Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga
Panduan

Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga

Saya baru balik dari bercuti meliputi selatan semenanjung sehingga ke tengah belantara , lebih kurang 1800 Kilometer perjalanan.

Percutian  termasuk meredah laut  dan kuala sungai memancing udang, melepasi laluan yang ditutup akibat banjir ( kami naik Frontier, boleh lepas ) , melawat empangan hidroelektrik yang dah siap ( Empangan Sultan Mahmud ) dan empangan yang sedang dalam pembinaan ( Empangan Puah )

tanjung sedili
Tamjung Sedili

Kami juga melalui 5 lebuhraya berbeza  – Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Guthrie Coridor, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah , Lebuhraya Senai- Desaru dan Lebuhraya Pantai Timur .

perjalanan cuti

Panjang betul intro… hiks! Saja je nak bagi tau………..yeah! seminggu dah habis untuk bercuti.

rumah airLokasi percutian pertama, kami singgah di Kampung Sedili Kechil dan tinggal di rumah air. Bawah rumah tempat parking bot. Turun saja melalui tangga ke bawah rumah untuk menaiki bot .

percutian bestKawasan aman dan mendamaikan seperti ini jangan disangka tiada serangga merayap.

hulu terengganu projectDi Hulu Terengganu saya tinggal di kawasan berkabus sunyi sepi, sejuk dan dikelilingi hutan.

banjir di terengganu

Meredah banjir di Kuala Ping, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Dalam dua situasi tersebut, kebarangkalian untuk melihat dan terjumpa serangga sangatlah tinggi.  Kedua-dua tempat seperti ini adalah habitat semulajadi untuk pelbagai jenis serangga.  Yang pernah kita nampak atau yang tak pernah nampak seumur hidup.

icon ikan kuala rompin

Suatu malam, sedang nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga bila terasa ada serangga  merayap masuk ke dalam telinga di sebelah kanan.   Nasib baik saya teringat tips untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga.

Cara untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga :-

  • Tarik nafas dalam-dalam
  • Tutup hidung , mulut  dan sebelah jari lagi tutup lubang telinga di sebelah kiri  serentak ( kalau serangga masuk di sebelah telinga kiri, tutup telinga kanan )
  • Insyaallah, serangga tersebut akan perlahan-lahan bergerak keluar.

Teorinya mudah, binatang perlukan udara untuk bernafas,  Kalau punca udara dari hidung dan telinga satu lagi ditutup, seranggan ini  akan mencari udara di lubang  yang terbuka.  Ia akan keluar melalui telinga yang dimasukinya.

Petua ini untuk serangga yang masih bergerak dan hidup, kalau serangga dah mati,  terpaksalah ke hospital seperti kisah telinga saya dimasuki lipas dulu.  Baca kisahnya di sini Bila Lipas Merayap Di Garis Masa

Kalau ada petua lain, bolehlah dikongsi bersama, mungkin bermanfaat untuk mereka yang gemar bercuti di hutan.

memancing udang galah di sedili kechil
Memancing Udang Galah di Sedili Kechil, Kota Tinggi

nota : ada banyak gambar dan cerita.  Tak tau nak mula dari mana.. :p

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Cara Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga

  1. Baru-baru ini terkejut jaga dari tidur bila ada bunyi kuat dari telinga kanan. Rupanya semut masuk dalam telinga. Panik rasanya sebab dia dok merayap pada gegendang sebab tu bunyi kuat. Saya ambil minya kapak sapu pada tepi lubang telinga dan buat macam kak jie petuakan di atas…keluar akhirnya perghhh siksa!

  2. x pernah plak terfikir kaedah ni, kalau kaedah saya adalah saya memasukkan air kedlm telinga, pastu serangga tu keluar lah, hehe

  3. saya pernah mengalaminya waktu kecil danyang masuk ke telinga tersebut adalah semut, alhasil saya pergi ke rumah sakit juga ..

  4. Terima kasih kak jie utk tips ni. Bolehlah saye buat kot2 ada serangga tergelincir dalam telinga nanti.

    Pernah ada serangga masuk dalam telinga saye (tak tau serangga apa). Asyik dengar bunyi binatang dalam telinga. Tak tau nak buat ape, saya sapu minyak panas kat luar telinga, lepas tu terus takde bunyi…bila dia keluar, sayepun tak tau…hehe

  5. saya ada kak jie, dulu-dulu la pernah buat, tapi hanya untuk serangga namanya semut.. yg lain, tak penah cuba..

    masukkan minyak masak, sikit je dlm telinga yg semut masuk tadi. biar kejap, lepas tu telangkupkan telinga (of course dengan kepala sekali). nak bukti semut tu, telangkup atas tisu, nanti nampak le semut tu, dah mati pun..

  6. masa kecik2 dulu pernah jugak jadi camni. Berhari jugak kena tahan azab sakit tu. tapi Alhamdulillah., beransur sembuh lepas g klinik..

  7. tips mengelak didit nyamuk di hutan..sapukan lidah bauya di seluruh kulit yang terdedah. Biarkan ia kering, In Shaa Allah nyamuk tak gigit..lidah buaya adalah ubat mujarab untuk luka² kecil..

    Percutian yang menarik kak..

  8. time sekolah dulu ada banyak kumbang kecik suka kat lampu.. maklumle sekolah keliling kelapa sawit. klu musim banyak sampai hitam katil sebab terlampau banyak kumbang jatuh atas katil dahla busuk!. bila dah banyak2 adala yang tersesat masuk telinga… solution pertama kitorang suluh lubang telinga sampai kumbang keluar tapi memang ambil masa… tapi kalau dah mati memang tak bolehla

      1. kalau tanda tang situ, jawabnye boleh la berpartner dengan encik Knizam.. semua pasu bunga, esclator, lampu trafik light pon dia nak tanda. kakaka

  9. satu lagi petua suluh telinga yg masuk serangga dengan lampu suluh. logiknya serangga ni tak nampak jln keluar . Bila dah terang nampaklah dia.
    satu lagi , sapu keliling teingga dgn kapur makan sambil bersalawat.
    Zaman kecik2 dulu telinga saya selalu jdi mangsa semut. dah merasa sakitnya digigit semut sementara binatang kecil ini nak kluar.

  10. baru2 ni, 2x serangga yg suka kat lampu tu masuk dlm telinga. Gabra abis tatau nak buat mcmana..tmbh2 lg tgh bawak motor masa tu..cuak sgt2 sbb kepak binatng tu berkipas2 dlm tinga!! Huaaaaaaa…

    Langkah plg proaktif, terus p klinik kesihatan dlm kmpg. Kasi kuarkan dgn alat yg ada kat klinik tu hah..cepat, mudah dan selamat. Hihihi

  11. Aya masih ingat lagi.. masa di perubatan dulu.. pensyarah ada cerita kat kitaorang pasal lebah masuk kat telinga salah seorang pesakitnya di pedalaman.. caranya letakkan minyak makan ke dalam telinga sehingga lebah tu lemas dan keluarkan semula minyak tu… tak pernah cuba lagi.hehehe.. jangan masukkan minyak petrol plak..hehehe

    1. Sha, kak jie sendiri tak bawa balik apa²
      balik sehelai sepinggang
      balik dengan bas…
      pergi dengan abg, bawa segala mak nenek, toto, bantal selimut bagai…tapi semua tinggal kat sana. nanti dia balik tolong bawakan.

      1. hehe its ok..sha gurau2 aje.
        anyway kesian kat k jie..tapi tak pelah ..husband ada komitmen kerja begitulah kan…

  12. Terimakasih ya kerana sudi berkongsi tips utk keluarkan seranga dr dlm telinga, semut suka masuk telinga saya, selama ni saya guna minyak angin jek utk kasi keluar, saya kan cuba cara ni yg nampak mudah jek..

    1. petua ni berkesan kalau masih sedar serangga tu bergerak dah hidup
      kalau dah diam… susah sikit dia nak keluar
      sebab kalau dia masih hidup, dia perlukan oksigen…perlukan udara

  13. ada satu lg cara kakjie…suluh lubang telinga dgn lampu…tak kisah la lampu apa,asal cahaya terang…binatang tu akan keluar ikut dr mana cahaya tu masuk…ini pun sesuai untuk binatang yg hidup jgk… 🙂

    1. ooo…terimakasih
      kita ni kalau terasa je ada binatang merayap masuk dalam telinga, memang gelabah…kadang2 hilang idea nak buat apa

  14. Terima kasih Kak Jie… saya pernah mengalami peristiwa serupa. Tapi susah sangat mengeluarkan serangganya. ternyata ada cara yang gampang.

    1. Sama-sama, pernah beberapa kali alami kejadian seperti ini, jadi kebanyakkan keadaan, petua ini berkesan..sangat mudah

    1. entri berkongsi kisah percutian…entri santai sebenarnya
      jadi diselitkan petua yang digunakan
      dua tiga kali pernah alami keadaan mcm ni

Comments are closed.