Selamat ulangtahun perkahwinan kami yang ke 17. Syukur pada Tuhan kerana masih memelihara rumahtangga ini. Terimakasih pada suami kerana masih menerima diri saya seperti mana hari pertama saya menjadi isteri. Masih memotong kuku kaki saya dan masih setia mengosok belakang sebelum saya tidur.
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Semoga Allah menulismu sebagai penghuni syurga abadi kerana engkaulah yang disebutkan baginda nabi sebagai sebaik² mukmin (yang paling baik terhadap isterinya).
Sejarah awal perkahwinan kami sangat ringkas dan singkat. Untuk pertama kalinya saya bertemu pada 9/3/1991 – pada majlis pembukaan rasmi kilang Canon , Shah Alam. Kami datang atas jemputan rakan serumah masing² yang secara kebetulan rakan sekerja.
Seminggu selepas pertemuan pertama, dia telefon saya ajak keluar, saya menolak dengan alasan nak tengok cerita cina kat tv2..hahaha…dulu² setiap petang Isnin – Khamis layan cerita cina kat tv2. Alasan sengal sebenarnya kerana dia ajak keluar makan malam sedangkan waktu itu baru 6 petang tetapi sebab terlampau gabra, saya tersilap bagi schedule rancangan tv.
Macam hero filem hindi yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dia menelefon saya sekali lagi selepas maghrib . Kali ini saya tak control ayu lagi, terus setuju…hahaha..tadi tu kenalah test market…tengok pasaran saham.
Dari Taman Sri Muda, Shah Alam kami ke gerai makan berdekatan kilang Motorola Sg. Way ( kilang tu dah tutup tapi alhamdulillah, cinta kami masih utuh). Hari itu adalah 17/03/1991 bersamaan 30 Sa’aban 1411, esoknya 1 Ramadhan tetapi jin aperit dah menguasai, kami berdating malam pertama puasa – ponteng sembahyang terawih.
Selepas makan, terjadi satu lagi peristiwa yang tidak mungkin saya lupa. Mungkin inilah balasan cash dari Allah…. kereta tak boleh dihidupkan! Untuk pertama kalinya dalam hidup , saya menolak kereta dan lebih sadis lagi pada dating pertama.
Tapi saya bukan jenis mudah melenting, saya dilahirkan bukan dalam dulang emas, susah seperti itu bukanlah sesuatu yang perlu dibesarkan. Itu pun patut bersyukur berkereta sendiri.
Dalam perjalanan balik, di depan Seksyen 18 sebelum lampu isyarat ke Seri Muda, sekali lagi kereta mati tiba². Terus terang waktu itu saya tidak langsung berasa takut atau cemas bersama orang yang baru saya kenali. Kenalan yang baru seminggu ditemui. Kami buat keputsan tinggalkan kereta disitu dan berjalan kaki.
Sebenarnya dari awal lagi dia tahu bateri dah kong , tapi saja berusaha merebut peluang dan mencuba nasib….he heh e…memang nasib malang bertimpa². Hampir ke simpang Sri Muda, bas terakhir ( 337B ) baru berlalu . hu’waaaa,…… itulah…. patut pergi surau berterawih tapi pergi berdating pula ! Adik² jangan buat macam ni tau…
Kami berjalan kaki dalam gelap sehingga ke stesen teksi , naik teksi bersama dan dia hantar saya ke rumah. Dengan teksi yang sama dia balik ke Seksyen 16. Sebelum teksi berlalu, beria² dia meminta maaf kerana beberapa kejadian yang tidak terduga itu ( patut dah tahu..sebab memang bateri kereta tu dah kong…)
Naik ke rumah, dari tingkat 5 lot paling tepi saya melihat kilauan lampu² bandar Shah Alam. Saya merenung jauh – si dia di sana . Masa tu belum ada telefon bimbit. Detik itu, waktu itu satu perasaan aneh telah meresap dalam jiwa – dah mula dilanda angau! Cintan cintun sudahhh….!
Saya melihat sikap bertanggungjawap dan sikap menghormati saya sebagai seorang perempuan ( time tu panggil awek )
Esok pagi sewaktu pergi kerja, saya melalui tempat dia parking kereta yang rosak semalam. Ah….saya nampak kelibat seseorang sedang tidur di dalam kereta. Ha ha ha..saja jerit dengan Jini ( kawan serumah )
” tu lah…..pakwe aku pergi dating semalam”
2 bulan selepas itu, pada 17/05/1991 dia telah mengikut saya balik untuk bertemu mak dan ayah di kampung. Itulah kali pertama saya bawa balik seseorang untuk diperkenalkan secara rasmi dengan keluarga. Kami naik bas dari Puduraya dan tiba di Baling keesokkan paginya. Sehari sebelum nya, dia potong pendek rambutnya. Sebelum ni sentiasa berikat, maklumlah zaman tu zaman rock kapak. Zaman Bloodshet, Bumiputra Rockers, Crossfire, Search, Wing, Terra Rossa dan banyak lagi. Masih dengan image seluar ketat dan rambut panjang juga meriah bertandang ke konsert² rock.
Sebulan selepas itu 18/6/1991 – sekali lagi rombongan dari Sabak Bernam datang ke rumah untuk meminang..kehkehkeh..saya tak pula mimpi di patuk ular tapi saya mimpi banjir besar dan saya bergayut memeluk seekor ular yang besar- sebesar pokok kelapa..wahhh…. mimpi pun demand yang besar².
3 bulan kemudian, pada hari Rabu 18/9/1991 ( 9 Rabiul’awal 1412H ) – saya secara sahnya menjadi seorang isteri. Bukan lagi sekadar mimpi peluk ular tetapi dapat bantal peluk interaktive!
Kenapa hari Rabu? Ramai betul yang bertanya termasuk kawan² sekerja.
” cepat sikit jumpa malam Jumaat ” – ha ha ha ..jawapan nakal.
Sebenarnya di kampung saya waktu itu, nak buat kenduri tak kisah hari dan waktu tidak seperti sekarang perlu tunggu cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Penoreh getah tidak perlukan cuti hujung minggu. Jadi tiada masalah untuk memilih hari apa yang selesa.
6 bulan selepas itu, dalam bulan Ramadhan 1412 saya disahkan hamil anak pertama. Saya masih ingat macam mana gembiranya suami bila doktor beritahu berita ini. Malamnya selepas tengah malam, kami keluar ke Chow Kit. Meriahnya waktu itu walaupun sudah 1 pagi kerana orang masih berduyun² membeli belah membuat persiapan di akhir Ramadhan. Suami belikan saya bunga siap digubah dan pasu tembikar. Ha ha ha..praktikal tau…. tak perlu bagi bunga segar nanti layu juga.
Kami akan balik berhari raya pertama sebagai suami isteri di kampung saya, tetapi akan singgah untuk berbuka puasa bersama mertua dulu. Rancangnya lepas bersahur baru balik melalui Teluk Intan.
<Iklan >
* Tips untuk pasangan yang akan menyambut hari raya untuk pertama kalinya – bertolak ansurlah jangan bergaduh untuk menentukan rumah siapa perlu diziarah dulu. Dari dulu saya redha dimana saya akan sambut hari raya kerana saya adalah seorang isteri.
TETAPI kepada para suami, berilah keutamaan untuk balik ke kampung isteri dulu. Lumrah wanita memang penuh emosi, tentunya sedikit terasa dengan perubahan. Anda sebagai ketua rumahtangga perlu bijak untuk membaca situasi. Lelaki memang dicipta untuk keluar merantau mencari rezeki tetapi wanita sebagai apa pun, tetap akan terikat kukuh dengan keluarga. Kami perempuan sejak lahir, membesar dalam lingkungan keluarga . Lelaki dicipta dengan kekuatan fizikal dan emosi. Tidak tercalar segaris ego pun andai beralah .
Ini untuk kali pertama menyambut hari raya sebagai suami isteri. Selepas tu bergilirlah, tak perlu bertegang leher , baling periuk belanga untuk pulang berhari raya. Masing² perlu bertolak ansur.
<iklan tamat>
Sedang berkemas² selepas sahur, masukkan segala kuih dan kerepek yang mertua kirim untuk bisannya di Kedah… emak mertua saya berbisik lembut di sisi
” Jie puasa penuh ke?”
Tengok betapa berseninya pertanyaan mertua saya. Raut gembira dapat saya lihat dari jawapan ‘Ya’ itu. Itulah orang berpengalaman, sekilas pandang pun sudah tahu sedangkan kami belum beritahu sesiapa lagi berita ini dan saya pun belum lagi menunjukkan tanda² muntah dan loya² ( bukan seperti drama² melayu- mengandung saja mesti ada adengan muntah² )
Saya tahu, itulah berita gembira yang ditunggu² kerana saya sedang mengandungkan cucu pertama dari anak lelaki mertua saya. Along adalah cucu ke 11 dalam keluarga mertua dan cucu pertama dari waris lelaki.
Hari ini 18/09/2008 bersamaam 18 Ramadhan 1429 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 17 yang tercetus dari temujanji pertama saya pada malam pertama Ramadhan 1411.
Ramadhan 1412 juga adalah detik saya melengkapkan diri saya sebagai seorang wanita iaitu melalui proses kehamilan. Ramadhan sungguh bererti di dalam hidup saya sehingga saya inginkan entri ini didalam pertandingan Aku dan Ramadhan .
Perkenalan yang singkat – kenal 3 bulan, bertunang 3 bulan . Genap 6 bulan sah menjadi suami isteri dahn genap 6 bulan kemudian mengandungkan zuriat pertama. Ramadhan bertemu Ramadhan.
Dah berbelas² tahun kahwin adakah semakin kusam rumahtangga? Bukan salah jumlah yang dihitung tetapi bergantung bagaimana kita mencorak dan melakar hidup rumahtangga kita.
Walau sesibuk mana pun, luangkan masa untuk menelefon atau bersms – foward² sms atau cerita 18sx yang nakal.. he he he…kalau kita boleh berkongsi dengan kawan² kenapa tidak dengan isteri sendiri, kan?
Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan kita ketawa bersama. ( main Rock Paper Scissors salah satu caranya juga- kita panggil OOOsommm! )
Temani suami semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun saya cuma tidur di sebelahnya dan tv menjerit ulasan siaran langsung bolasepak jam 3 pagi. Selepas kahwin saya lebih kerap ke stadium tengok bola, berpanas terik di litar Sepang atau menjadi chainman ( chainwoman? ) pikul tripod.
Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja isu – bila suami balik dari bertemu kawan²nya walaupun saya sudah tidur, saya mesti tanya ada gossip terbaru atau dia akan tanya saya…”nak share cerita”.
Ucaplah kata kasih , sayang dan cinta. Tak perlu malu untuk menyatakan apa saja keinginan kita sama ada dalam acara ‘bedminton’. Kita akan hidup bersama 30, 40 atau 50 tahun. Binalah rumahtangga seindah apa yang kita bayangkan dari novel cinta remaja yang pernah dibaca. Ada gurau bersulam senda. Ada ketawa dicelah airmata atau gembira disebalik rajukan manja.
Berceritalah tentang sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Dari situ kita akan lihat adakah impian dan halatuju hidup kita selari atau tidak. Tidak boleh ada 2 nakhoda dalam satu pelayaran hidup.
Sebagai dua individu, kami sangat berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.
I know I have so much to be grateful for, although I don’t always remember every minute of everyday. What I am most grateful for are the people I have in my life that love and care for me, and who I love and care for in return.
I am thankful every day for my life and where I’ve ended up. Life has been good to me and I always count my blessings. I think that’s important for me to enjoy the simple things in my life.
I am grateful for my God whom I trust for giving me life, good health and guidance . I am grateful for the love of my husband because he says when we met he knew he wanted me for his own and has never made me feel that he changed his mind. A beautiful caring man who is giving me everything my heart has desired.
p/s ~ Inilah entri paling panjang pernah saya tulis… bukan senang nak padatkan kisah 17 tahun. Siap ada iklan lagi!
Mak aihh..komen sampai 50 lebih dh ni..
Best la love story ni..hehe
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yg ke -17.
Moga terus bahagia ke akhir hayat.. 🙂
Salam Jie…
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 17,
semuga rumahtangga terus diberkati Allah, semuga
kebahagiaan & kemurnian kekal hingga akhir hayat..
Salam.
Bestnya n3 ni. n3 k jie yg lain pun sedap jugakk.hehehe
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 17.
Semoga kebahagiaan ini menjadi milik kita selamanya. Amin
😆 Salam Kak Jie.. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 17…Thn 91 yea saya baru 16thn..Hmm.. kilang Motorolla tu dh tutup yea Kak Jie. Dulu zaman muda2 masa keje kt Tmn Mayang mmg saya selalu jumpa kilang tu..Kisah Kak jie tu mcm bole buat novel… saya pun terkenang2 juga zaman chenta saya 😆 😆
Salam Ramadhan penuh keberkatan Kak jie…
Kalau dah jodoh, sekejap pertemuan pun dah membawa ke jinjang pelamin. Macam kisah kak jie ni. 🙂
Kadang perbezaan antara diri dgn pasangan tu yg buat kehidupan menjadi begitu menarik.
Yang penting kena tahu bagaimana nak handle perbezaan tu, kan kak jie?
Su doakan agar kebahagiaan dan ketenangan sentiasa melingkari dan menyaluti kehidupan kak jie sekeluarga.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 17.
tahniah kak, moga kebahagiaan berpanjangan ke hujung usia dan bersambung di sana
Oh ya.. tertarik gak yang cara mertua akak ble tau akak mengandung atau tak.. just hanya bertanya puasa penuh atau tak..hehe… tak perlu tunggu muntah muntah segala kan… hehehe
Anyway… Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke -17… Semoga panjang umur , murah rezeki.. aminn
Raya kali ni tak gaduh ker nak balik mana?? hehehe…. bagus iklan akak tu…
wow… detail tu .. ingat dengan tarikh… apa yang dibuat… selalunya orang tak ingat sangat.. paling paling dorang ingat apa yang dibuat tetapi tarikh selalunya orang lupa… 😉
Fuh macam baca Novel pulak.
Kalu ada penulis skrip termasuk kat blog Kujie mau dia ciplak cerita ni
thank for Share intresting homemade story
Mago Allah menberkati Family Kujie
Amin
mase akak citer pasal kenangan kat tempat2 kat shah alam ni, cam sri muda, seksyen 18 etc…saye terbayang2…
camne laaa agknye keadaan mase tu??
pasal motorola tu pun same laa…
mak saya keje kat kilang national sg way tu…
jiran sebelah..
gerai tu ade lagi ke??
mase berlalu mmg nostalgik kalau kite kenang2 balik…
kehidupan seorang, berdua dan beranak pinak cukup bagi pengalaman dan beri erti hidup..
selamat ulangtahun 17 akak dan abang…semoga menjadi suami dan isteri, ibu dan bapa, menantu dan anak yang cemerlang…
😀
Bertuahnya kak jie mendapat suami mithali seperti itu…
Tahniah dan salam ulangtahun perkahwinan
mama! utk pertama kalinya.yonna abeh khatam komen2 dalam entry mama.
haha
sebelum ni,tinggal komen je terus tak tgk komen lain.
entry mama ni sangat best.
ikhlas dr hati!!!
“happy aniversary kakjie” 🙂
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kak Jie…
saya lom os-som mana nak balik lagik taun nih…
Salam.. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kali Ke 17..
Wah.. Power juga ye suami ayat akak kujie sama jalan2 dalam menghadapi masalah tu..
Leh la tunjuk ajar siket..
Wowow.. Tak Sampai Setahun bercinta dah kahwin..
Orang lain.. cinta bagai nak “raq”.. Last kali tak jadi menjadi pun..
Tahniah2..
mak aih… giler best…
tak penah aku baca entry sepanjang nie hingga habis tanpa tinggal satu patah pon..
(tapi sama cam yonna, iklan tak bace..)
memang bez la.. 5 bintang!!
kesah yang menarik dengan semua tarikh yang ingat..
bertambah best semua tempat kejadian berlokasikan shah alam..
tempat cinta aku jugak.. hehe..
tertarik dengan soalan mak mertua..
berkias tapi berseni..
sebab itulah aku suka bahasa dulu..
masuk jugak contest nuaeman? haha
untuk makluman, menteil masuk jugak..
serender beb!! haha..
wah… pasni kena beli kamera Canon sebanyak 17 bijik he he
selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan.. semoga kekal hingga ke syurga.. Aminnn
salam kunjung balas kak jie..
tkaseh singgah di blog sy..
segan pulak rasanya masuk ke umah kak jie ni..penuh berilmu dan berseni..berbanding umah sy tu..
nnti sy link kan k’jie ya..
tahniah……. bahagia selamanya……..
apasal aku x leh tinggl msg kat msj box hang… bila tekan sent keluar tulisan cacing kerawet …
Waaa patut lah Kak Jie kata nak senyum sepanjang minggu.
Memang patut pun..
Tahniah, selamat ulang tahun perkhawinan yg ke 17,
semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat dan bersambung “disana”.
Romantiknya…aduhai…
Semoga kisah bahagia Kak Jie ni tempias pulak kat ceQ pulak 😳 heheee
P/s: Kak Jie, kalau mai Nilai/Nilai 3 habaQlah ya, bleh lah saya temankan Kak Jie shopping 🙂
semoga kebahagiaan k.jie dan mana2 suami & isteri berkekalan hingga ke syurga. Itulah yang indahnya.
memang indah entri ni sarat dengan kisah cinta, suka, gembira dan juga nasihat…
untuk kujie…selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-17….semoga kekal hingga ke syurga… 🙂
Huish.. bagusnya citer cinta ini.. realiti plak tuh… bkn senang nak jumpa laki cam suami akak tuh.. tahniah2.. kim salam kat suami akak!.. ckp kat dia, saya tabik!!.. Bolehkah saya mendapat cinta sebegini?
gila… berair mata baca kisah cinta ni. rasa macam baca novel cinta lak
ps: ni lah pengalaman cinta agung. dasat. saya dambakan suasana begini. tp apakan daya, belum ada jodoh saya lg…
pss: gila romantik!
epi anniversary 🙂
salamm…
selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 17…. terasa syahdunya bila baca n3 kak jie nih… rasa cam nak meleleh air mata saya..
semoga rumahtangga saya juga akan berkekalan selama2nya… kalo boleh biar lah saya hanya dipisahkan dengan kematian sahaja…..
cemburunya saya membaca kisah akak yang saya anggap begitu simbolik dan romantik. memang kisah isteri seperti akaklah yang menjadi idaman lelaki.
diawal perkahwinan saya tak nafikan ianya menunjukkan seolah-olah semuanya berlaku seperti dirancang. namun semakin lama berumahtangga semakin banyak perkara yang tidak dijangka dan keluar sama sekali dari apa yang dirancang.
tiada sesiapa yang tidak mahukan kebahagian kan?
apa pun selamat hari ulangtahun perkahwinan akak yang ke 17. semoga ikatan cinta dan keutuhan kasih sayang akak dan suami semakin kuat!
tahniah jie, semoga berbahagia suami isteri hingga ke akhir hayar. tapi maksu 1st raya as a wife, raya di rumah suami, huhuhu, jauh plaks tu, utara dan selatan.
ade telenovela kat sini rupenyerrr 😉
epi anibesari kat hg & huby..
bawa laa abe gi mkn berduaan kat hotel ataupun hanimun berduaan..
bila lagik.. kalo nak kisah pasal anak-anak smpi bila pun tak abis.. 😆
appy aniberseri kak jie dan suami!!! lama tol dia nak karang nie. selalu mai pagi dah ada n3. semalam pagi singgah lom ada laie nie.. hiks..hiks..
sib bek kami org selangor.. jadi takde maknenyer osom tu sbb umah mertua takde pompuan. nak tak nak malam raya pagi raya mesti kat subang. dah siap bagai masak baru la terbang ke selayang. huhuhu….
😕 😕
tapi… sonok gak… wpun tak duk kg, tapi masakan mak mertua jawa pure tau… heks…
semoga berbahagia hingga akhir hayat … 😀 😀
Wah kak jie xbosan la saya baca,kalu ada selingan lagu Wings “Sejati” lagi gempak nih..Feeling.. 😀
happy anniversary..:)
semoga perjalanan rumahtangga kakjie lebih matang dan dilimpahi kebahgiaan…
hiks…agak2 lagi 17 tahun baper cucu kakjie ek?? 😛
selamat ulangtahun ya.
moga bahagia dan kekal bahagia selamanya.
baiknye suami ptg kuku kaki..suami sy ptg lain kat sy..haha
wah seronok baca kisah percintaan kujie! macam citer filem melayu tahun 80an.. heheh and congrats on the anniversary! 17 years! I salute you!
perjalanan kisah yg menarik.. heppy eneberii hehe
Happy Anniversarry buat K.Jie & suami!
Celebrate kat mana? Dpt hadiah apa?
Hihi..kecoh je makcik nak tau. 😀
salam kak jie…seronok betul mama baca pengalaman kak jie…begitu tersentuh nye hati mama bile baca…kak jie,mama jua berharap kebahagiaan mama dan suami akan terus kekal hingga hujung nyawa…ya betul kata kak jie,masa bukan penentunya tp cara kite tuk mencorakkan hubungan…dan nak tahu rahsia mama..sampai skrg selalu jugak mama mandi bersama..hehehee…
mak aihhh panjang giler tapi best baca
kisah chenta suatu masa dahulu kan. hhe
boleh buat script neh. hehe 😀
kami tak baling periuk belanga.. kami os-som jek huhuhu… kalo dia menang.. dapat laa dia tengok muka tiga posen samapi raya pertama sok hahahahah@!~
*Raya neh balik umah may YAY*
yeay!!!
avatar baru dah kluar.
comel kan yonna?kan mama kan? 😆 hahahhaha
mamaaaaaaaaaaa.
tu gambar lama!
muka je tu,
bukan badan
mmg nampak kecik! hahahha..
wahh honeymoonnnnnnnnnnn
bile nk buat pasport ni :p
ewahh..
luar negara lak :p
assalamualikum mama…. tahun ni mama balik ke baling ker atau ke kuantan…. ooooo perjalanan jauh tu…. teman yang tak tahan tu, masa dulu2la, bila balik raya jam kat highway…nak masuk berhenti rehat kat R&R pon tak boleh masuk… jalan pulak bak kata org, memang crawling pace…apapun, teman harap mama & famili selamat sampai & drive carefully nanti… tahun ni teman raya simple aja coz musim anak periksa huhuhu… kuih pon main tunjuk aja…
wah, baca entri mama kali ni memang nostalgia…banyak saat manis tu…. tahniah teman ucapkan & selamat sambut ulangtahun perkahwinan yang ke 17…
erk.. saya sungguh terharu dan saya suka entry nih! suka banget!
Romantik sungguh cerita kak Jie nih.. 🙂 boleh recall dengan tarikh-tarikh sekali tu..
..bole buat skrip drama nih ;-)..maap zahir batin
alaaa awat x jadi waaa
syahdunya cerita Kak Jie ni.. romantic sungguh walaupun dapat balasan cash malam Ramadhan tu hehe.. tapi bila dikenang2 memang sweet kan.. siap tido dalam kereta lagi.. kesiannya che’ abang.. hehee..
Kak Jie nikah tahun 91 ye.. masa tu Neeza tengah belajar kat PPP Shah Alam.. entah2 masa Kak Jie tengah makan2 tu, Neeza pun ada makan kat area yang sama.. cuma yang bezanya.. masa tu Neeza tak terfikir lagi nak kawin sebab dok pulun utk terbang heheehh..
mama..tumpang testing avatar br 😀
oh my god.mama.
setiap satu patah ayat pun yonna tak terlepas pandang (kecuali tang iklan tu)
soooo damn sweet!!
sangat best kisah cinta mama dulu2.haha..
mama kawen taon 91?
uishh.
time tu yonna baru umo 5 tahun.
😀 hehe..
tu lah tak g first terawikh haha..
kan dah kene tolak kete :p
xpe kan ma,pengalaman.
hasilnya..skang ni mama berterawikh ngan husband mama 🙂
mama,
happy 17th anniversary to both of u..
semoga mama and family bahagia selamanya..
bukan senang nak jaga sebuah rumahtangga ni 🙂
but u did it ma,
mama mmg leh dijadikan idol.hehe..
tak semestinya even dah berbelas-belas tahun marriage tu bertahan,means
family to bahagia kan 🙂
err
mama dpt hadiah ape eh :p
hehhee..
syg mama!!
*hugs*
kisah cinta orang dulu²
ringkas dan padat..banyak sgt kenangan yang indah²
dan mama bersyukur perjalanan hidup mama sangat simple dan mudah
petua sgt mudah…nikmati hari ini, hargai apa yg dimiliki dan hidup seadanya mengikut kemampuan sendiri.. tidak berangan² atau meletak harapan yang terlalu tinggi…
berkahwin dengan orang yang mencintai kita ….jangan mengejar orang yang hanya kita cintai
hadiah..hehehe
utk cik abg – hari ni dia pergi register motor LC baru
utk honeymoon – tiket dah tempah…cuma nk pergi buat pasport..hehehe