Projek Mega Self Adhesives
Peribadi

Projek Mega Self Adhesives

Kawan-kawan twitter pun risau bila saya jarang berkicau dengan mereka – ada yang tanya apalah projek offline sampai kesibukan TERLAMPAU tu…

Bukan besarkan reban ayam ye Cikgu Normah… walau pun ternak ayam waktu sekarang sangat kena masanya. Sesuai untuk bulan Ramadan dan Syawal.


Inilah projek mega saya – lipat baju lama dan simpan dalam plastik. Mungkin ada yang masih ingat bila saya tweet cari kedai yang jual plastik self adhesives bungkus baju macam plastik  waktu beli kain pasang (ada gam lekat sendiri ).

Ada awek Nilai3 tolong belikan. Baju lama dan baju anak-anak yang tak muat saya masukkan dalam plastik, gam cantik-cantik dan sedia untuk di hantar ke pusat pengumpulan. Boleh didermakan.

Idea encik suami supaya baju-baju tersebut dilipat dalam plastik cantik-cantik supaya kemas dan mudah untuk diagihkan. Terimakasih bang…. kalau nak bagi kat orang pun biar dalam keadaan yang elok, orang memandang pun nampak cantik dan orang yang menguruskan penghantaran pun mudah. Biasanya kalau letak dalam kotak, habis dipunggah-punggah bercampur macam kain buruk.

Baju kurung siap sepasang – tak adalah kain entah ke mana, baju entah ke mana. Di punggah ke sana ke sini pun tidak bergumpal seolah-olah pakaian terbuang.

©kujie – clearkan almari – makna tersirat – nak isi stok baru musim raya :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Projek Mega Self Adhesives

  1. Plastik ni kat Jalan Kenanga pun ada, kat kedai orang jual penyidai baju, patung, dan hanger…
    kalau nak murah beli plastik biasa then seal ajer dengan selotape….tapi tu lar bila dah buka kena cari selotape lain haha….

    memang sayang kan tengok baju anak2 terutama yg branded beli tahun 80an cam Kikilala….masih elok dan tahan…harganya sekarang mahal melampau….kalau seluar tu dari abang long sampai adik2 pompuan pun saya pakaikan jer…
    Jom terjah post menarik dari kakza ..Koleksi Aqeela – sempena RamadhanMy Profile

Comments are closed.