..makcik dah cuti sekolah! Driber bas dah cuti, makcik kantin dah cuti…. selamat bercuti juga untuk kawan-kawan cikgu cikgi saya -CikguPanji , , Cikgu Ira , Cikgu Zue , Cikgu Nurul , Cikgu Bani Hassim , Cikgu Lawa dan semua cikgu-cikgu di mana saja berada. Tapi saya tahu masih ramai cikgu yang ‘tidak bercuti’.
Lagi sebulan setengah kita akan tinggalkan 2008. Cepat benar masa berlalu. Kita terlalu sibuk dengan hal-hal yang berkaitan dunia sehinggakan tidak sedar masa berlalu terlalu pantas.
Benar sungguh apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani , yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Bayangkan sekarang ini seolah-olah banyak perkara belum sempat diselesaikan, tiba-tiba masa sudah berlalu.
Hujung bulan lepas , suami saya cukup memenuhi syarat wajib berzakat antaranya cukup haul dan nisabnya. Kebiasaanya sebelum kami menyempurnakan ibadah korban, kami akan selesaikan dulu beberapa perkara wajib tentang hasil pendapatan . Bakinya baru digunakan untuk berkorban.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” – (Surah al-Zariyat, ayat 19)
Sekarang ini mudah sangat untuk menbayar zakat. Kunjungi laman web www.e-zakat.com.my dan semak senarai kaunter zakat mengikut daerah.
CUKUP NISAB – Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
CUKUP HAUL – Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut 12 bulan Kamariah (bulan Hijrah) atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Selesai tunaikan zakat, kami cukupkan simpanan didalam Tabung Haji dan mendaftar untuk menunaikan rujuh Islam ke- 5 itu. Gilirannya lagi 13 tahun – 2021. Kata suami biarlah target kita itu akan menjadikan kita berusaha untuk menyempurnakan diri dengan ibadat. Nak buat jahat tu …mesti beringat²..hehehehe.
* Saya dapat dari email gambar perkahwian Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari – Moga rumahtangga mereka kekal bahagia selamanya.
20 thoughts on “Cukupkah syarat berzakat?”
Comments are closed.
nak buat jahat tuh kena beringat2? beringat2 buat jahat sikit jer atau beringat2 jangan buat jahat langsung ??
|1f34|-|1r3s last blog post..Inserting Adsense Code To Your Blog Post
@|1f34|-|1r3, hehehe..kita berubah kalau boleh menjadi lebih baik..hehehe
pelan2 pun tak pe…tapi berusaha ke arah yang lebih baik 😆
Kalau nak berzakat munkin kak Jie boleh berzakat pada saya kot..
nuaemans last blog post..5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan
@nuaeman, boleh kalau nuaeman adalah salah seorang antara 8 orang asnaf zakat
yup yup yup… time nak buat perkiraan dah…
shaxxs last blog post..Kuala Lumpur Jakarta Surabaya
@shaxx, dah nak cukup tahun ni..
kena buat audit diri
move it move it..mmg best madagascar2 nih..maap la..saya tak gie tgk wayang..donlod je dari net..( alamak ! )..nasib gambo lawo.. 🙂
@arin, uik..mak buyung ni lum bersalin2 lagi ke..hehehe
harapnya masa saya di penang nanti masih jalan cerita ni, saja je nak habiskan masa di penang.comelnya haiwan tu semua.
zanys last blog post..Perghhh…Bestnya Tidur
@zany, comelkan … masa siri pertama tgok
yg ke – 2 ni kena tgok juga
alahmdulillah, selesai zakat dan pendaftaran untuk menunaikan rukun islam ke 5.
bial agaknya giliran saya, terfikir juga sama ada sempat atau tidak huhu.
apa yang perlu dilakukan skang ni adalah mencari harta sebanyak mungkin dan beribadah seperti mahu mati esoknya.
megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah
@megat, itulah.. jangan lupa zakat pendapatan…jgn lupa bahagian utk ibubapa..InsyaAllah rezeki yang kita dapat berkat.
Kita merancang Megat, semuanya ditentukan oleh Allah.
masa memula masuk tadi gambar kartun tu nampak kaki jerk, ingat memang gambar dia macam tu… Rupa2nya gambar dia besar… sabar je la…
shays last blog post..WaRnA WaRNi…
@shay, hehehe..cute gambar tu…melimpah ruah dgn kasih sayang
kira nisab 20 dinar .senang ingat
20 * 4.25g = 85
Hasbullah Pits last blog post..Untukku Agamaku, Untukmu ideologimu
@Hasbullah Pit, bila dah dpn pegawai pungutan zakat, dia akan terangkan..
senang sgt..dia tanya pendapatan sebulan
berapa isteri, berapa anak
berapa bagi dekat ibu kandung
itu saja…
Intan pun masih berulang-alik depan pagar sekolah gak… Hihi
intans last blog post..Cuti Sekolah Bermula
@intan, awat tu Intan…juai jajan dpn sekolah ke..hehehehe
slmt bercuti kak jie. makcik kantin masih open bisness minggu dpn. hehe. sbb bdk2 spm dn stpm ramai yg ambek exam. 🙂
aku pula masih kene pergi sekolah. uwaaaaaaaa! byk keje blm settle. 🙁
@cikgu jawe, hehehe…saya tahu..ramai cikgu cikgi masih berulang alik ke sekolah. Kakak ipar saya cikgu….