Akhirnya selepas berbagai spekulasi dan penantian orang ramai untuk mengetahui perkembangan terkini kes kehilangan Datuk Sosilawati yang dilapurkan hilang telah terjawap dengan pengesahan pihak polis bahawa jutawan kosmetik tersebut bersama 3 yang lain dibunuh dan mayatnya dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat.
* sumber : bernama online
Antara suspek yang ditahan termasuk seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adiknya, sehingga hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan.
Kronologi Kes Datuk Sosilawati.
5 Sept 2010 – Pengasas produk kosmetik Nouvelle Beauty , Datuk Sosilawati dilaporkan hilang sejak sejak 30 Ogos 2010. Beliau tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting atas urusan perniagaan, bersama tiga yang lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin,pegawai CIMB Kg Baru, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim.
6 Sept 2010 – Kenderaan BMW milik Datuk Sosilawati Lawiya ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya. Kereta milik peguam beliau ditemui disebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
12 Sept 2010 – Misteri kes kehilangan Datuk Sosilawati hampir terungkap melalui berita lewat malam melalui akhbar online apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
************************************************************
Innalillahiwainnailayhiraji’un , dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Takziah kepada keluarga mangsa.
Sebenarnya saya tahu juga beberapa perkembangan sebelum ini, cerita melalui anak saudara yang menjadi kawan kepada anak Datuk Sosilawati tetapi biarlah semua itu hanya cerita untuk diri sendiri bukan untuk menambah gossip dan spekulasi. Yang pergi biarlah kita sedekahkan Al- Fatihah, kita yang hidup ini masih ada sisa perjalanan sebelum turut mengadap Allah SWT. Tunggu saja keputusan mahkamah terhadap pihak terbabit.
Orang mukmin adalah beruntung : “Mereka syukur ketika mendapat nikmat dan sabar ketika mendapat musibah” (Hadis Riwayat Muslim)
Mudah-mudahan kita semua begitu. Amin.
Nota : Hati-hati menulis komen. Tak perlu menghakimi seseorang yang telah meninggal dunia kerana urusan beliau bersama kita di dunia telah selesai – selebihnya adalah urusannya bersama Penciptanya. Kita yang hidup perlu teruskan hidup dan sentiasa perlu perbaiki diri untuk menemui-NYA kelak.
©kujie – dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita?
semoga roh mereka ditempatkan bersama org yg beriman dan diharapkan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini…..salam takziah.. 😥
Apa nak jadi….dah jadi mcm zmn Jahiliah
Manusia sudah tidak ada sifat kemanusiaan, tidak dapat menyelami hati sesama insan…takziah kpd keluarga aruah susilawati moga diberi kekuatan dalam melalui dugaan Allah…moga roh aruah dirahmati
😥 kesian kan
Sungguh tak sangka kan.. mula-mula macam tak dapat terima macam ni kesudahan berita Datuk Sosilawati dan 3 orang sahabatnya… Al-Fatihah…
AL-FATIHAH
Mari kita sama2 ikut contoh jutawan syekh albukhari yang sentiasa menderma untuk kebajikan, malah Allah gandakan rezeki yang kita sedekahkan, ingatlah ini janji Allah
Yang penting ingat Masih Ada yg Kuasa sepandai tupai melompat akhirnya jatuh jua, baik lah bagi yg banyak harta buatlah kebajikan banyak2 itu sebenarnya awet muda untuk panjang umur
Al-fatihah untuk arwah . Kat banting ni , dah banyak orang datang kak Jie . Pening-pening .
Tahun ni , tak beraya la saya ke Tanjung Sepat sebab kes ni . Alahai .
takziah bt kluarga arwah…
yg hidup,mst troskn hidup dan jgn skali2 tlupa maut yg seringkali mnjenguk kita..igtlah pada YANG MAHA ESA..
MEWAH dunia MEWAH akhirat..
sekarang masih menunggu keputusan DNA kak.not sure klu betul tuh adalah dia..sebab tahun2 sblm nie pun ada ahli perniagaan yg hilang,tak jmpe2..
tpi peratusan mengatakan yg dijumpai tuh adalah dia tinggi jugak..pape pun..al-fatihah
takziah kepada keluarga mangsa, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman
sebab saya terima beberapa komen disini bercerita ‘itu ini’ tanpa dibuktikan. Cukup sekadar apa yang kita tahu dan ambil sebagai pengajaran – tak perlu nak tambah² gossip.
Nota : Hati-hati menulis komen. Tak perlu menghakimi seseorang yang telah meninggal dunia kerana urusan beliau bersama kita di dunia telah selesai – selebihnya adalah urusannya bersama Penciptanya. Kita yang hidup perlu teruskan hidup dan sentiasa perlu perbaiki diri untuk menemui-NYA kelak.
***Suka dengan nota dan peringatan ini..
Manusia kerap berkata atau melakukan sesuatu mengikut perasaan tanpa menggunakan fikiran yang waras.. termasuklah yang berlaku ini. Si perlaku seperti hilang akal kerana harta..
tak terfikir ke pembunuhnya…..tentang keluarga si mati yg di tinggalkan di kala syawal menjenguk?….alfatihah…buat yg pergi semoga keluarga si mati tabah menerima takdir ilahi
memang kejam lah pembunuh itu.. lepas dibunuh, dibakar pula.. cukup kejam…
Takziah untuk keluarga mangsa. Semoga pembunuh-pembunuh mendapat hukuman yang setimpal.
emm..benda datang dan pergi..
doa kita mengiringi mereka yang telah pergi
innalillah.. alfatihah utk semua mangsa
sbb itu kita tak boleh sgt tunjuk ke’bahagia’an kita… byk sgt mata dan hati yg iri..
innalillahiwainnailaihirojiun
dunia2