2 ni hehee..

    Neezas last blog post..Tag paksa.. 😛

    1. @Neeza, simple je neeza..sejak mak dtg rumah kak jie..kami sarapan, makan tenghari mmg kt situ..bentang tikar….berangin je.. :mrgreen:

      kurang mengadap pc..hahaha… 😆

  8. baguih tu kak jie sambut korban sama family…baru meriah, selamat menyambut Aidil Adha

    etomyams last blog post..Wimax-KL Goes Wireless Promotion

  9. erk!? kenapa mata kak jie!? seram lak tengok hehe. apa pun semoga kak jie cepat sembuh, saya harap tidak berlaku perkara lain sudah.

    megats last blog post..Pengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil

    1. @megat, semua org tgok seram..kak jie je yg tak rasa apa2..tapi rasa kering dan tegang gak
      mgkn kena cuti dr mengadap pc 😆

  10. Eh…Tie rasa dah komen kat sini tadi…macam mana boleh ilang. Ke Tie yang berangan ni …atau lupa nak tekan butang tu..huhu..teruk laa..

    Kujie…harap2 mata tu sakit tak??

    Ties last blog post..Alo Alo….Testing ni….

    1. @Tie, Eh…salah tulis….harap2 mata tu tak sakit…teruk betul…jangan kecik ati kujie…tie tak baca betul tadi..hu hu..malunya…….

      Ties last blog post..Alo Alo….Testing ni….

  11. tgk tuh..punya la sayang moto samapi patah kaki pon ingat moto lg..yer la..moto mahal..sape tak sayang …btol tak? kak jie kena gi jumpa doktor mata tuh.takut melarat lak nanti…

    |1f34|-|1r3s last blog post..Searching flickr using colours

    1. @|1f34|-|1r3, awat tak syg ….harga nk sampai 40K.
      Yg langgar tu pompuan…bkn laju pun..derang berhenti dlm kesesakan…adalah 5 minit.

      Time jalan…pompuan tu terus jln…dia tak tgok dpn kot…terus dilanggarnya…dah tu dlm gelabah tu dia tak tekan break….tekan minyak lagi..di seretnya motor yg berat giler tu..tu yg tindih kaki , patah tu…

      tak de cedera kt tempat lain pun

  12. Huhu… i am no eye specialist… but i used to study medicine and ada an aunt who is an ophthalmologist, so from your brief history and clincal features ni, i THINK what you have is called SUBCONJUNCTIVAL HEMORRHAGE or in other words, pendarahan dalam mata.

    benda ni basically happens bila the tiny salur darah kat ur eyes burst due to trauma, scratching, sneezing kuat, etc… tapi most of the time,benda ni terjadi secara spontan.

    kalau kak jie takde masalah pendarahan, tak rasa sakit, tak rasa rabun and benda ni berlaku kat sebelah mata je, then takyah risau. it usually goes away dalam masa seminggu atau dua,macam lebam. and macam lebam, warna merah tu akan tukar jadi warna perang, kuning and eventually akan hilang. and juga macam lebam, subconjunctival hemorrhage ni takde ubat. kena tunggu die ilang je.

    tapi kalau dalam masa 2 minggu tak hilang and jadi lagi, tu tandanya dah kena gi jumpa doctor. takut ada bleeding tendency. and sementara tggu sembuh, avoid makan ubat yang boleh cairkan darah cam aspirin or brufen.

    kak jie try google subconjunctival hemorrhage… see if your symptoms fit, just to be safe 🙂 and jangan lupa gosok gigi… gigi sepanjang hayat!! 😆

    1. @LadYDarK, terimakasih doktor…mmg tak rasa sakit pun tapi ada gak rasa tegang..kering. kalau org tak tegur bagitahu mmg tak perasan pun mata tu merah.

      harap2 seminggu ni dah ok

  13. uih!. knp dgn mata tu kak jie?. cepat2 gi klinik.

    gi kapar lain kali roger2 le kami.. hehe

Comments are closed.