Isu Semasa

Jenayah kanak- kanak

BEBERAPA anggota Unit Forensik IPK Kelantan memeriksa mayat Nurul Anira yang ditemui mati selepas dibunuh di Jeli kelmarin.

Polis hari ini mengesahkan Nurul Anira Che Rosik, 17, yang mayatnya ditemui ditimbus dengan daun buluh kira-kira 500 meter daripada rumahnya di Kampung Chegar Bedil, Kuala Balah, Jeli, petang semalam, mati dibunuh.
Mayatnya yang ditemui pada pukul 6 petang berada dalam keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan akar pokok dan kain tudung.

Gambar dan berita penuh dari :Kosmo

KANAK-KANAK perempuan berusia 10 tahun yang disyaki mangsa cuba rogol dibawa ahli keluarganya selepas membuat laporan polis di Kota Damansara semalam.

Tindakan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akhirnya membawa padah apabila teruk dibelasah penduduk di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara, di sini semalam.
Kejadian pukul 1.50 petang itu disedari oleh seorang penduduk yang ternampak suspek berusia 40 tahun menanggalkan pakaian pelajar tahun empat itu di sebuah rumah kosong di tingkat sembilan pangsapuri tersebut.
Ketika penduduk sampai ke tempat kejadian mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan sedang menangis manakala suspek telah melarikan diri.

Gambar dan berita lanjut dari Kosmo

Dua kejadian yang sangat menyedihkan berlaku minggu ini. Kita masih terkejut dengan kes Nurin Jazlin Jazimin yang masih belum selesai juga kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Sebagai ibu yang mempunyai anak² seusia ini, saya berada dalam situasi yang tidak aman, tidak tenang sekarang. Walaupun saya telah memastikan keselamatan anak² saya, memberi peringatan dan pesanan di pasar raya, pasar malam atau di tempat awam tetapi saya tidak berkemampuan untuk mengenali dan menjangkakan ” binatang” yang sentiasa berkeliaran menunggu masa untuk “membaham” mangsanya.

Mudahnya jenayah berlaku semudah menampar nyamuk di lengan. Untuk membandingkan zaman kita dan zaman anak² membesar tentulah tidak adil memandangkan segala persekitaran yang telah berubah kerana mereka membesar di dalam persekitaran yang sangat mencabar.

Dalam senario sebegini ibubapa tetap akan dipersalahkan walaupun sedang dalam keadaan tertekan dan dihantui rasa bersalah disebabkan oleh kehilangan anak yang disayangi. Mungkin tidak semua tetapi segelintir masih menyuarakan pendapat sebegini, mungkin tidak kena dibatang hidung sendiri barangkali..

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Jenayah kanak- kanak

  1. ALLAH TELAH BERFIRMAN BAHAWASANYA, SESIAPA YANG TIDAK MELAKSANAKAN UNDANG2KU, MAKA BINASALAH IA”..ITU TERJADINYA PERKARA SEPARTI INI KERANA NEGARA KITA SENDIRI..FIKIR2KANLAH’.

  2. mengapa tak laksanakan undang2 Allah’..kalu laksana perkara cam nie tak akan berlaku..Itu ulasan saya yang paling tepat.’ALLAH telah berfirman bahawasanya sesiapa yg tidak menjalankan udang-undang KU maka biasa la Ia’!!!..

  3. bunuh saja orang yang gila macam tu kalau ternampak atau dapat tangkap kemudian report kat polis puas hati.kalau dah gila layan nya hendaklah cara gila.kalau ikut undang-undang hutan sedap- sedap nak tangkap anak kita nak rogol kita layan orang macam ni ikut undang- undang hutan macam tarzan tak bertamadun.

  4. MANUSIA MCAM TU TAK PATUT HDUP KAT DUNIA NI SBAGAI MANUSIA TAPI LEBIH BAIK HIDUP SBAGAI BINATANG..JAK..SEMOGA ALLH MENRAHMATI MAYAT SI MATI DAN TEMPAT MREKA DIGOLONGAN ORG2 YG BERIMAN….AMINNNNN…..

  5. lily – perkara ni terjadi bukan kerana satu sebab…bersebab².

    Berpesan²lah dgn anak² lelaki kita supaya mereka lebih menghormati wanita dan menyanyangi wanita…

    Selama ini ibubapa lebih memberatkan pesanan² untuk anak perempuan, bagi kakjie yang lebih utama adalah mendidik anak lelaki akan tanggungjawap mereka.

  6. sedih bila lily baca dalam paper ….

    geram gile kat lelaki yang jahat tuh …

    adoiiii la …. apa nak jadi dengan dunia nih skang kak jie ??

    🙁

  7. lelaki oh lelaki,
    ni r lelaki d lahirkn utk memimpin bkn perosak wanita..
    kejam sungguh itu..

  8. uglyman – I guess you’re right. It’s sickening that people can go about doing this.

    How safe would any girl feel now… in a crowded place? Women are told to avoid secluded places.But I guess now we should start avoiding crowded places and sit at home…right??

    Rape is not related to the way a girl dresses or the way she acts. The only person to blame for rape is the rapist. Children, elderly women, and women who dress modestly or who are in tudung have been raped.

    Police statistics tells in 80% of the cases, the woman knows the rapist .

  9. It’s amazing how some people can blame others for what they wear. It’s all on the upbringing. Think about it. How many of us have a father who wouldn’t lift a single a finger to help our mom? It’s a Male Chauvinist Pig thing. Simple as that.

    I’ll give you a really simple example. Imagine you as a man is sitting beside a hot sexy woman. If you tell yourself it won’t happen, then it won’t. Of course then you have to think with your big head and not your small head.

    I will repeat it again. How a woman dress should not be the excuse or the excuse for her to be molested or rape. Just type “melayu bertudung” in youtube and see the results. That’s reality for you.

    It is all in the mind. If I can strip naked a girl who is drunk, give her a bath, put her into her bed with her clothes on and then leave her in her room, I am sure others can do it too. I am not saint but I have values. Let’s not put the blame on how a woman dress okay. Men will always use that as an excuse to put the blame the women.

    You women out there have rights. Try not to forget that most if not all the laws in the world are written by men. Yes, I am biased. It’s because I love women. Muahs… Jantan Kaberet is out of here.

  10. bab sexy tu mmg betol jie..sbb bila dia dah ghairah & teruja tu yg dia cari mangsa..

    kanak2 tak bole melawan jd mudah dia dapat..kalo org dewasa susah laa sket..

    video lucah pun mempengaruhi gak sbb bila dah naik “syok” mula laa cari tmpt nak melampias nafsu..

    depa ni patut dianto kat pulau jin bertendang jerk..biar mati kebulur:(

  11. mcm2 kejadian jenayah berlaku skrg ni..rasa mcm da x selamat je dok pat negara sendiri walaupun tade ar perang2 cam kt negara arab sana…

    semoga penjenayah yg berleluasa akan segera diberkas dan dihukum…

  12. Salam.
    Musibah yang berlaku tak mengira siapa dan tempat. Mungkin itu amaran bahawa kita harus kembali mengingati bahawa selain dari usaha kita ‘mengurung’ dan ‘berpesan’ kpd anak2, kita harus selalu memohon pertolongan dari Allah. Sentiasalah berdoa agar diri, keluarga dan harta dilindungi dari kejadian yang tidak diingin.

    Amalkan dan ajari anak-anak kita ayat-ayat Quran. Sebelum keluar rumah atau ketika memulakan apa jua pekerjaan bacalah Ayatul Kursi yang rasanya semua orang tahu dan pernah terbaca atau terdengar betapa besarnya kebaikan kepada pengamalnya. Paling tidak, ajar anak2 doa Bismillah 5 yang mana dgn izin Allah, kita akan dilindungi.

    Doa ni sebahagiannya ada dlm bentuk zikir munajat/doa berlagu dlm tape Hijjaz yg memudahkan anak kita menghafalnya sbb kanak-kanak kan mudah mengingati lagu…

  13. K. Jie,

    yolah, rasa tak aman sajork bila baca berita begitu…mintak dijauhkan..

    kasi potong dia punya ‘tuuuuuuuuuuut’!

  14. encik khal – kesian anak2 zaman skrg…

    cikgu panji -masalah rumah satu hal…bayangkan rumah murah 2 bilik dgn anak2 seramai 4-5 orang?

  15. ita.itu – yg gubal undang2 ni lelaki..mau ke dia nk kerat si anu dia tu..hehehe

    uglyman – peratusan kes jenayah keatas kanak-kanak adalah dari orang yang dikenali.

    eemmm..what to do… depa vip 🙁

    mz – ini bkn labu dgn pandir..ni mcm timun dgn durian..

    neeza – ramai manusia semakin sakit jiwa tak dapat bezakan yg baik dan buruk…dulu2 lelaki adalah pelindung skrg ni..susah nk rapat…bayangkan utk menjaga kanak2 semuda itu pun dia boleh “cair”..boleh ke diharap utk menjaga keluarga?

    Semua org tak nak terjadi dlm hidup dia…

  16. Ngeri sgt la nowdays…Kadang mmg i takut gak nak kuar rmh…Jenayah dah berluluasa…

  17. mama -kita dah sehabis daya jaga anak²… puas nasihat , harap² tidak le terima musibah mcm tu..dijauhkan Allah..

    moga roh adik Nurin Jazlin aman di sana dan Allah lindungi adik Asmawi juga adik Sharline.

    umi mia – nengok anak2 kita rasa sedih, kan..knp lah ada manusia yg tak berhari perut boleh seksa anak secomel dia org..

  18. K jie, kalau anak2 buat semak dlm romah jgn marah ye… deme tu takleh main kat luar.Cian…

  19. dorang yang perangai camni sepatutnya kene tahanan isa. menyusahkan org ramai. makin ramai yg camni, makin tak selamat kanak2 kat mesia ni

  20. takunya dengan benda benda macam tu.. membuatkan neeza lagi takut nak balik malaysia. Tak tahu lah kenapa menjadi2 sangat kes2 macam ni. Dah hilang pertimbangan agaknya diorang ni.

    Tapi, betul lah kata kak Jie, belum kena batang hidung sendiri, memang sedap aje kita bagi pendapat salah kan orang tu, orang ni.. yang iyanya.. orang yang sewel kat luar sana tu… kenapa lah diorang tu sewel sangat kan… Semoga takde lagi kes2 macam ni lah hendaknya…

  21. It’s a sick world out there. Parents, please know where your children are and always remember that the culprit is sometimes known to the family. It’s time we demand a better and efficient police force. Too many of them are spending way too much time escorting the so called VIP’s that some idiots still put in office.

    I’m out of here!

  22. Aduhai…….memang takut kak jie…risau sangat…mmg tak tenteram rasa hidup bila asyik memikirkan keadaan sekarang ni

  23. kak jie,
    memang skrg mcm dah x selamat je kan!risau tgk keadaan skrg kan?ya allah,moga kau lindungi kami semua dr musibah2 yg begini…

  24. sweetheart -kita hanya mampu berdoa jika kita telah mengambil langkah2 pergawasan yg sewajarnya pada anak2….

    anak2 kita manusia yg sedang belajar menerokai kehidupan dia….kita mengawasi dan berserah berdoa pada Allah.

    starstar – salam…mmg risau sbb kita tak dapat menjangkan bila dan bagaimana serangan seterusnya….

    suealeen – itulah..anak2 bukan tau menilai hati org, yg baik dan buruk..kita dah bagi panduan, bagi nasihat..dan ingatan…selebihnya kita berserah pada Allah..moga terpelihara dari segala musibah

  25. ziana – syukur budak tu sempat diselamat…eee…ngeri nak bayangkan kalau terlewat.

    tak faham knp kanak² pun dia boleh rasa ghairah…

    mmg sakit jiwa org tu

    muadzlife – semua org tak nak jadi mcm ni..kita sebagai ibu puas nasihat anak2, bg tau itu tak leh ini tak leh..mcm2 …

    dulu org bercakap sbb pompuan suka pakai sexy, mudah ler terghairah tapi kalau kanak² pun jadi magsa, nak cari salah siapa lagi..

    benda ni bukan jadi sehari dua, bukan kesan sekelip mata…dia ambek masa….dan skrglah puncak kesan yg kita rasa…

    fakta didikan, persekitaran, pegangan agama..semua tu yg menyumbang….

    tak pe..minggu ni minggu skima..kehkeh

  26. salam jie… kita pun risau gak dengan perkembangan semasa ni.. nak kurung anak dalam rumah macam menyekat perkembangan minda depa, nak bio kat luo orang kata mak tak reti jaga anak plak kalo apa2 jadi.. isk.. serba salah dibuatnya… mohon & berdoa pada Allah s.w.t. je la supaya semua selamat dan anak dilindungiNya selalu, insyaAllah

  27. takut bila denga berita2 mcm ni..teringat pd anak2 sedara yg tgh meniti usia remaja..mintak dijauhkan dr sebarang kecelakaan..amin..

  28. saya amat bersetuju dgn datin seri jie. mungkin sbb belum kene btg hidung sendirik maka sewenang2 meletakkan kesalahan. ibu mana yg tak kasih dan sayangkan anak2 kan..sakit oo bersalin tu.
    Sebagai ibu yg juga ada anak2 seusia itu, mmg perkara itu sering menjengah pemikiran.
    Saya sering mendokan agar ada ‘kebangkitan’ dlm menangani isu ini. bukan sedakar acuh x acuh dan mnjadi paparan akhbar/berita semata.
    Semoga angka jenayah kanak2 segera menurun. Dan keselamatan juga pembesaran anak2 kita lebih terbela. amin

    p/s: maaf terover skit..kan minggu skima saya..:) hiks

  29. smalam berita mmg mengerikan..

    padan muka yg kene bantai tuh..
    biar dia rase…kalau sula lg baik!!
    geram tol!!!

    rase mcm x secure jek skang nih.. rogol..bunuh..tanam…buang…
    ishkk..

    mintak dijauhkan!!

Comments are closed.