Semalam Intan bawa balik borang yang perlu ditandatangani oleh ibubapa untuk kebenaran mendapatkan Pelalian HPV ( Human Papillomavirus) . Saya memang tunggu untuk melalui pengalaman ini. Sebelum Intan kedua-dua anak sayaadalah lelaki.
HPV adalah suntikan pelalian bagi mencegah kanser serviks yang diberikan kepada anak gadis berumur 13 tahun secara percuma di sekolah. Untuk wanita yang telah berkahwin, digalakkan menjalani pemeriksaan pap smear setiap tiga tahun untuk mengelakkan kanser servik.
Kanser servik tu apa?
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
Kanser servik tu adalah Kanser pangkal rahim apabila sel-sel servik telah membiak pada paras luar biasa. Maksudnya tiap orang mempunyai sel servik tetapi bagi yang normal, jumlah selnya masih pada paras yang tidak berbahaya.
Kanser Servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
Pelalian HPV diberi dalam 3 dos
- Dos Pertama – tarikh pertama mendapatkan suntukan
- Dos Kedua – 1 bulan selepas dos pertama
- Dos Ketiga – 6 bulan selepas dos pertama
Kajian setakat ini menunjukkan kesan samping vaksinasi adalah terkawal dan tidak memudaratkan.
Kesan mendapatkan Pelalian HPV adalah kita dapat mengawal kanser serviks ke atas wanita yang mempunyai pengaruh besar kepada institusi kekeluargaan. Kematian akibat kanser servik di usia muda akan meninggalkan anak-anak yang masih kecil.
Kenapa Pelalian HPV diberikan pada umur 13 tahun ?
Kerana pada umur mereka hormon sedang membentuk dan berkembang, pelalian ini pencegahan peringkat awal untuk masa depan selepas berkahwin. Virus HPV boleh bertukar kepada barah selepas dijangkiti dalam tempoh lima hingga 10 tahun jika tidak dirawat.
HPV juga menyerang lelaki – kerana HPV adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat/ kutil. Ada lebih 180 HPV yang setiap satunya terbahagi kepada beberapa jenis misalnya HPV 16 dan HPV 18 yang dikenalpasti menyebabkan barah pangkal rahim.
Saya terfikirkan sesuatu, perlu menghubungi talian bebas tol Hotline HPV 1 – 800 – 88 – 1478 tetapi tidak berfungsi pula.
anak saya masih kecil..
suntikan ini memang banyak faedahnya
teringat kena suntik rubella masa form 3 dulu … lenguh betul tgn jadinye …
intan belum cukup 13 thn ye kak jie ?
ella pernah bincang pasal hal ni dengan seorang dktor sakit puan kak. beruntung anak-anak sekarang diberi pelalian ni percuma oleh Kerajaan.
Pernah ada 1 Klinik Sakit Puan suruh ella ambek pelalian ni RM300 utk 1 pelalian. kalau tiga dah dekat RM1000. mahal giler!!
masa kak jie pergi buat check up…pap smear awal tahun lepas pun doc situ cerita ttg ni juga
dia bagi harga promosi 3 kali = rm 600
harga yg kerajaan syorkan RM 480 ( 480 x 3 = 1340 ) mmg mahal
jadi bila anak2 dpt suntikan percuma kat sekolah, kena bagi keizinan
kita mencegah…menghalang
kalau tak kawen lg boleh buat ujian pap smear x?
haritu tgk kt klinik, suntikan HPV dlm rm800 (serius ni tak silap!). nak ambil, tp mungkin kena tgu ada duit dlu. dekat klinik kerajaan xcheck pulak berapa.
betul..suntikan HPV memang gitu harganya…hanya murid / remaja 13 tahun sahaja yang diberikan suntikan percuma.
Kat klinik ada, tapi kena bayar.
orang yang belum kahwin tak boleh buat pap smear atau yang pernah melalakukan hubungan suami isteri.
takde anak lagi. so, baca aje dulu. emmm..
tak apa… ada adik, ada anak sedara
sekurang2nya dah tau
bolehlah share dgn makcik2
kujie sendiri dah ambil ke.. kami dipejabat di uruskan dengan medical centre dan bagi kos yang murah utk semua ladies ambil. sedang menunggu utk dos ketiga
kak jie tak ambil… cuma buat pap smear ikut jadual
info berguna bila ada anak gadis nanti. haha. 10 tahun lagi
10 tahun tak cukup…sebab sekurang2 anak tu kena umur 13 tahun
sekurang2nya 15 tahun plus dlm perut 9 bulan tu..hehehehe
memang patut ambil kak jie form one ni sampai 3 kali…pencegahan awal buat anak2 gadis kita
macam intan lagi – sejarah keluarga sebelah suami ada ramai pesakit kanser
sebelah keluarga kak jie tak de
mencegah lebih baik dari mengubati
betul tu..tambah tambah kes kanser sebab kesan dia ambil masa bertahun tahun baru disedari
Terima Kasih Kak Jie,walaupun anak perempuan saya baru umur 9tahun,atleast saya dah dapat info…tentang ni.
9 tahun tu , kejap je masa berlalu
keluarga sebelah suami ada sejarah pesakit kanser … ramai jugalah
jadi Intan mmg ada dna sebelah sana.. kena bagi perhatian ttg hal ni
Boleh buat ujian Pap Smear secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan.
kak jie pun buat kt klinik kerajaan, pernah juga buat kt klinik swasta…dlm rm 30 utk lab test
Yang saya kesalkan adalah tahap kesederan masih lagi rendah walaupun ujia HPV ini percuma dan kerap dicanangkan oleh media elektronik. 🙁
Hmmm tahun depan kena dapatkan suntikan untuk si intan payung kat rumah tu…
bukan saja mak mak kena tau
bapa pun kena tau….kenapa anak2 kena suntik
bila masa dia…kena bagi sokongan kt anak2 ni