Live Blogging

Korban Aidiladha

Salam semua… ย Terimakasih untuk Dokytor Gigi dan Doktor Mata atas khidmat nasihat perubatan percuma di blog ini. Saya telah berjumpa doktor mata dan insyaallah akan baik seminggu dua lagi.
Pesakit saya sekarang.... kaki patah.
Pesakit saya sekarang.... kaki patah.

Isteri adik ipar saya dah balik dari Manila malam tadi. Hujung minggu ini hospital di rumah saya ramai pelawat.ย  Sesiapa yang nak datang tak perlu bawa buah, dah ada sebakul.ย  Afdal rasanya bawa fefero rochel atau biskut almon london, semperit atau pun biskut mazola ke.. musim raya, kan?:wink:

Update ringkas untuk hari ini sehingga …………. ( tidak dapat dipastikan , bila )

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua. Selamat mengerjakan ibadah korban untuk sesiapa yang berhajat. Sejak tinggal di sini, saya tidak balik beraya ke kampung lagi kerana suami saya sebagai AJK Surau sejak sebulan sudah sibuk dengan jadual perancangan untuk hari berkorban nanti. Surau kami akan menguruskan 9 ekor lembu untuk korban. Sibuk dia merancang jadual pengagihan tugas. Saya sempat mengusik… nak tahu raya haji dah dekat, tengok abang sibuk mengasah kapak, parang dan pisau. ย  Sekarang ini semua pisau dan parang kat rumah saya tajam macam pedang.:mrgreen: Ada sesiapa tak percaya….hehehe..mai kita test!

Dari sudut sejarah, korban adalah peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s. untuk disembelih atas perintah Allah s.w.t., bagi menguji keimanan yang kemudian ibadah itu disyariatkan pula ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya. Ia akan terus menjadi tarbiah bagi mengagung dan membesarkan Allah serta meningkatkan keimanan.

Disebalik syariat sembelihan korban pada setiap tahun sepanjang hari tasyrik bermula pada 10 hingga 13 Zulhijjah itu perlulah kita sama-sama menghayati konsep dan hikmah dalam ibadah itu sendiri.

Sekarang ini seolah-olah wujud budaya melaksanakan korban dengan menyerahkan ternakan sembelihan kepada masjid-masjid tanpa mengambil tahu urusannya. Ada peserta korban tidak hadir dan tidak terlibat dalam kerja-kerja penyembelihan, melapah mahu pun mengagih-agihkan daging korban.

Wang ringgit bukan segala-galanya.

Antara perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:

Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)

Kepada yang memandu balik kampung, hati-hati dijalanraya … anda mampu mengubahnya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Korban Aidiladha

  1. agak2nye sempat lagi tak nak ucap selamat hari raya aidiladha?

    hehehe…

    selamat hari raya aidiladha…

    katakss last blog post..Selamat Hari Raya Aidiladha

  2. [quote]Wang ringgit bukan segala-galanya.[/quote]

    a nice remarks for all bloggers haha..happy eidul adha!

  3. selamat hari raya aidiladha… untuk kak jie sekeluarga..

    eidas last blog post..Mata kucing

  4. alamak kak jie..kesian orang sakit tuh haaaaa…nak jalan mesti payah tuh….saya dulu patah tangan 2 kali…tros insaf..skang ni memang berhati2 kalau main bola atau buat kerja2 berat…risau patah lg..walaupon tak membahayakan nyawa…tp leceh segala benda kalau dh patah2 ni. ๐Ÿ˜ฏ

    |1f34|-|1r3s last blog post..Increasing your blog traffic part 2

  5. sedapnya ferero rocher.. utk pesakit ke, untuk Kak Jie tu?? hehee.. semoga adik ipar Kak Jie cepat sembuh sebab ada nurse yang pandai masak sedap kat rumah ๐Ÿ˜‰

  6. Tentu sibuk ye melayan pelawat yg menziarah pesakit dan juga tetamu bertandang berhari raya. Berkorban masa dan tenaga jugak tu…yg penting keihlasan hati.
    Slmt hari raya aidil adha ๐Ÿ˜€

Comments are closed.