Cara Hidupkan Lampu Guna Air
Pengetahuan Am

Cara Hidupkan Lampu Guna Air

Pernah nampak lampu yang boleh dihidupkan hanya dengan menggunakan air?

Tak kisahlah nak guna 7 jenis air mutlak , air mutanajjis atau kalau terdesak,  air kencing pun boleh digunakan.

sme lightlampu air sme light
Lampu Air ini menyala di bahagian bawah seperti lampu di bilik pembedahan.  Saya pernah dibedah 3 kali, saya tahulah silau lampu bilik bedah macam mana 🙂

sme lightcara guna lampu air

Memang mudah nak guna lampu air ini.

Isi air  – air laut, air tawar, air bekas basuhan atau air kumbahan.  Tak perlu petik suis, lampu akan menyala.

Boleh tambah peluntur, cuka atau garam untuk menambahkan kecerahan lampu tersebut.

Lampu air (  Aqualights ) ini boleh bertahan sekurang-kurangnya 12 jam.  Bila dah malap, buang saja air dan boleh diganti dengan air yang baru.

 

sme lightlampu air

Mula-mula nampak, saya ingatkan bekas makanan yang mengandungi makanan istimewa dibawa dari Kuala Lumpur terbang ke Phnom Penh.  Dalam penerbangan dari KL- Phnom Penh sewaktu mengikut Jejak Rehlah Dakwah Dan Mujahadah – Blogger Mengemban Tanggungjawap Sosial , ditatang, dikelek dengan cukup berhati-hati.    Rupanya di dalam beg tersebut mengandungi sesuatu yang cukup bererti dan berharga.

Beratnya lebih kurang 1.2kg dan harganya  tak sampai RM 200 kot, saya tak pasti.

Lampu mudah alih ini sesuai untuk tempat yang belum mempunyai bekalan elektrik dan tidak memerlukan apa-apa bahan api atau bateri.

Lampu Air ini adalah salah satu projek  misi kemanusiaan kerjasama Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan  Al Ansar Group  bagi membantu anak-anak Kemboja belajar.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Cara Hidupkan Lampu Guna Air

  1. Menarik! student patut beli benda ni sebab lampu ni boleh adjust terang dia. jimat dan senang digunakan. Tak perlu bayar bil letrek berlebihan lagi.

  2. kurang jelas, ni mcm mana, air campur cuka menghasilkan cahaya, mcm tu ker? kalau betul saya nak try kat rumah nanti

  3. Guna chemical kan, bila air react dgn bahan tertentu hasilkan cahaya, dah lupa nama dia, time kerja dulu ada guna alat lebih kurang mcm ni keluarkan cahaya utk indicator 🙂

Comments are closed.