Bersin 161 Kilometer/Jam
Pengetahuan Am

Bersin 161 Kilometer/Jam

Riwayat dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Hak seseorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada lima: menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan orang yang bersin.”

Mendoakan Ketika Bersin

  1. Orang yang bersin ucap – Alhamdulillah (segala puji bagi Allah)
  2. Orang yang mendengar ucap – yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu)
  3. Orang yang bersin ucap lagi – yahdikumullah wa yushlihu balakum (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu)

Ada cerita mengenai  dua orang yang bersin berdekatan Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab. Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya supaya tidak mengganggu dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang selesema.

Dan lagi satu orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, tetapi tidak boleh bagi orang yang mendengarnya menjawap.

©kujie – topik kelas hari Rabu minggu lepas.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Bersin 161 Kilometer/Jam

  1. jantung terhenti semasa bersin? hmm..patut la kalau saya banyak kali bersin, jadi fatigue semacam.. thanxs kakjie 😉
    Jom terjah post menarik dari tira hashim ..rambutanMy Profile

  2. dan satu lagi, saya ada terbaca, waktu bersin mata kita akan tertutup dengan sendiri… klu kita bersin sambil membuka mata, ada kemungkinan biji mata akan terkeluar (yang ni nak kena rujuk semula baca dekat mana)
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Anda pernah tidur di Istana NegaraMy Profile

  3. pernah baca, katanya jantung kita terhenti waktu bersin sebab itulah kena ucap Alhamdulillah sebab bersyukur kita masih hidup

  4. “Dan lagi satu orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, tetapi tidak boleh bagi orang yang mendengarnya menjawap.”

    oo… baru saya tau…

Comments are closed.