Perlu Petua Bibir Kering
Peribadi

Perlu Petua Bibir Kering

Saya sebenarnya mempunyai masalah bibir kering non-infeksi ( bukan jangkitan kuman ) yang  kemudiannya menjadi kepingan² kering yang kalau gatal sangat tangan menarik- narik akan menyebabkan luka.

Dalam banyak keadaan, masalah ini berlaku hanya apabila saya memandu dan memasang penghawa dingin di dalam kereta. Boleh dikatakan penyebabnya adalah suhu yang keterlaluan.

Tetapi saya juga gunakan penghawa dingin di dalam bilik tidur setiap malam , tidak pula menyebabkan berlakunya bibir kering.

Saya selalu letakkan butter/majerin dibibir untuk melembabkannya  dan mengelak untuk menjilat bibir dengan tujuan membasahkannya.  Kata orang , air liur kita lebih panas, kalau kerap jilat lagi cepat bibir kering.

Ada sesiapa mempunyai petua atau panduan untuk mengelakkan masalah bibir kering berlaku? Atau jenama pelembab bibir yang sesuai? * sambil tangan mencarik-carik kepingan bibir kering*

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Perlu Petua Bibir Kering

  1. saya pun selalu kena kak.. sapu vaseline memang berkesan. saya selalu sapu sebelum tidur, jadi tak terganggu dengan aktiviti makan/minum
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Tok WanMy Profile

  2. kak jie, bibir kering ni saya dah kena
    pi farmasi bagitau nak ubat krim bibir, make sure dulu ubat tu tak ada effect kalau kita makan la.
    dan doktor pernah cakap, elak guna air liur untuk lembapkan bibir, sebab air liur ini banyak bacteria2 kecil yg berbahaya..huh tak bahaya sangat, tp mulut kita ni la paling banyak bacteria selepas dua tapak tangan kita..
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Tutorial Gambar Cara Upgrade Ubuntu 11.10 Ke Ubuntu 12.04 LTSMy Profile

  3. 1) minum air masak banyak2

    2) atau sapu madu

    3)atau letak lip balm yang sesuai dengan bibir kita.. 🙂 (bibir saya tak sesuai pakai lip balm mentholetum, jadi saya pakai lip balm body shop)
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Blog TerbiarMy Profile

  4. kata emak maza, gosok dgn batu asah pisau toreh getah yg halus itu..
    insyallah semua kepingan yg kering itu akan tertanggal, dan bibir kembali menjadi remaja.. berkilat2 gitew.. ahaks..

    lalalala

  5. sakit tuh kalau bibir kering ditarik-tarik plak kulitnya, pedih. kak jie kena banyak minum air dan try sapu madu pada bibir. Insyaallah nanti baik dan bibir pun merah. sapu nipis-nipis je, sapu banyak nanti semut datang gigit.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Polis Maut Ditembak Rakan SendiriMy Profile

  6. Macam biasa la… minum air banyak-banyak dan pakai lip bum. Kak Jie pakai Vaseline la bagus. Beli satu bekas kecik Vaseline letak dalam kereta. Tiap kali nak drive, boleh la pakai.
    Jom terjah post menarik dari Azah ..iTWorld Apple Center KBMallMy Profile

  7. assalam kak jie..

    kak jie pakai lipstick tak? seeloknya sebelom pakai lipstick sapu bibir dengan lip balm dulu…

    hehehe… sebagai tambahan penjagaan bibir supaya tidak kering…

    ayah saya baru2 neh pun kering bibir sampai berdarah alur2 bibir tu.. saya pun bagi dia pakai lip balm strawberry skang okes dah bibir dia.. n trus letak dlm kete in case bibir kering…
    Jom terjah post menarik dari nuyui ..Promosi menarik dari RasaMas | Roaster Chicken Set for 2 cuma RM19.90 ( Normal Price RM33.60)My Profile

    1. waalaikumsalam

      kak jie jarang pakai lipstik – sebab dok rumah, surirumah
      selalu pakai lip balm tu bila memandu – kadang2 terlupa sbb tak suka letak dlm kereta…panas jadinya

      masalah ni jadi bila dalam kereta je…bila memandu, tak suka econ tapi kang hagus pula membahang…hehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Lot Of Ups, Lot Of DownsMy Profile

Comments are closed.