Peribadi

Cinta Yang Membara….

4114 : awk buat ape?
4224 : nak hntar nasi kat Intan.. ngape?
4114 : tak de ape…baru kuar meeting
4224 : tensen?
4114 : mcm biasa arr…meeting kn tmpt org tuding jari sana sini
4224 : g minum dulu arr
4114 : ok dah ni..saja je tepon , release tension
4224 : nak picit…?.
4114 : ok dah……abg sayang Jie
4224 : muaahhh…!

Kembang tak? ha ha ha…Saya mestilah happ bila suami cari di saat dia perlukan seseorang untuk hilangkan tekanan. Bangga tau bila dia kita cuma bercakap dah hilangkan beban yang ditanggung.

Dah berbelas² tahun kahwin adalah semakin kusam rumahtangga? Bukan salah jumlah yang dihitung tetapi bergantung bagaimana kita mencorak dan melakar hidup rumahtangga kita.

Walau sesibuk mana pun, luangkan masa untuk menelefon atau bersms – foward² sms atau cerita seks yang nakal.. he he he…kalau kita boleh berkongsi dengan kawan² kenapa tidak dengan isteri sendiri, kan?

Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan kita ketawa bersama. ( main Rock Paper Scissors salah satu caranya juga )

Temani suami semasa menonton rancangan kegemarannya walaupun saya cuma tidur di sebelahnya dan tv menjerit ulasan siaran langsung bolasepak jam 3 pagi. Selepas kahwin saya lebih kerap ke stadium tengok bola, berpanas terik di litar Sepang atau menjadi survey chainman ( chainwoman? ).

Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja isu – bila suami balik dari bertemu kawan²nya walaupun saya sudah tidur, saya mesti tanya ada gossip terbaru atau dia akan tanya saya…”nak share cerita”

Ucaplah kata kasih , sayang dan cinta. Tak perlu malu untuk menyatakan apa saja keinginan kita sama ada dalam acara ‘bedminton’. Kita akan hidup bersama 30, 40 atau 50 tahun. Binalah rumahtangga seindah apa yang kita bayangkan dari novel cinta remaja yang pernah dibaca. Ada gurau bersulam senda. Ada ketawa dicelah airmata atau gembira disebalik rajukan manja.

Berceritalah tentang sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Dari situ kita akan lihat adakah impian dan halatuju hidup kita selari atau tidak. Tidak boleh ada 2 nakhoda dalam satu pelayaran hidup.

Saya ada kelas kul 9 pagi… take care….chowww…..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Cinta Yang Membara….

  1. I love you Jie… mwah.

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

  2. Yes Jie…kalu nak kekal lama kena tambat betul2 hatinya…dan juga perutnya itu…kata2 cinta keramat begitu mmg jadi mainan…sesekali kalu duk jauh, kasi “umpan” dia cukup2 biar dia x sabar nak balik hehe…itu my style laaa..hehe..duk jauh gitu leh anto gak gambar seksi2 hehe..ok what!! jgn terx send dah lee..hehe..

  3. Ini pdgn saya.. entah ya entah tidak..

    I know u… what yur type! Goodlooking and have some “karektor!” Good…

  4. begitu ceria kehidupan anda..
    saya sangat teruja membaca..
    entry anda yang ini..

    semoga keluarga yang dibina..
    berkekalan bahagia selamanya..
    dan jangan lupa..
    untuk sentiasa panjatkan kesyukuran..
    atas segala keindahan yang u dapat..

  5. azis – terimakasih..semoga semua teman² sekeliling juga merasai tempias bahagia itu…kata org mcm minyak wangi..bkn pemakai je yg nikmati bau..ttp teman sekeliling..

    mmg tak boleh ada 2 nakhoda… masing2 kena tahu peranannya di mana dan bila.

  6. farah – lama tak nampak farah.

    ada kata² dlm nada bergurau dan ada yang meresap terus terbenam di hati,kata² yg dtg tulus dari hati….

    bkn tak biasa dia ckp mcm tu..ttp masa dia ucapkan hari tu..mmg lain..rasa bergema seluruh alam..ha ha ha..angau org bercinta mcm ni la

    lily – kita yg mencorak hidup kita…yg postif buat panduan hidup..yg negatif jadikan sempadan.

    neeza – hidup mmg ada pasang surutnya..bkn manis semata ttp semua tu akan jadi hidup kita lebih berwarna…

  7. setuju dengan kak Jie..
    agak payah untuk buat tapi memang berbaloi kalau kita berkorban sikit kan…
    pandai kak Jie layan husband… 🙂

  8. ayat terakhir kak jie bermakna betul,

    “Tidak boleh ada 2 nakhoda dalam satu pelayaran hidup”

    ***semoga bahagia milik kak jie dan semua insan kat dunia ni (erkkk…jiwang laks)

  9. K.Jie, “abg syg Jie” pendek je ayat tu, tapi thrill dia boleh tahan seminggu kan?! hehehhehe great to know that he needed you, and he knows you are his best ‘therapy’ time dia tension.

  10. suealeen – nk beranak mmg la tak leh tukar..tp rasanya kalo boleh ganti..mmg dia ganti..ha ha ha

    suami kakjie jenis rock kapak …tgok mmg jenis lasak jenis ckp lepas tp dgn isteri dia mmg hormat…anak mak..selalu lelaki yg rapat dgn mak, rapat dgn kakak dia lebih menghormati wanita…dia sayang adik2 pompuan dia..

    cikgu – erk..salah kelas kot cikgu ….

    ahmad – terimakasih….aminnn

  11. combi – ngape..terkezut..ala..selama ni aku diam je tak de lan heboh2 bab2 gini…

    arin – ye la..komunikasi penting..jgnlah malu tak bertempat.

    jun – tak kisah arr dpn anak2…sbb dia org akan mewarisi nnt…dia dah besa nengok mak ayan dia berkasih sayang..dia akan hidup utk berkasih sayang..lain la nengok mak bapa dia bergaduh baling periuk belanga.. yg tu tak elok la…

  12. mama ranggie tolak dan ansur..he he he..

    jgn penting diri sendiri je, kan…

    mz – mmg kt blog ni pakcik sorang je bertitle asben..yg len makcik2….so jgn risau kalau komen berat sebelah..:p

  13. K Jie, lain benar rasanya n3 kali ni.Walau apa pun, ramai yg tak pandai nak tunjukkan kasih sayang macam tu…hehehe

  14. my husband is my best friend & vice versa.. can share almost everything (except the labor pain etc.. hahaha)..

    tapi saya ni tak suka sangat lelaki jenis romantik.. rasa semacam.. huhu.. ada ka?

  15. yer jie..hehe. i lap u, i miz u..hehehe…ari2 kna ade, keh3…ade mase anak2 yg tersipu2, wahahaha

  16. memang betul kak jie..tapi kadang2 ila si lelaki tuh senyap waktu un-happy, saya takut nak kaco..nnt bila dia dh ok, dia akan cerita a-z pada saya..tapi sampai la nih saya ngn dia dok main2 sms and YM, waktu dedua kt tempat keje..hehehe..

  17. err .. lucky u. my asben tak pernah pun kol i bila dia un-happy atau pun happy. tak mo share apa2 pun … senyappppp je dia kat umah.
    ehh .. bukankah i asben…?

Comments are closed.