Saya bagi RM 3.00 untuk Intan pesan 2 bungkus. Saya di dalam kereta , hanya Intan yang turun.
Separuh perjalanan, Intan berpatah balik.
“Dah naik 20 sen lah mama…satu RM 1.70”
Kutip siling dalam dashboard kereta dan hulurkan pada Intan rm 0.40.
“Semua barang dah naik harga ye Intan… tak apalah. ABC bukan makanan asasi , bukan keperluan pun – cuma kita saja² mengikut nafsu”
Kita tak dapat mengelak krissi kenaikan harga barang mengikut pola kenaikan harga minyak, gula dan gas tetapi kita boleh mengelak untuk tidak membeli sesuatu yang bukan keperluan.
©kujie – sedang buat persiapan untuk bercuti panjang.
sekarang ni semua barang harga dia naik… asal naik harga minyak barang lain pun naik la… gaji tak naik2 jugak… kalau gaji naik pun… nnt harga barang naik lagi…
semua dah naik harga. tak mustahil nanti sampai satu tahap, garam pun naik harga..
Gaji naik pun barang naik gak, getah naik pun ada yang cuba ambil kesempatan nak naikan harga barang .. 😀
itu abc manyak syokkk… ada boleh tahan ka? lebih 20sen tatak hal…janji tekak dapat itu sejuk2 rasa lorr…
hahahhaa
Apa agaknya yang tak naik sekarang ni… bayangkan perut lelaki pun ramai yg naik melebihi perut wife sampai confuse siapa yg mengandung ni…heee
Buat entry ABC untuk maklumkan rakan blogger akan AFK.
Tak sangka ABC naik 20sen. Ganas betul.
Kalau dah anak tekak meronta-ronta minta ABC kena diturutkan nanti kempunan pula 🙂
sedapnya tk gambar ABC tu… kecor air liur…
bila minyak dah naik, memang semua baran akan naiklaa.. nak buat cemana…