Kembali Ke Sarang
Peribadi

Kembali Ke Sarang

apakbina hidroelektrik hulu terengganu
Di komplek penempatan  inilah saya tinggal selama 4 malam.  Tapak Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Kuala Terengganu di tengah belantara yang terletak berhampiran laluan utama menghala ke Gua Musang dari Kuala Berang.

Kampung terdekat adalah kira-kira lebih 30 Kilometer jaraknya.  Penempatan ini dilengkapi semua kemudahan asas seperti elektrik , bekalan air paip, astro, peti sejuk, mesin basuh, shower heater, katil , almari, dapur yang disediakan oleh majikan termasuk talian telefon dan internet melalui satelit yang disediakan oleh Maxis.

Pagi tadi, dengan bas dari Pengkalan Gawi, Tasik Keyir saya bertolak balik dan alhamdulillah selamat sampai setelah menempuh perjalanan 8 jam 30 minit.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Kembali Ke Sarang

  1. Seronok kan kalau saya dapat kerja kat tempat macam ni..pagi2 dapat tengok kabus jer..ke tak ada kabus dalam hutan belantara ni?hehe

    1. ada 3 jenis

      1. satu unit ada 7 bilik. satu bilik share 2 org – share dapur, ruang tamu, tv, mesin basuh peti sejuk… bilik air 5

      2. satu unit ada 2 bilik – share bilik air, peti sejuk dapur, ruang tamu , tv

      3. satu unit satu bilik – mcm bilik studio – dia ada bilik air sendiri, tv sendiri, peti sejuk sendiri, dapur sendiri

      abang duduk bilik yang ke 3, tak share dengan sesapa, jadi kami boleh berkampung seskuka hati di sana, bila² masa.

      jangan tanya pasai pa dia dpt bilik mcm tu..sendiri mau ingat..hahaha

      1. cit eksyen.. hahaha

        yalah… yalah.. abg an kan special, especially utk kak jie kan … wink! wink! wink!

        Apa2 hal pun, memang terbaiklah… senang utk family melawat.. alhamdulilah..

  2. Salam akak,
    Walaupun jauh di dalam hutan belantara, segala kemudahan begitu lengkap sekali.
    Ingin sekali dapat tinggal tempat sebegini… Jauh dari kesibukan kota, bersama alam semulajadi yg terpelihara tapi masih dapat mengikuti kisah dunia luar.

Comments are closed.