Kisah kawan lagi….
Sewaktu balik ke kampung menyambut akhir Ramadan sebelum Syawal minggu lepas, saya sempatlah berjalan² di Pekan Selasa. Di Kedah, Pasar Mingguan dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Pekan Nat, Pekan Sehari atau Pekan Sari dan diikuti nama hari pasar mingguan tersebut. Tempat saya ada Pekan Ahad dan Pekan Selasa.,
Pekan Nat lebih popular disebut. Perkataan Nat berasal dari bahasa Thai yang bererti ‘Janji’ atau ‘menetapkan hari’. Pekan pula bererti ‘bandar kecil’ tempat pertemuan. Jadi Pekan Nat boleh didefinasikan sebagai persetujuan untuk bertemu antara dua golongan iaitu penjual dan pembeli bagi menjalankan perniagaan. – sumber mykedah2.com
Tengah beli tulang dan daging untuk masak gulai umbut pisang, saya bertemu pandang seseorang. Eh… macam kenal! Tapi saya ni perempuan, tak kan menonong saja nak tegur orang. Akhirnya sidia menegur saya.
“awak Ku….”
Dia kawan sekolah rendah tahun 1974 hingga 1979 . Hampir 30 tahun dan dia boleh kenal saya? Kebiasaannya lelaki tak banyak berubah berbanding perempuan tetapi kawan sekolah rendah saya ini ada memori yang kuat kerana kami menjadi rakan sekolah sehingga tahun 1980 kemudian saya berpindah sekolah. Saya tak ramai kawan sekolah kerana kerap berpindah – 3 sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Dua hari selepas itu, saya terima satu sms dari seorang lagi kawan lama tetapi bukan kawan sekolah.
” maaf, saya tak ingat siapa ni” sms terus terang saya untuk dia.
” kita belajar trengkas sama-sama”
Saya agak mesti dia dapatkan nombor telefon dari kawan sekolah rendah tadi. Pelik juga , bagaimana mereka saling kenal mengenal sedangkan saya kenal mereka dari dua keadaan dan tahun berbeza.
” kami kawan satu tempat kerja”
oh! dunia makin mengecut atau kita yang makin mengembang!
Saya ceritkan hal ini pada Angah…
” secret admirer mama dulu kot” suka ye nak usik mama!
Zaman saya sekolah dulu mana pandai ‘bercinta monyet’. Sampai sekolah menengah pun amat jarang ada pelajar bercouple. Hubungan persahabatan sangat tulus dan tiada dijangkiti anasir jahat yang memesongkan nafsu.
owh facebook – nak planning apa kalau sendiri lagi…huhuhu!
©kujie – terima berpuluh2 sms ucapan raya, terimakasih dan maaf ada yang tak save nombornya – saya bertukar telefon.
selamat hari raya juga, dah lambat tapi xpe kan~
Jom terjah post menarik dari Berita-Harian.net ..iPhone 5 Di Lancarkan Hari Ini
Keh keh keh . Samalah kita kak Jie .
Jom terjah post menarik dari Farah ..Kontest Peraduan Pic Cantik
Terlupa. Maaf ea. 😉
Jom terjah post menarik dari Hadi Rofiee ..Dunia blog yang sepi
a ah.. lagi-lagi dengan ada kemunculan facebook, kekadang tak sangka orang yang kita kenal ni pun rupanya ada dekat je..cuma tak perasan.. hehe
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Rewang di 3 Syawal
Salam Aidilfitri kepada semua tetami setiap blog Kujie2.com …maaf zahir batin
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Puasa Enam bagus disegerakan
mai beraya rumah saya kak…kat pokok sena.. 🙂
Selamat hari raya – maaf zahir & batin
a’aha… yang ke 19 😆
Itulah…. perempuan biasanya ‘banyak’ yang berubah
lelaki kurang sikit 😆
baca Biodata kt atas tu… 😆
Pi mai pi mai tang tu. 😮
p.s: org kedah ka, kawasan mana?
Jom terjah post menarik dari Hadi Rofiee ..Dunia blog yang sepi
kenangan lalu mengusik jiwa…
biasalah tu..kadang2 terkejut juga masih ade yg kenal, padahal dah berbeza dah saiz badan..hehe.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Lee ..Raya Sakan Nampak…
tapi rasanya lepas puasa ni…… kak jie makin mengembang..hehe
Selamat hari raya…
Kak Jie tak pernah cari kawan melalui fb , sorang pun tak pernah.
terjumpa kawan lama adalah secara fizikal dan kejutan indah…hehehe
slamat belated raya! ehe~
dunia makin mengecil? haha
tp bes la jumpa balik kwn2 lama
ramai kot sy in touch balik dgn kwn2 time skolah rendah tru fb
nasib baik ade fb; klo tak… mmg klo terjumpa mana2 tu, ada la hihihi~
Jom terjah post menarik dari Adila ..ALOR SETAR Quick Tour Destination 01
tak pernah add seorg pun kawan sekolah di fb
yg ada blogger dgn adik beradik je
tak pernah fb untuk cari sesiapa… 😆
Dunia memang makin mengecil kak Jie .
Jom terjah post menarik dari Farah ..Syawal
dunia nie mmg kecik jek kan kak?hehehe~

tapi dekat fb tuh boleh menemukan semua kwn2 sya blik~
itu menjadi dunia nie lebih kecik~hehehe
Jom terjah post menarik dari nabiel ..Kad Raya Alam Maya from BLOGGER
1980 saya belum lahir lagi kakjie, huhuhu
lagi beberapa hari nak sambut anniversary ye 🙂
Jom terjah post menarik dari mijie ..Hassan jemputlah naik rumah
Andai mulut tersalah kata,perbuatan
tidak desenangi,janji tidak terlaksana
yang termakan dan terminum ,moga di maafkan
dan dihalalkan..Selamat Hari Raya maaf
zahir dan batin..
Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Aidilfitri Penghubung Silaturahim
memang kan.. kecik je dunia.. tu kalau kat facebook lagilah.. kejap je jumpa kekawan lama
wah!sedapnya gulai umbut..
Jom terjah post menarik dari hamizah ..Sapa kata raya kat Perantauan Tak Meriah 2
3 hari raya naik 3kilo…so saya kompem mengembang!
dunia makin sempit, jadi jarak antara kita semkin dekat….
tapi, Algeria tetap jauh kan kujie…
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Nyawa Nyamuk
bermula jumaat lepas, saya makin mengembanggg. hehehe
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Aidilfitri 2010 – Syukur
rasanya lebih kepada kita yang mengembang! hiks… 😆
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Lebaran tahun ini akan tiba tak lama lagi
nampaknya dunia semakin mengecut la..