Saya bagi RM 3.00 untuk Intan pesan 2 bungkus. Saya di dalam kereta , hanya Intan yang turun.
Separuh perjalanan, Intan berpatah balik.
“Dah naik 20 sen lah mama…satu RM 1.70”
Kutip siling dalam dashboard kereta dan hulurkan pada Intan rm 0.40.
“Semua barang dah naik harga ye Intan… tak apalah. ABC bukan makanan asasi , bukan keperluan pun – cuma kita saja² mengikut nafsu”
Kita tak dapat mengelak krissi kenaikan harga barang mengikut pola kenaikan harga minyak, gula dan gas tetapi kita boleh mengelak untuk tidak membeli sesuatu yang bukan keperluan.
©kujie – sedang buat persiapan untuk bercuti panjang.
Adohh.. Semua naik..
Lepas satu-satu barang baik..
Agak-agak lepas ni nak pkai sudu & garfu di kdai makan pun kne byar..
sedapnye tgh ABC dlm gambar tu. hehee.. kdg2 tak pe ikut nafsu nak makan.. hihii.. ni tak tau nak makan pe.. lagi susah..
itu abc maksu…belum jkl….. pqr….. 😀
bukan kejutan..hehe
susah nak jawap ni
rm 2 nilai dia tak sama utk semua org
ada org rm 2 cukup mewah..ada org sebaliknya
mula2 sumi kena tengok harga2 kt kantin tu dulu – keperluan anak pula – baru buat keputusan nak bagi berapa.
Bagi Kak Jie setakat nak makan² rm 1.70 bukan masalah – ABC itu cuma contoh
apa yg perlu difikirkan
1 – kita tak mungkin dapat menghalang harga barang naik
2- sebagai pengguna, kita ada pilihan untuk beli atau tidak
3- kalau permintaan tak ada, makcik tu akan tutup kedai – kesan ekonomi bkn kepeda pengguna ttp kepada peniaga itu sendiri
byk kisah ABC ini sebenarnya – spt biasa- kak jie tak menyuruh atau menegah.. cuma suruh berfikir 😆
ada garis halus antara keperluan dan keinginan juga kemampuan
bila kite rela – redha 😆
emmm…. anak sumi sekolah rendah petang… kalu pagi leh gak nak buat bekal. agak2 RM2.00 cukup tak kak jie…
saya takut taska tak leh nak sediakan bekal. maklum la. mereka pun sibuk urus anak lain…hehehe
itu contoh kecil
meleleh air liur dah ni..hehe 😆
semua barang keperluan dlm rumahtangga alami kenaikan harga
kalau tak naik pun, dia kurangkan kuantiti
contoh sabun basuh
dulu satu pek 3 kg – skrg dengan harga yg sama satu pek 2.5 kg
kalau beli untuk makan tak pe la.. jangan berkira sangat. kekeke.. kekadang tekak ni memanjang je nak makan sedap. tu yang payah tu. setiap minggu nak siakap stim pon boleh pengsan gak kan!
barang naik…. itu kena terima
ABC ini cuma lambang… Kak Jie mungkin boleh tulis Secret Recepi
bermaksud – kalau itu bukan keperluan , pilihan kita untuk beli atau tidak.
nak cukup duit beli mesin tu…. kak jie dah tua gayut dah
gigi ngilu nak makan sejuk2..haha 😆
anak kak jie tak bawa duit belanja
bawa bekal
emmm…. kalu budak sekolah rendah … baper kah duit belanja yang patut di beri kak kujie..
maklum la..tahun depan anak sumi darjah 1……
kumpul 20 sen sehari.. pastu lama nanti boleh beli mesin buat ABC.. bleh buat kat rumah je.. makan hari2.. hehe..
biasalah kak jie, bila gula naik. semua pasti naik, itulah pentingnya gula dalam kehidupan kita seharian. psst…bila kak jie nak belanja abc? hehe, dah lama tak pekena ni.
Salam admin,ni semua penangan dari kenaikan harga minyak tempoh hari.Inilah dia bukti ‘rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan’.
dulu saya jual ABC kak jie, nanti kalau bisness jalan balik, saya buat ABC khas untuk kak jie..haha
Penjual ABC tu cuma merasionalisasikan subsidi yg dia perolehi………
wow dah lama tak makan abc sejal duk india ni? RM1.70 Memang agak mahal.hmm saya pun nama intan kak.huhu.. intan ada atuk yang berniaga kat kedai makan, atuk selalu cakap kdg2 jadi peniaga ni susah sebab bila kita naikkan harga orang bising tapi hakikatnya barang mentah mahal.. macam bila atuk nak jual lauk pauk, kalau lauk ikan yang murah org komplen, bila beli ikan mahal, pun orang komplen harga mahal.. macam mana tu kan, nak makan sedap tapi harga murah? berpijaklah kepada realiti kan.
minyak naik sikit, ramai pulak ambil kesempatan. hehe
tunggu harga makanan lain naik juga….adoiiiii
sila berbelanja dengan bijak & berhemah:)
pilihan di tangan kita kan, em kakjie nak AFK lagi ke, huhu
inilah yg dikatakan sindrom teh tarik. gula naik 20 sen tuk 1 kg. tapi harga abc pun naik 20 sen juga seolah² satu bungkus abc tu menggunakan 1 kg gula plak.
Gaji je naik ciput.. huhuhu… 😥
tengahari tadi pekena cendol mamak..malam terus penin
kalau makanan asasi yang naik, lama-lama hari-hari makan cendol
haihhh masalahnye benda yg takde kaitan gula pun byk naik harga.. dunia dunia.. duit bukan segala2nya, tapi segala2nya perlukan duit T_T
Kujie, semalam dpt sms drp ejen kat Indon minta tambah bayaran utk ambil maid yang kawan Kak Long minta uruskan. Katanya sekarang semua dah naik…aiikkk, sampai harga orang pun naik berganda-ganda.
itu bukan makanan asasi kita…. kalau tak mampu kena tahan nafsu , kan
hehe..semlm beli jambu madu rm 8
cantik2 montel2….
minggu lepas rm 10 – tak beli
tau tau kedai tu… dekat dgn kedai yong tau fu yang ada sup
point yg nak suruh org fikir – kalau bukan barang keperluan, pilihan kita untuk beli ke tak nak beli
kalau kemampuan, beli
kalau tak…tak perlu
tak de salahkan sesiapa
kan dah cakap kat entri tu. kita tak dpt mengelak kenaikan harga… kalau tak perlu, kita tak beli 😉
hantar barang pakai minyak.,
bukan pakai air liur.,
alasan menaikkan harga barang munasabah jika harga minyak naik.,
nak salahkan siapa ek..??
hehe…janji puas nafsu makan…bayar lebih pun takpe kan… 🙂
Arrgghhh tak tahan tengok ABC.. Kat food court Giant section 13 Shah Alam ada satu kedai ABC yang mantap!
betul la kak jie..banyak brg dah naik harga kan..memula aritu tak perasan..weekend hari tu beli pisang tanduk dah harga rm4.00 per kg..jambu madu rm12/kg..my favouritesw tu..huhu..nampaknya kena cari makanan alternatif lain la ni..
selamat bercuti. hee hee. dah lama tak makan ABC
hmmm.. barang naik harga. upah pun kena naik harga. kan intan kan.. hehe
tu yang malas nak makan kat luar.. tanye nape mahal alasan minyak naik harga… cliche sungguh!
emm…biasalah semua pun nak naikkan harga…sebabnya nak untung lebih besar..
Gulp..Telan air liur
Lama dah tak makan ABC 😥
abc naik harga juga ye.. xpe lah, hidup biar sedap kan..!! this week sy pun plan nk bercuti ni..
aiseyyy… terliur weh!
amboi…tajuk mmg cukup menarik perhatian
2 la
skrg mmg betul2 barang dah mahal sgt
risau la
gaji sikit
tp barang makin mahal
Wow! Cantiknya Header Blog ni! Pencarian 10 Header Blog Tercantik 2010!
nak bercuti p mana tu kak jie? 🙂
abc naik harga dah….. 🙁
haish, dah naik . suma dah naik