Cikgu Cinta Terhalang Dengan Cicak Tokek Kirim Serunding Daging
Peribadi

Cikgu Cinta Terhalang Dengan Cicak Tokek Kirim Serunding Daging

Tenghari tadi dalam perjalanan hantar Intan ke sekolah, dapat panggilan dari pihak courier. Depan pintu katanya…. ada bungkusan untuk Puan.

Memandangkan saya berada kurang 2 kilometer dari rumah, saya minta encik pos tinggalkan saja di depan rumah, gate tak berkunci. Dia minta pengesahan kad pengenalan. Selesai.

cara bungkus hadiah
Sampai depan rumah saya nampak kotak gambar love warna pink macam ni. Saya ingatkan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia tulisan Lucius Maximus yang telah ditempah sejak 24 Dis 2011. Rupa-rupanya bukan… ada kotak besar!

Nama pengirim Cikgu Nasir. Cikgu mana le pula……

Buka saja kotak terjelir lidah si cicak tokek.  Terkejut anak beruk kejap.   Simpan paper ni nak baca kejap lagi.

Kemudian ada lagi… macam ruangan Cik Sri Siantan pula tanya tentang masalah cinta terhalang.  Ni pun simpan nak baca kejap lagi..hiks!

Adoilah……. cikgu ni ada masalah cinta ke?

serunding daging

Tadaaaa………………. akhirnya 3 bungkus serunding tergolek dibalut suratkhabar lama.

Saya sms ke nombor yang tertera pada alamat pengirim ” Salam, ni no tel suami Cikgu Panji ke? Serunding dah sampai “

Main serkap jarang saja sebab saya ni pembaca blog Cikgu Panji dan tau suami dia Cikgu Nasir anak perempuannya nama Ain. Tak ada  yang lain orang Kota Bharu ni.

Memang betullah , kiriman dari Cikgu Rumah Kuning… cikgu ni nak buat kejutan hari jadi ke ape…lambat lagi.  Suspen je tak letak identiti sendiri.

Terimakasih cikgu, semoga hari jadi cikgu yang lepas tertunai hajat untuk dapat benda yang boleh disangkut kat bahu tu… :p

Nasib baik tak kena serangan jantung……….. korang lain kali kalau nak kirimkan hadiah Honda Insight siap beriben , tolonglah inform dulu, takut nanti saya pengsan patlima jam!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Cikgu Cinta Terhalang Dengan Cicak Tokek Kirim Serunding Daging

  1. wah serunding daging!! sedap2! paling best kalo dapat buat nasi goreng serunding.. perghhh mau tambah 4-5 kali

  2. jangan habiskan yer…simpan sebungkus untuk orang jauh.janji tau ….sebungkus jer.terliur ni.

  3. Bila terbaca tajuk kat google reader terus klik,ingatkan orang putus cinta bagi cicak tokek kak Jie hehehe…serunding kelantan memang sedap nak pulak daging tu dari daging kerbau,urat kasar2….makan dengan nasi panas sedap tu 🙂

    1. kadang2… nak fikir tajuk utk menarik minat org klik bukan mudah
      kena bagi yg pelik2…hehehehe

      serunding tu, tak tahan…. mkn dgn nasi panas, sedapnya

  4. hmmmm..mmg sggh kreatif…bgkusan surat khabar pn blh dijadikan bahan utk tulis blog..tp yg pasti serunding tuu mmg sodap….

  5. kahkahkah. ayat paling akhir “pengsan patlima jam” tu yg paling tak tahan. 3 peket serunding kalau dimakan oleh famili kecik ella boleh makan 3 tahun, kak. hihihi.

Comments are closed.