Peribadi

Ahad yang indah

Saya tak buat kuih , tak buat baju raya jadi tak der gambar dan cerita nak ditempek.

Tapi, semalam hari minggu, nak raya ni kenalah buat kerahan tenaga kemas taman sekangkang kera saya tu.

Tengok ikan talapia remaja yang sedia untuk dipancing. Segala jenis pokok hutan ditanam.


Taman yang macam hutan rimba sehingga merangsang pertumbuhan spora.. sejenis pokok pakis tumbuh atas batu tepi kolam…. macam ulat bulu. Kelas sains untuk anak-anak.


Pokok telipok dan anaknya yang membiak bersepah…

Salah satu tanduk rusa dari 3 jenis yang saya ada, suami saya gembira melompat – lompat sebab tanduk rusa istimewa dia dah tumbuh anak!! Tanduk rusa ini tanduknya tumbuh ke atas bukan jatuh berjurai ke bawah seperti yang biasa.

Kudup teratai , nampak lampu taman saya? Itu adalah lampu kitar semula di kutip dari tempat projek yang tidak digunakan lagi. Asalnya sewaktu suami saya melakukan kerja ukur untuk projek air terjun di pintu masuk utama UITM Shah Alam.

Bila dah penat, rehatkan kaki ….kita pergi spa….ikan-ikan sedang gigit dan makan tisu-tisu mati kaki….geli dan best tau!

Jie ~ hari ini Along PMR, pagi-pagi buta bagai nak luruh jantung bila dia cakap vallet cari tak jumpa! huk….tak der IC tak leh ambil exams!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Ahad yang indah

  1. good luck along !! 🙂

    kak jie, besnya kalau rumah ada taman maca tuh .. merelaxkan minda

  2. Salam Kak Jie ….

    sonok kalau rumah ada tanah lebih lebih nie.
    Mcm mcm projek buleh buat ….

    pB doakan ALONG akan berjaya dlm PMR thn nie ….

  3. jie..sama rupenyer bbudak kita..smlm da pesan ready sume brg nnt x kecoh ppg..last minit>> ‘mama ade nmpk wallet x’? ya allah sabo jelaa..

  4. ien >> ha ha ha..air kt umah kakjie sejukkkkk…air fresh dr bukit loh…DIY yer..!

    kuden >> along dah balik tu..dia ckp ok..harap2 dia org betul2 ok la ye…:D

    zura >> takut awk tu belum sampai dah kena pancing :p

    nat >> hehehehe..yg tu jgn la pokos :p

  5. kak jie, nk tumpang memancing umah kak jie buley?mcm best je dgr ikan talapia..hihih..

  6. dsantai>> dah jumpa dah..lepas jantung berdup dap…

    uji >> kalo mcm tu…ikan talapia ade..hakhak..

    bp >> semak samun pun seni kan..kan..cover malas tu :p

    kakjie ada 5-6 pokok camgitu..tp yg tu paling subur..ada sepokok lagi dlm pasu beso tepi tingkap bilik…saiz mcm tu gak..tp yg tu tanam atas tanah..lagi subur.

  7. Taman kecil tak apa kak jie, janji ada karakter dan berjiwa 🙂

    Saya suka spesis Asplenium nidus di gambar paling atas itu. Nampak sihat.

  8. Jie … leh tak nak singgah kat awak nyer Spa … nak tumpang letak kakiku ini kat kolam tu … tapi … takut ikan2 awak tu sume abih lari, nanti ikan2 tu ingat kaki gergasi … heheheheh …

  9. meh la …byk space lagi leh rendam kaki ni…

    wawa >> tu yg cantik2 kakjie snap..yg berserabut tu kakjie tolak tepi!

    mana pandai aihhh….mcm hutan taman tu..

  10. memang besh masa terasa mulut ikan-ikan tuh gigit manja kaki kita… nanti kalu ke serandah bley le mad redo1 tumpang letak kaki dalam kolam tu ek?

    hehehe…

Comments are closed.