Semak Tawaran Matrikulasi Dan Cara Membuat Rayuan Matrikulasi
Pengetahuan Am

Semak Tawaran Matrikulasi Dan Cara Membuat Rayuan Matrikulasi

semak keputusan matrikulasi kpm

Angah berjaya ke Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia .ย  Sekarang ada 2 pilihan sama ada ke Kursus Asas Sains dan Teknologi Kolej MARA Kuala Nerang atau Matrikulasi KPM.

  1. Pilihan KM Kuala Nerang, selepas matrikulasi telah menentukan kos yang akan diambil pada peringkat ijazah. ( Bachelor of Aviation Management (Hons) di UniKL Miat )
  2. Pilihan Matrikulasi KPM, selepas setahun bergantung kepada keputusan pengajian.

Untuk menyemak keputusan tawaran Matrikulasi KPM :-

  • Login – http://www.moe.gov.my/ – Klik – SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.
  • atau http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my bermula 25 April 2012.

Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.

Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar.

Cara Buat Rayuan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012.

Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.

Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi.

1. Program Satu Tahun
– Sains/Teknikal – RM 550.00
– Perakaunan – RM 480.00

2. Program Dua Tahun
– RM 550.00 (tahun pertama)
– RM 290.00 (tahun kedua)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
– Sains – RM 500.00
– Perakaunan – RM 500.00

Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Semoga berjaya anakยฒ.

Nota Penting:

Matrikulasi KPM yang akan diumumkan pada 25 April ini oleh Kementerian Pelajaran dan Program Asasi IPTA, Diploma IPTA dan Diploma Politeknik Premier akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mei adalah dua tawaran yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Semak Tawaran Matrikulasi Dan Cara Membuat Rayuan Matrikulasi

  1. macam mana kalau saya tak isi result spm untuk permohonan ke matrik, masih kah saya berpeluang untuk belajar di matrik?

Comments are closed.