Dari seramai hampir 306 murid yang bakal menduduki peperiksaan tersebut, hampir 60 orang ibu/bapa/penjaga yang hadir. Saya dan suami sama² hadir mendengar amanat dan taklimat dari Pengetua dan menemui Guru Kelas anak saya.
Menurut Pengetua, sebagai ibubapa kita kena mengenal dan memahami tingkahlaku dan keperluan anak² awal remaja ini. Kalau dulu sewaktu UPSR ( Tahun 6) kita jegil jer mata, dia yang kecilkan mata mengulangkaji dan mendengar teguran. Tetapi anak remaja seperti ini, kita yang kecilkan mata , dia yang luaskan mata.
Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu cabaran hidup yang terbesar di zaman sekarang. Remaja belasan tahun memerlukan sokongan, panduan, dan perhatian daripada ibu bapa. Kita boleh meluangkanlah masa dengan anak² dengan berkongsi pengalaman masa lalu kita dan membina perhubungan yang mesra yang berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang merupakan asas bagi komunikasi kita dengan anak².
Kita tidak boleh membandingkan zaman kita dahulu dengan cabaran yang dihadapi oleh anak² kita. Contoh mudah, mengikut kajian yang dijalankan di sekolah oleh seorang guru, 8 dari 11 pelajar lelaki pernah melihat video klip lucah. Sumber yang diperolehinya adalah dari internet di cyber cafe dan kiriman sms dari kawan².
( menurut Pengetua, cikgu akan meminta murid² memejam mata dan angkat tangan untuk menjawap segala pertanyaan guru, jadi mereka tidak mengetahui jawapan sesama kawan², jawapannya tidak terikut² dengan kawan²)
Kawan² adalah idola mereka dan jangan ambil mudah pengaruh teman² mereka. Kita mungkin merasakan anak² remaja semakin menjauh dan lebih rapat dengan kawan² mereka tetapi itu adalah perubahan semulajadi. Mereka akan merasakan mereka tidak mungkin kehilangan hubungan dengan keluarga, ibubapa, adik beradik tetapi tidak dengan kawan². Mereka akan berusaha keras agar dapat masuk dalam kelompok atau diterima didalam kumpulan. Ada masanya tekanan dari kawan² sekelompoknya sangat berpengaruh sehingga sukar untuk anak² kita menolaknya.
Jie ~ saya rapat dengan anak² dan saya kenal kawan anak² saya. Saya berdoa semoga kemesraan ini berterusan sehingga mereka cukup dewasa.
dah besar pjg anak teruna kak jie ek.. sebaya ngan anak buah hubby zana la jugak. this year pmr. kejap je masa berlalu kan? masa dia upsr dulu atuk nenek dia yg suspen. la nie pun sama gamaknyer..
Anak2 skang nie mmg lain dr dulu. so parent kena sentiasa bersedia menjawab soalan dan memberi teguran dgn cara yg paling diplomatik. -kalah ahli politik ek. huhu-
teringat masa skolah dulu
😀
sayda makasih…amin..
sebol aku lepuk jugak budak ni baru tau…
idola tu apa ye?
biola?
Kawan² adalah idola mereka dan jangan ambil mudah pengaruh teman² mereka.
Mari kita sama-sama menjadikan Kak Jie sebagai idola kanak-kanak.
all d best for along for his pmr!
long the way from welly.;)
wawa cabaran ni kita kena bersedia, kalau anak² zaman skrg bijak dan , mak bapa lagi kena bersedia untuk menjadi bijaksana.
Tentang internet, kita tak boleh menolak tetapi kita kena sediakan anak² kita jati diri dan pendedahan di bawah kawalan .
matredo1 selalu tulis dalam bahasa T’ganu ye 😛
Sbb tu saya sentiasa menjadi muda belasan tahun..kawan² dengan remaja supaya saya memahami anak² saya 😀
visioner thanks for checking out my blog. I’ll link back to you automatically.
Abg Long ye, betul tu, kita tak boleh nak bandingkan dengan zaman kita kerana suasana dan persekitaran berbeza.
Bak kata Imam Ali. Didiklah anak kamu mengikut zaman mereka. Jauhnya pandangan.
If you like you can be on my friends link list.Just add me to your friends link list and open my blog http://makemoneyoninternet.blogspot.com/ and tell me to add your blog.
Thanks
memang harapan ibubapa supaya anak-anak akan terus menjadikan mereka sebagai suatu sumber rujukan, sama ada kewangan atau pengetahuan.
tetapi akan tiba suatu masa apabila mereka lebih merasakan bahawa keluarga tidak mampu memahami jiwa mereka dan ketika itu sangat penting para ibubapa mengenali kawan-kawan anak mereka.
jie, letak tag ‘video lucah’ tu pasti akan menambah ‘hits’ ke blog ni nanti… hehehe
horey, berjaya komen dalam bahasa malaysia sepenuhnya…
saya pernah baca satu artikel pasal anak.
masa kecil2, bila anak bercakap dengan kita, sil aberi perhatian.
takut2 kelak bila kita bersedia nak mendengar cerita2 si anak, anak pula berhenti bercakap dengan kita.
anak zaman sekarang ni payah ya kak jie.
saya ada dua anak yang saya sangat khuatir akan masa depannya.
lagi2 dengan pendedahkan internet di usia muda.
tapi teknologi tidak bersalah.
yang penting car anak memanfaatkan teknologi.
aduh, bolehkah saya jadi ibu yang baik kepada anak2 saya?
bisakah saya menjadi kawan kepada mereka?