Peribadi

Jujur


Sementara saya siapkan goreng cempedak petang semalam, suami membaca blog saya dan menjelajah beberapa blog kawan² saya. Sebenarnya dia bukan ambil tahu sangat tentang blog saya, cuma anak² saja yang selalu membaca dan memberi apa² cadangan.

Saya tak suka dia memgodek² blog saya kerana dia cepat mengkritik..hahahaha…!

” Orang yang menulis blog ni bukan jujur sangat, bukannya dia orang cerita semua hal detail, mesti ada yang dia orang sorokkan…”

” maksud abang?”

” macam awak la……….. “

” erk….”

” Buat kek tak jadi tak cerita pun…….”

Ha ha ha……..kuang…….kuang…..kuang……..kantoi!

Bagi saya, bercerita secara maya atau secara realiti, berdepan kenal berpuluh² tahun atau menatap muka setiap hari juga belum tentu kita berlaku jujur pada diri sendiri apa lagi ada orang lain.

P/s …. shoutbox teratak dah tukar lain…. lega!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Jujur

  1. Betul la tu, saya pun tak semua diceritakan…. ada yg perlu untuk diri sendiri

    ngeh…. dah buat kek lagi..ganti yg tak jadi tu :p

  2. erk…kalo sume cerite kt blog..n ramai org bace…dh x jd personal punye cerite lak..sometimes..ade mende kite leh bgtau..ade mende kite simpan utk diri sendiri je..:D…kak jie..laporrrr…

  3. ermm biasalah kak jie…kekadang x semua kita nak citer kat blog kan…tp sy citer gak wat laksa dah jadi tp tertumpah tulang dalam laksa..mak mertua org utara dia ajar tulang tu blend pastu tapis…sy tapis laaa kat periuk kuah tu sekali jatuh lak..adoiii…suami masuk blog baru tau citernya sebab sy x citer kat dia hihi..huih dah lari tajuk…sorry ek.

  4. dah baca dah sebol..:p

    cik mika >> mmglah..sbb tu mama ckp dlm dunia realiti pun susah apa lagi dlm dunia maya…

    actually …mama nk cite kek mama yg tak jadi tu 😀

    SB kena serang dgn lanun….tatau sampai bila …

    tp skrg ni dah guna shoutbox baru..bolehlah…

  5. ermmm JUJUR..
    terserah sama ada nak tipu atau tak..citer tipu kerr citer betul ker semua sedap di layan…

    mama..naper SB kat TS lain mcm jer btk nyerr??

  6. kita kan manusia yg lemah

    so ada la salah silap, tp jangan sampai percik air di muka sendiri.

    tidak diceritakan secara details mungkin utk menjaga air muka tertentu.

    pada aku, kalo ko buat kek jadi ke x jadi pun kak, ko tetap kakak aku, cuma kek nya x penah la nak sampai ke VA..org kat negara sakai dah jumpa, kita yg sepelaung ni payah tol kan..

  7. Jie…saya nak cerita yg jujur ni!!!!hari ni jer saya cuti…1 hari…esok keja dahhhh…

    cempedak goreng tu mengancam ketenteraman mata sy tau…hiisshhh…

  8. yg sebenar nya .. bukan sumer mender leh citer. tu tak bermakna tiada kejujuran.
    seperti cerita “aku sorang mat rock … si dia” tu … the censorship was heavy. otherwise nanti jadi 18sx ;))
    kita hanya perlu mencerita apa yg patut.
    dan rasanya terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara sang pencerita … apa yg ingin dia ceritakan kepada audiens nya.
    asalkan niat nya jujur dan ikhlas.

  9. cempedak goreng .. alahaiii..
    tunggu ibu saya goreng lagi nanti
    lapaq plak di pagi hari nih

    tang kejujuran tu benar, kalau dengan diri sendiri pun x jujur, mcm mana pula kejujuran kita pada orang lain ye ???

    tapi pendapat saya kan mak jie, bergantung pada situasi juga dimana kejujuran itu perlu …

    entah iya entah idak

    jom tido !!
    🙂

Comments are closed.