Saya terima soalan yang comel ” saya nak pergi luar negara pertama kali, takutlah nak lalu KLIA, selalu tengok TV airport tu macam tempat yang serius”
hahahaha.. selalu sangat tengok drama. Tak boleh nak salahkan dia, bukan semua orang ada pengalaman untuk melalui pemeriksaan di lapangan terbang. Kalau kita kali pertama nak lalu pun cuak juga.
Sebelum sampai hari untuk berlepas, boleh check in melalui laman web atau kiosk yang terdapat di lapangan terbang (Self-service check-in). Cetak bording pass.
Untuk menaiki pesawat ke luar negara , ada beberapa lapisan pemeriksaan yang kita perlu lalu.
1. Beratur di kaunter syarikat penerbangan untuk check-in bagasi. Beg yang boleh dibawa naik ke pesawat hanya 1 dan tak lebih daripada 7kg.
2. Masuk ke Balai Berlepas – kena tunjukkan tiket dan pasport. Tak ada tiket tak boleh masuk. Kalau nak berpeluk ucap selamat tinggal, bolehlah berpeluk kat sini. hahaha
3. Pemeriksaan pasport – beratur mengikut kaunter yang betul. Ada 2 kategori iaitu Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara.
Sekarang di KLIA menggunakan perkhidmatan auto-gate yang dipanggil E-Gate. Bila pintu kotak kaunter di buka, masuk dan letakkan pasport pada tempat yang disediakan. Data akan dibaca melalui skrin di depan. Selepas data siap dibaca, letakkan ibu jari pada tempatnya untuk pengesahan identiti.
Bila semuanya selesai, pintu sebelah kiri akan terbuka dan melangkahlah dengan yakin dan kelegaan…hihi
4. Pemeriksaan badan. Letakkan semua barang yang dibawa termasuk telefon bimbit, gadjet, laptop, kamera atau tali pinggang yang dipakai di dalam bakul dan lalukan melalui conveyer yang bergerak. Sementara barang-barang kita melalui mesin pengimbas, kita pun lalu melalui pintu pemeriksaan. Pegawai imigresen akan membuat pemeriksaan badan. Kadang-kadang dia tak buat pun. Tengok muka suci murni bukan macam muka orang yang disyaki. Kalau bergerak dalam kumpulan pun boleh buat pemeriksaan berkumpulan.
5. Bolehlah terus keluar melalui gate yang betul untuk ke pesawat.
Senang aje kan. Kalau penerbangan domestik, tak perlu lalu e-gate.
nak gi mana nih??
Jom terjah post menarik dari titan ..Apa itu Mailing List? – Cuba Emelmatik.
Imigresen Malaysia masih lagi boleh dikira okay dan xstrict. Tapi kalau negara-negara yang betul strict seperti Australia agak banyak jugak la geledah dia. Siap anjing datang hidu beg lagi.
Jom terjah post menarik dari TrendViral ..[Gambar] 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition Yang Sangat Cool
Assalamualaikum,
pengalaman pertama memang cuak…serba tak kena. Jantung pun laju je…tapi lebih cuak bila dah sampai ke tempat tuju sebab muka imigresen kat sana lagilah tak senyumnya. kenalah kita yang senyum lebar2 dan ceria mcm kanak2 ribena 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bapa Kelar Anak
kena senyum sentiasa,lepas la..btul tak.
Jom terjah post menarik dari Ramli ..Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
tak pernah pergi luar negara lagi…huhu
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Ole-Ole dari Kota London
Bagi yang pertama kali keluar negara mungkin rasa gementar untuk melepasi kuanter imigresen bimbang tak lepas. Bagi yang pembayaran PTPN tidak berapa cantik.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gabungan Hafizh Syahrin Moto2 dan Doktor
mudah ada egate tu kan kak.. bila saya nak merasa guna egate.. hahaha.. lama tak terbang..
Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Kesukaran hidup sebagai pelajar di luar negara?
muka suci tak tahan tu, hihi
Jom terjah post menarik dari irfa ..We Share, We Care: Umur Sesuai Ajar Anak Buat Kerja Rumah