Pesta Malam Tahun Baru Cina Di Tengah Belantara
Peribadi

Pesta Malam Tahun Baru Cina Di Tengah Belantara

image

Saya dah 2 hari di tapak projek empangan hidroelektrik Hulu Terengganu.  Suami tak cuti, saya yang datang melawat.

Waktu gambar ini diambil, hampir jam 10.30 malam.  Mereka bekerja 17 jam sehari tanpa shif bermula seawal 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Macam pesta di tengah belantara Semenanjung Malaysia dengan bunyi mesin, lori, dump truck, excavator, bulldozer,  motor grader, compactor, kren, showel termasuk engineer, surveyor, supervisor dan pekerja am bertungkus lumus untuk menyiapkan empangan mengikut jadual.
image

Ini pemandangan empangan hidroelektrik Hulu Terengganu waktu siang jam 10.30 pagi.

image

Jangan tak percaya, sambutan Tahun Baru Cina di tengah hutan rimba ini juga ada bunga api dan mercun. Pekerja dari negara China yang tak balik bercuti main bunga api sambut tahun baru.

Live Blogging From GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Pesta Malam Tahun Baru Cina Di Tengah Belantara

  1. Sambutan tahun Baru Cina tetap dilaksanakan untuk menghilang kerinduan kampung halaman kerana tidak beraya bersama ahli keluarga dan saudara mara.

Comments are closed.