Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
“Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
“Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”
Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”
Kalau nak tahu, Jie, opah dan anney panas baran dua-dua ekor. Selepas 11 tahun kawin, well, syukur kami banyak bersabar dalam mengharungi keburukan pasangan… moga dapat keberkatan ALLAH.
ODs last blog post..Opah Mohon Jutaan Maaf
huhuh… rumah baru laie ek kak jie.. 😀 😀
selalu gak berleter. tapi berleter kat anak bagi hint kat hubby,hehehe.. erm.. boleh pakai ke tu?? 🙄
zanas last blog post..Kaki Ku
ehm. terpaksalah bersabar. Nak wat macam mana, dah terang lagi bersuluh..
titans last blog post..Youthsays Real Voices Project
@titan, hehehehe…bagus org yg banyak bersabar ni..isteri sayang..hehehehe..titan..kan 😆
Sabarrrrrrrrrrr Je La…
mrozaidis last blog post..UPDATE
@mrozaidi, sabar separuh dari iman… 😀
salam kujie,
apabila dinyatakan Rasulullah SAW pernah bersabda, diharap sertakan rujukannya.
makasih.
@lina, salam lina
terimakasih…saya agak keliru bila kita perlu menyatakan rujukan bila Rasulullah SAW bersabda…
nanti saya akan cari maklumat tersebut tetapi artikel ini adalah koleksi lama dalam simpanan saya dari yahoo group artikel Prof Madya Maznah Daud ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com
salam…good sharing la
@arsaili, 😉 lama tak nampak, bz ye
mmm.. kalau girlfriend cmtu lak cmne? suke berleter. haha. sakit2
ubeys last blog post..xkan gambar aku separuh bogel lagi beb… cukup2!
@ubey, ohh..kalau girlfriend dah pandai berleter…tu tataulah nk kata
mungkin dia dah confident dia bakal dipilih..hahaha 😆
Hi hi…kita kat rumah ni tak panggil leter…tapi panggil bebel…lagi glamour!! Kalau mama dah start bebel, cuma satu saja dapat buat dia berhenti. Cik abe akan kata,” Jom siap2, kita gi jalan!!” Bebelan terus henti kerana tetiba hilang idea, terus fikir nak pakai baju apa… dan terus siap2 takut kena tinggal! Hi hi..
Biasanya Tie bebelkan perangai anak2 yang asyik nak kena cokeh punggung mereka…malas sangat. Mentang2 mama dia rajin(naik lift kejap), sikit pun tak tolong buat kerja kat rumah ni. Jarang bebel pada hubby, sebab dia akan buat joke nanti kita pulak kena diketawakan…
Ish!! Terbebel lak kat sini…hihi… 😳
Ties last blog post..Anak-anak
@Tie, suka Tie komen…baca komen kawan2 pun best tau…biaalah perempuan..mak mak..kalau tak berleter tak gerak keje dia..
nak mandi kena berleter
nak makan pun kadang2 kena berleter
sudahnya leka mengadap ps2
dgn cik abg mmg jarang berleter kak jie pun…kesian dia keje penat2..blk rumah pun nak kena berleter gak lagi
Lepas ni intan akan add fovourite url blog K.Jie ni kat PC rumah (w/pun intan dah hafal). Kias2 kat cik abg suruh baca sama blog K.Jie ni… byk entri yg berguna.
Bravo!
intans last blog post..Misteri Sebuah Bungkusan
@intan, abislah kak jie….nnt jumpa hubby intan dia cakap pandai2 je nk menegur orang..
ehh Intan..hubby intan tu baik je kak jie tgok..rasanya dia diam je kot time radio buruk tu berbunyi… 😆
isk, saya x tahan kene leter. mesti tension pastu. 😥
slumbeRAJAs last blog post..Cara Mendapatkan Duit Dengan Mudah! Bukan Skim Cepat Kaya!
@slumbeRAJA, jadi sebelum nk tension….ingat…dapat pahala tu..
habislah kak jie
lepas ni ramai suami2 datang mengadu marah2
sbb bagi artikel ni
maaf tumpang tanya di pagi yg sejuk ini,macamana nak beza berleter dgn nasihat? adakah bila nasihat panjang sangat/ berulang2 dipanggil berleter?
cikgu panjis last blog post..Jumaat Yang Indah
@cikgu panji, nasihat tu dia cakap slow talk…secara bersedia kedua belah pihak…
yang berleter ni….kita dok dapur sorang..pokpek pokpek…dia wat selamber badak je ngadap tv…. 😆 😆
Hmmm… ada jugak pahala untuk lelaki ya… Kena ingat next time ni…
@kruel74, rasanya isteri berleter tak de la sampai berejam…dia pun penat juga
setakat 10 minit tu…biar jelah..
tahan je la kejap..hahaha 😆
bahaya gak kalau suami diam bila dileteri..
tau2 dah ada pompuan lain..
haa..camne tu
sesungguhnya lelaki memang tak suka dileteri..
Lan Bingkas last blog post..Hati yang berubah
@Lan Bingka, kalau niat nak tambah cawangan
isteri kiut miut serba lengkap
baik budi..atau garang mcm singa pun
dia buat juga….
bukan xleh berleter…
tp kalau slalu, bengkak bernanah gak kak…
huhu…
saye blum ade bini, tp mak saye pun cemtu…
paham2la sendiri…hehe…
BaniHassims last blog post..Maafkan Saya…
@BaniHassim, dia berleter minta perhatian je tu
sudah ckp leklok tak moh dengar
kecik2 dulu boleh dia tarik2 telinga.
dah beso mcm ni….itu je yg dia mampu
sabor je la ek…..
shaxxs last blog post..Kuala Lumpur Jakarta Surabaya
@shaxx, dapat pahala tu..hehe
tapi mmg kejap je….cepat sejuk:D
Apa korang ni muda muda dah kuat berleter huish dasyat tu… Kalu dah tua mesti korang bole jadi CNN cam ni….
hashim habeeds last blog post..Made in china
@hashim habeed, tul tu..time muda2 ckp semua indah2….wangi2..kankan
dekat2….mana boleh berleter je 😆
bila aku baca komen ko megat…aku terpikir gak..aku banyak berleter atau callister lg banyak berleter dari aku…sama banyak gamak nyer ?? 😉
|1f34|-|1r3s last blog post..Increasing Your Backlink The Easy Way
@|1f34|-|1r3, tak boleh tau kalau dua2 berleter….sapa nak dengar sapa?
hahaha..rugi air liur je
saya terbalik lak kat. saya yang suka berleter hoho.
kesian orang umah saya kan 😛
megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
@megat, ehh….ini kes yang special ni… 😆
🙂
@13may, awat tu may…. dah bernanah telinga kena leter dgn kak jie ke? 😉
Sy melihat ada 2 jenis leteran yang pertama isteri meleter berciri ciri nasihat akibat suami boros, tidak ada kerjasama, tiada membantu isteri dlm kerja rumah. ini saya rasa perlu Suami berdiam diri sahaja DAN
satu lagi leteran tahap menghina, memperbodohkan, memaki hamun, arahan tidak menghormati mertua, arahan arahan menunduk dan menidakkan hak hak suami dan seharusnya yg ni dilayan dgn pelempang je kot….
betul tak kak jie?
@hashim habeed, leteran ini selalunya hanya bersangkut paut dgn hal remeh temeh…hal yg lebih serius masuk bab nasihat…kalau dah tahap menggunakan bahasa/tindakan/tingkahlaku yang boleh menjatuhkan maruah suami – itu bukan leteran.
sebelum pelempang pun kena ikut step dia..nasihat dulu
hehe.. nk bagi wife baca artikel nih. hihi. sama2 dpt ilmu. 🙂
@cikgu jawe, dia mesti sonok..hahaha 😆
besar pahala untuk suami yang bersabar dengan isteri kan..
farahs last blog post..Menghitung hari – –
@farah, hehehe..harap2 para suami beringat2 lah kalau isteri membebel tu…:p