Merenung detik-detik lalu
Kita terduga dan tersungkur
Namun kecewa bukan penghujung
Nyalakan obor kesabaran
Menyinar erti pengorbanan
Tersingkap rahsia jadi pedoman
Kita masih disini
Menjejak redha Ilahi
– Satu Suara
Hari ini, 16 September adalah tarikh yang paling disebut² oleh rakyat Malaysia. Hari yang ditunggu² ketibaannya oleh segelintir dari dari kita untuk melihat catatan sejarah tercipta.
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri, hati hati hari-hari, beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci
menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
-Ku Berlari
Tetapi disebalik keghairahan kita menunggu detik 916 untuk melihat sesuatu yang disebalik senario politik Malaysia, usahlah kita lupa . Waktu bersahur pagi tadi, Intan, anak kecil saya mengucapkan ” Selamat Hari ATM” . Terkejut juga kerana dia mengetahui.
” Semalam dia tanya abang ATM tu apa” , jawapan suami melupus teka teki.
” Intan tahu mana?”, duga saya.
” Kat TV ”
Hari ini 16 September, adalah tarikh penting bagi negara kita. Sehingga pagi ini, masih belum tercatat sesuatu yang penting dalam kalendar sejarah negara kita tetapi 2 peristiwa penting ini pernah berlaku.
Pertama, ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-45 dan
kedua, sambutan ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ke-75 .
Saat badai mendera ku, hingga rapuh dan goyah
Tiada daya ‘tuk bertahan
Hanya Engkau tempat ku berpegangBerkatilah setiap semangat jiwa
‘Tuk selalu berjuang di jalan-Mu
Terjagalah hati yang kadang redup
Tertiup angin duniawi
Gemerlap kilauan harta
Takhta dan cinta manusia
Yang menyesatkan
Selamanya…Saat hujan basahi ku, penuh lumpur dan noda
Dalam derai air mata, dengarlah permohonan ku
– Ku Mohon
Selamat Hari Malaysia & Selamat Hari ATM
Dan satu fakta penting… majoriti kaum perempuan suka 916 dan ATM ! Emas dan Automated Teller Machine , nak² pula dekat² nak sambut raya.
Selagi kejora berkerlipan…kita masih punya harapan
ohh patut ar.. byk tube sana sini.. he he..
dah 45 tahun penubuhan Malaysia yang meliputi perlis hingga ke sabah. Selamat mengingati hari penubuhan Malaysia.
saya tak suka ATM tapi sangat suka kertas yg keluar dari ATM. hehehe
hehhehehhe….
tatau plak pasai ATM tuh 😀
hahhhaa..ingtkan psl nak tukau kerajaan br tu..hi hi hi
jieee…916 ye? jun x suke pkai la jie..hahaha, kelako x? yg ade ni pon sbb ade org bg, jgn harap ler nk p beli…ATM tu, suke gak tp jarang sgt guna sbb cik abe bg cash, n bila nak ape2, mintak aje..wahahahaa…. 😈
Ha ha. betul tu Kak Jie.. 916 ramai perempuan yang suka.. 😛
p/s: kak.. maaf ya. kenapa skrg blog ni berat sikit eh.. akak dah measure pakai “meter” yg dulu tu tak..
uiks.. baru tau yang ari ni Hari ATM… hehehe 😳
Mmm ingatkan hari nak tukar kerajaan jer… hehe… bila la gamaknya akan terjadi?? huhu
tarikh yang ditunggu2.. nombor yang memang digilai oleh kaun wanita hehee.. tapi neeza kan kak Jie, kurang suka pakai 916 tu. rasa rimas.. yg ada ni pun sebab terpaksa pakai. nasib baik kan laki neeza hehee..
Aku pun tak tau…
SELAMAT HARI MALAYSIA
katenye mintak tangguh sehari…
sape nk explain nih???
tunggu je laaa…
yang pasti, keadaan dalam negara sekarang ibarat ribut dalam cawan…
ade ruang dan peluang untuk diperbaiki… 😕
slmt hari malaysia jugark kepada semua warga malaysia! lebiuu malaysia!
hari penubuhan Malaysia – ok
hari ATM – ok
hari apa lagi ehh? kata ada extra? x kan cakap2 kosong jer lagi… kekekeke….
sy ada tanya pelajar2(budak kelas belakang) pasal 16 sept ni hari apa…depa jawab harijadi perdana menteri… 🙄
saya amat suka ATM..lagik2 kalau dalam nye isi penuh.. 🙂
A’a.. x perasan lak ATM pon disambut pada hari 16 Sep..
hehe.. 916 n ATM.. x pernah terfiikir pulak pasal emas dan mesin ATM.. hahaha..
hehehe….bijak2…
atm??? suda tak berani mampir…kena tunggu ujung bulan plak. heheheeh…
Selamat Hari Malaysia!
Selamat Hari ATM.
916 tak bertambah, pakai mana yg ada.
ATM sendiri dah berkurang, tumpang ATM hb pulak.
😆
saya 916,tak suka tapi…….ATM suker sgt 😛
Dalam kesibukan menanti 16 september bagi melihat senario politik negara kita, kita terlupa pejuang-pejuang tentera yang sibuk menjaga keamanan negara kita. Ketiadaan mereka mempertahankan keamanan dan keselamatan negara, dimanakah kita pada hari ini. 💡
yup kakjie. ramai sudah lupa tentang tarikh tertubuhnya malaysia dan ulangtahun ATM ni. lagi2 sekarang yang dok sibuk dgn cite penukaran kerajaan. kalau benar2 berlaku akan tercatit satu lg sejarah baru dalam arkib negara…
mmg pompuan ske kan…huhuuu…panjang pompuan Q depan ATM..hiks….
poser ker? 😎
Suka 916 juge… tp tak suka ATM… lebih suka guna Debit card lebih lebih lagi jika bukan kepunyaan sendiri
*ehem*