Bila Lipas Merayap Di Garis Masa
Peribadi

Bila Lipas Merayap Di Garis Masa

Malam tadi, entah dari mana #lipas menjadi trending di Twitter. Saya pun tak pasti dari mana topik lipas ini bermula. Bila nampak timeline cerita lipas, tergerak juga untuk share kenangan 25 tahun dulu mengenai lipas.

Orang lain mungkin sekadar geli tentang lipas tetapi saya ada pengalaman ngeri dan menyeramkan mengenai lipas.

lipas gif

Masa tu zaman sweet seventeen dara pingitan sedang tunggu keputusan SPM. Sambil-sambil menunggu orang masuk meminang, saya ambil kelas menaip dan trengkas. Saya boleh menaip dengan 10 jari ….ada orang lagi hebat. Guna dua jari saja….

Seperti anak-anak dara lain, saya juga akan berkemas rumah. Menyusun periuk belangga pinggan mangkuk susun ubah almari pinggan.

Suatu hari tu, saya mengemas macam biasa. Keluarkan barang , susun atur macam tongkang pecah. Sedang tarik surat khabar lama yang menjadi alas almari, seekor lipas tiba-tiba terbang dan hinggap di kepala.

Bila dah terkejut, semulajadi kita bertindakbalas untuk menepis. Dalam usaha untuk melarikan diri, lipas memasuki telinga.

Adoiiii………. cuba bayangkan. Pejam mata untuk bayangkan.

Telinga yang gelap macam gua memanglah tempat yang selamat untuk menyembunyikan diri. Saya cuba kuis untuk keluarkan, lagi dalam lipas cuba memasuki telinga. Sakitnya tak usah cakap.

Bayangkan  kaki-kaki lipas yang berduri menguis-guis telinga untuk masuk lebih dalam. Berdengung kepala tak usah cakap. Lagi dikuis, lagi sakit bila lipas tu bergerak-gerak. Ini lipas dewasa bukan anak lipas.

Menangis meraung agaknya satu kampung boleh dengar.

gambar lipas

Bila tak boleh keluarkan lipas dari dalam telinga, saya terpaksa ke hospital. Pergi sendiri naik teksi bukan panggil ambulan datang jemput.

Walaupun lipas dah mati lemas dalam telinga, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan keseluruhan badan lipas. Doktor guna penyepit dan tarik cebisan badan lipas , sayap dan abdomen yang hancur.

Masih juga ada bahagian yang degil, doktor guna air dan ditembak ke dalam telinga. Itu pun belum berjaya.  Masih ada sisa yang terlalu jauh di dalam telinga .

Doktor bagi ubat untuk dititiskan supaya sisa badan lipas boleh mereput dan dikeluarkan. Dalam masa yang sama kena ubat luka-luka di dalam telinga yang tercalar terkena kaki lipas yang berduri tajam.

Seminggu kemudian, saya perlu ke hospital untuk buat pemeriksaan semula.  Syukur tiada kesan lain yang berbahaya.  Luka juga sembuh dengan cepat.

Walaupun saya ada kenangan pahit bersama, tetapi lipas bukanlah binatang yang berada dalam senarai teratas top ten binatang yang paling ditakuti.  Takut tu takutlah juga tetapi tidaklah sampai menjerit gedik² tiap kali nampak lipas.

2 tahun lepas saya hilang pendengaran kekal kerana kerosakan saraf. Menurut doktor, saraf telinga saya telah rosak dan saya akan kekal seperti ini. Tidak dapat mendengar di sebelah kanan.  Saya tak pakai alat bantuan pendengaran pun sebab telinga kiri masih boleh dengar.  Kurang sempurnan sajalah…

Saraf telinga yang rosak sekarang bukanlah disebelah telinga yang dimasuki lipas 25 tahun dulu…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Bila Lipas Merayap Di Garis Masa

  1. mak aih..x leh imagine lipas masuk telinga..mesti kesakitnya terngiang2 sampai sekarang kan..

    chii ada kwn..yg sanggup putus kawan kalo ada sape2 yg bergurau kasi lipas kat dia..fobia punya pasal 🙂
    Jom terjah post menarik dari chii ..RenunganMy Profile

  2. Kalau Kak Jie dengan kenangan lipas masuk telinga, saya dulu masa kecik, kumbang kecik warna hitam yang bau busuk tu masuk masa saya tengah tido. Tengah nyenyak tido, tiba-tiba terjaga sebab telinga rasa sakit. Abang saya bukak lampu dan tengok dalam telinga saya, tetiba kumbang tu keluar. Alhamdulillah lah sebab keluar. Tapi yang tak tahan tu, bau busuk dari kumbang tu yang buat saya kena berulang alik ke hospital. Doktor pulak buat ujikaji dekat telinga saya. hehehehe…. Memang kenangan pahit sungguh.
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Percutian yang tidak dirancangMy Profile

  3. cerita ni pengajaran dia..hati2 kalau ada lipas yang terbang
    dia akan hinggap kat kepala

    dan biasnaya tempat yg sesuai dia nak larikan diri adalah dlm tempat gelap mcm lubang…dan telinga adalah tempat yg sesuai
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Back To SchoolMy Profile

  4. Seriau saya baca.
    Tak boleh bayangkan macam mana kalau jadi pada saya..*ngeri*

    Saya takdelah takut lipas..Sebab sekarang kan ada ridsect.. :mrgreen:
    Tapi kalau jadi macam apa yang terjadi pada kak jie tu,mau trauma dengan lipas sampai bila²
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Tahukah anda?My Profile

  5. Ngeri juga kalau lipas masuk didalam telinga. Tempoh hari lipas masuk didalam kain pelekat automatis melompat dari atas katil dan kirai kain sambil sumpah seranah. Macam tidak tempat lain untuk merayap. Nasib baiklah tidak orang lain ketika lipas merayap masuk di dalam kain. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Hadiah daripada sahabat blogger pantai timurMy Profile

  6. Nih btol2 ker cobaan nih kak jie? Igtkan lipas tuh yg sbbkan kerosakan saraf telinga tuh..sadis sungguh cerita ni..

Comments are closed.