Malam tadi, entah dari mana #lipas menjadi trending di Twitter. Saya pun tak pasti dari mana topik lipas ini bermula. Bila nampak timeline cerita lipas, tergerak juga untuk share kenangan 25 tahun dulu mengenai lipas.
Orang lain mungkin sekadar geli tentang lipas tetapi saya ada pengalaman ngeri dan menyeramkan mengenai lipas.
Masa tu zaman sweet seventeen dara pingitan sedang tunggu keputusan SPM. Sambil-sambil menunggu orang masuk meminang, saya ambil kelas menaip dan trengkas. Saya boleh menaip dengan 10 jari ….ada orang lagi hebat. Guna dua jari saja….
Seperti anak-anak dara lain, saya juga akan berkemas rumah. Menyusun periuk belangga pinggan mangkuk susun ubah almari pinggan.
Suatu hari tu, saya mengemas macam biasa. Keluarkan barang , susun atur macam tongkang pecah. Sedang tarik surat khabar lama yang menjadi alas almari, seekor lipas tiba-tiba terbang dan hinggap di kepala.
Bila dah terkejut, semulajadi kita bertindakbalas untuk menepis. Dalam usaha untuk melarikan diri, lipas memasuki telinga.
Adoiiii………. cuba bayangkan. Pejam mata untuk bayangkan.
Telinga yang gelap macam gua memanglah tempat yang selamat untuk menyembunyikan diri. Saya cuba kuis untuk keluarkan, lagi dalam lipas cuba memasuki telinga. Sakitnya tak usah cakap.
Bayangkan kaki-kaki lipas yang berduri menguis-guis telinga untuk masuk lebih dalam. Berdengung kepala tak usah cakap. Lagi dikuis, lagi sakit bila lipas tu bergerak-gerak. Ini lipas dewasa bukan anak lipas.
Menangis meraung agaknya satu kampung boleh dengar.
Bila tak boleh keluarkan lipas dari dalam telinga, saya terpaksa ke hospital. Pergi sendiri naik teksi bukan panggil ambulan datang jemput.
Walaupun lipas dah mati lemas dalam telinga, doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan keseluruhan badan lipas. Doktor guna penyepit dan tarik cebisan badan lipas , sayap dan abdomen yang hancur.
Masih juga ada bahagian yang degil, doktor guna air dan ditembak ke dalam telinga. Itu pun belum berjaya. Masih ada sisa yang terlalu jauh di dalam telinga .
Doktor bagi ubat untuk dititiskan supaya sisa badan lipas boleh mereput dan dikeluarkan. Dalam masa yang sama kena ubat luka-luka di dalam telinga yang tercalar terkena kaki lipas yang berduri tajam.
Seminggu kemudian, saya perlu ke hospital untuk buat pemeriksaan semula. Syukur tiada kesan lain yang berbahaya. Luka juga sembuh dengan cepat.
Walaupun saya ada kenangan pahit bersama, tetapi lipas bukanlah binatang yang berada dalam senarai teratas top ten binatang yang paling ditakuti. Takut tu takutlah juga tetapi tidaklah sampai menjerit gedik² tiap kali nampak lipas.
2 tahun lepas saya hilang pendengaran kekal kerana kerosakan saraf. Menurut doktor, saraf telinga saya telah rosak dan saya akan kekal seperti ini. Tidak dapat mendengar di sebelah kanan. Saya tak pakai alat bantuan pendengaran pun sebab telinga kiri masih boleh dengar. Kurang sempurnan sajalah…
Saraf telinga yang rosak sekarang bukanlah disebelah telinga yang dimasuki lipas 25 tahun dulu…
Lipas dewasa masuk telinga. Aish!
Jom terjah post menarik dari Izzat Eshak ..Exchange link
ngerinye kalu masuk lipas dlm telinga
kalau semut masuk telinga pun dah rasa dengung kepala tak tertahan, ni kan pula lipas, mmg tak terbayangkan betapa ngerinyer..