Membebel Sebelum Mesyuarat
Peribadi

Membebel Sebelum Mesyuarat

Esok ada Mesyuarat PIBG sekolah. Saya tak pernah ponteng sekali pun  mesyuarat PIBG selama anak-anak bersekolah .  Pergi awal dan dengar dengan tekun setiap penerangan dan ucapan dari Pengetua kerana itulah peluang untuk mengenali dan mengetahui perkembangan sekolah.

Tahun 2005, sewaktu sekolah baru dibuka di tempat kami, suami saya adalah AJK Penaja PIBG. Mesyuarat lewat malam tu dah perkara biasa.

Untuk mesyuarat esok, saya dah berkempen dengan rakan-rakan sejiran dan kawan-kawan Intan untuk membuat satu aduan serius.  Dalam borang yang dipulangkan minggu lepas ada 2 perkara yang saya usulkan dan salah satunya adalah mengenai Majalah Sekolah tahun lepas.

Kualiti Majalah Sekolah yang berharga RM 12.00

gambar pengawas sekolah

Kualiti yang sangat-sangat teruk. Gambar ini tidak diedit.

Intan cakap, gambar ni macam  ambil ibu jari , guna stamp pad ink dan cop  muka setiap orang.  Diri sendiri pun tak kenal kalau dia lupa sewaktu bergambar dimana dia berdiri.

Gambar setiap kelas yang diresize  bukan dalam ratio yang sempurna.  Nak tengok?

 

gambar majalah sekolah

Nak gelak pun ada kesian pun ada. Semua kembang dan pendek.  Patut gambar tu guna saiz yang lebih besar dan font untuk caption gambar guna font yang lebih kecil.  Tulisan besar gedabak tu bukan fokus utama.

Bukan kualiti gambar saja, binding juga sangat teruk kualitinya.  Baru dapat , belum bawa balik ke rumah, kertas dan tercabut sehelai sehelai.

Bahagian karya kreatif, karangan menggunakan font paling kecik.  Bukan sesuai untuk dibaca secara normal, kena guna teleskop.

Makcik dah membebel sebelum pergi mesyuarat.  Majalah ini bukan percuma diberi dengan belas ihsan, tetapi setiap pelajar bayar Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja.  Kalau bajet tak cukup dengan harga RM 12.00 tu, tak apa, buat dalam skala kecil tetapi dengan kualiti yang setimpal.  Sesuatu yang pelajar berbangga memilikinya.

 

Nota :  Boleh claim ganti rugi tak?  Boleh kita pulangkan balik sebab tak setuju dengan apa yang diberikan?  Mesti tak boleh , kan?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Membebel Sebelum Mesyuarat

  1. ketua sidang redaksi patut mainkan peranan

    bukan setakat bagi arahan sahaja..

    mungkin masalah ni berpunca dari guru yang tidak ada kemahiran dalam editing majalah ditugaskan untuk membuat design majalah..tak semua guru ada kemahiran tapi nak tak nak kena ikut perintah dah diberi tugas

    atau,

    kalau gambar asalnya ok..selain masalah di atas, mungkin disebabkan kualiti percetakan yang rendah..

  2. Masa sekolah dulu projek buat majalah sekolah ni 100% diuruskan komiti di kalangan pelajar sekolah kalau kreatif komiti maka cantiklah majalah tu tapi kalau semua tangan bangku maka keras lah majalah tu.

  3. teruknya editing resize picture tu..alahai..siannya..walaupun bajet rendah sekalipun, takkan la benda macam tu pihak sekolah tak dapat nak nilai..aiyok..

    patut pihak sidang redaksi tu juga main peranan gak..nak edit gambar, patut cikgu penasihat tu kena guide kan juga..:D

  4. mohon sekali mana syarikat percetakan yang dapat tander buat majalah tu. kadang-kadang cikgu tak ada masa nak ambik tau harga market. jadi dibedal la cukup-cukup harga tu. lagi2 dalam satu kawasan tu cuma syarikat tu je yang mampu menawarkan perkhidmatan percetakan. minimumkan kos dan kualiti, keuntungan pasti berlipat kali ganda.

  5. Hai dah tahun 2014 masih tak reti nak edit buku setebal buku masak tu. Hehe
    Bagus kakjie, bebel kasi sengat! Bagi dekat baru yang suam suam kuku baru belajar nak edit gambar paling asas, ni la kesan dia. Saya dulu kat sekolah, pelajar senior manage, bagi kat cikgu suruh handle printing semua. Lani entah, rasa rugi tengok adik sekolah yg sama sorang satu bawa balik buku yg sama, errr

    1. Perjumpaan rakan sejiran kat surau, kat majlis yassin kat majlis kenduri semua bercakap tentang isu yang sama.

      Kawasan luar bandar ni, bukan senang nak minta duit RM 12 untuk majalah sekolah yang dianggap tidak penting tetapi dengan kualiti yang diberikan, kepercayaan ibubapa lain semakin merosot.

  6. Gambar muka hitam, teknik cahaya, mungkin masa tu matahari di belakang murid, so dorang shoot gak. Kena hire Pakcik Jeman lah hehehhe…. Mintak buku jenis jahit bukan gam, baru tak tercabut, tapi harga nyer ehem2.

    1. Kalau mahal, kita jgn buat 100 mukasurat, kita buat 50 mukasruat. apa guna tebal tapi tak boleh “guna”

      Bukan keluarkan duit untuk saja suka suka.

    2. pakai jurukamera dalaman la ni

      nak hire orang luar kos lebih tinggi..kena pulak duit majalah tak semua murid bayar, pening kepala mana nak cari duit bayar kos percetakan

  7. kena tanya siapa yang handle dan siapa tukang gambarnya. Kamera apa gak yang dipakai. Biasa yang pandai je leh wat. Yang biasa-biasa..dari cover majalah sekolah pun boleh tahu bagus atau tidak. haha..budak-budak sekolah yang jadi team ni pun..kena cari yang pandai bab adobe dan multimedia. baru dapat hasilkan majalah yang umhh..

    sekarang..patut dah ada gambar kaler dah untuk majalah sekolah. banyak sekolah dah buat. tapi of course la..harga majalah akan naik. Tapi..still puas hati dengan hasilnya.

    1. Ada beberapa bahagian yang berwarna, dan semestinya bahagian editor. Bahagian itu saja yang paling cangik.
      Bahagian utk Tingkatan 5, peristiwa-peristiwa penting berwarna.

      Semestinya harga berbeza , saya baru terima majalah Kolej Mara Kuala Nerang beberapa minggu lepas. Kualiti dan harga memang berbeza.

      Mgkn kami sekolah luar bandar, tak boleh mahal..tetapi tujuan utama buat sesuatu yang boleh digunakan, ada manfaat , bukan buat sekadar saja-saja buat sebab sekolah lain pun buat.

Comments are closed.