Peribadi

Ku Mohon

Kadang-kadang saya rasa, susah jadi orang baik ( huh..saya dah perasan ni ). Andai seribu kali kita pernah berlaku baik pada orang dan untuk sekali itu kita menolak untuk berbuat baik terus lupus segala kebaikan yang lepas. Bukan kebaikan itu untuk dikenang atau dihargai sekurang-kurangnya janganlah kerana sekali kita tidak dapat memenuhi permintaan kita terus diperli sudah lupa diri.

ala…….siapalah aku ni..mana la ko nak kawan dgn aku lagi …”

Saya kecewa kadang-kadang, sebagai manusia saya juga perlu menilai dan menapis apa yang perlu. Kenapa mesti menyulitkan keadaan. Saya sedar saya sedang dimanipulate tetapi saya tak sampai hati untuk mengelak.

# orang gila tak akan cakap dia gila, orang baik tak baik cakap dia baik..huhuhu…
Oh Tuhan
terangkan hati dalam sanubariku
untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran

Oh Tuhan
ku berserah segalanya kepada-Mu
agar jiwaku tenang dengan bimbingan-Mu selalu

Curahkanlah nikmat-Mu pada hidupku

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

8 thoughts on “Ku Mohon

  1. kes selesai!

    ha ha ha…biarkan spt angin lalu….

    lili ..betoi la tu apa yg kakjie nk tulis…:p

  2. # orang gila tak akan cakap dia gila, orang baik tak baik cakap dia baik..huhuhu… <--- akak baca balik. akak yg tulis mcm tuh muahahaha .. org baik x baik ckp dia baik .. saya amik statement akak tuh … ke akak nak tulis org baik x cakap dia baik ??

  3. “Sabar itu separuh daripada Iman!”
    Itu sajalah ug mampu daku sampaikan. Manusia lain takkan memahami hati insan yg lain kecuali Alla swt!

  4. saya x ckp pape ..
    saya doakan akak oke
    🙂

    bile nak deting ngan saye pulak mak jie ??

  5. siapa ingat kalau kita buat baik?

    tapi siapa pulak lupa kalau kita buat jahat?

    lumrah alam.

    perspektif manusia nih semua.

  6. kadang2, kita bertahan sebab keadaan..
    kadang2, kita terpaksa membuat sesuatu yang bukan dalam keadaan sebenar diri kita..
    kadang2,hidup ini tak seperti sesedap yang kita jangka..
    tol tak?

  7. kak.. arwah mak nat berpesan…

    “biar orang buat kita, kita jgn buat org…”

    sampai bila nak tahan ek?

Comments are closed.