Hujung minggu ini suami saya balik bercuti, jadi agak kuranglah masa untuk beronline. Kehidupan luar talian saya adalah keutamaan.
Dia balik dari Hulu Terengganu petang Sabtu dan tiba di rumah selepas maghrib. Esoknya sepanjang hari habiskan masa bersama dan menerima tetamu dari Terengganu.
Petangnya kami keluar ke Rawang. Main bowling anak beranak.
Pertama kali ke pusat bowling yang terletak di atas bangunan pasar Rawang. Tak sangka tempatnya besar dan cantik seperti ini.
Dari rumah memang saya berjanji untuk satu pasukan dengan Along. Dia minta kami memakai baju yang sama warna . Sec ara individu Along menang kedua-dua game tersebut tetapi kami tewas dalam acara berkumpulan.
ha h a ha… mesti boleh agak siapakah menyumbang kekakalah tersebut!
Intan pun boleh berada kedudukan lebih baik dari saya…. tetapi memang patutlah sebabdia ada Jurulatih Peribadi. Adik ipar saya yang tiba-tiba ikut serta yang mengajar beberapa tips untuk membuat balingan.
Salah satu kuasa yang pasukan mereka ada ialah kuasa mengawal bola menggunakan kepala! ha ha ha…. rasanya ramai yang ada kuasa macam ni.
Habis main bowling, kami layan ‘kotak suara’ 5 lagu. Kotak karaoke ini pun terdapat di dalam pusat bowling tersebut. Ini adalah kali pertama saya, suami dan intan masuk dalam ‘kotak suara’ tersebut.
Saya cuma merakamkan gambar, suara tak keluar pun.
Balik dari aktiviti berfoye-foye bersama keluarga, adik ipar saya pula datang dari Tanjung Malim.
Bangun paginya, lenguh tangan dan jari. Kuku ibu jari saya terserpih. Itulah , dah tua-tua nak berseronok macam orang muda tak sedar diri. hihi
Hari ini kami berempat ( saya dan suami, adik ipar dan isterinya ) ke Kampung Gesir, Hulu Bernam. Tiga empat bulan lepas kami adik beradik ada berkongsi beli tanah kebuh di sini.
Tinggalkan kereta di rumah penjaga kebun dan bermotosikal di bawah kebun redup dan sejuk. Sakit juga bontot bila melalui jalan yang berlopak, berbatu dan beralun.
Tuan tanah kedaung sedang melawat tanah sekangkang anak kera yang telah dibersihkan dan dalam proses menanam semula.
Kemudian melawat satu lagi lot kebun yang akan dijual. Berminat pula nak beli lagi.
Habislah ….. lari semua bajet nak rembat tawaran tambang murah Air Asia esok. Hajat hati nak semua tetapi kemampuan agak terhad, jadi kena fikir mana yang lebih utama. Banyak tahun juga terbantut jadual percutian keluarga.
Trivia:
- kedaung sejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur, Parkia javanica.
Wow, Rawang dah ada boling..
seronoknya main bowling..
Semoga usaha beli kebunnya lancar dan mendapat harga yang murah bu 🙂
InsyaAllah hasil sawit kalau betul berjaga ‘makan minum’ pokoknya lumayan jugak..
p/s : sekarang ni tengah cari pembeli tanah untuk buat modal nak menternak kambing..
kawasan mana….?
tanahnya di Sabah berkeluasan 35 ekar..
Tanah kebun kalau diusahan memang membuahkan hasil. Tapi kena ada masa penuh untuk usahakan le.
“Salah satu kuasa yang pasukan mereka ada ialah kuasa mengawal bola menggunakan kepala! ha ha ha…. rasanya ramai yang ada kuasa macam ni.”
Hahaha.. ayat ini sangat cute.. betul! betul! betul..
kekadang maza juga terikut2 sama.. ahahaha
saya pun belum pernah masuk pusat bowling rawang tu.. cantik juga…
tulah orang kampung cakap ‘dont judge a book by its cover’… hihih
Berbudi pada tanah memang banyak kebaikannya. Penjagaan dan benih yang baik akan menampakkan hasil dalam tiga tahun akan datang.
baru tau ade bowling di atas bangunan pasar rawang.. baru buka ke kak jie?
Pelaburan bagus tuh tanam semula kelapa sawit.. harap dapat benih’yang baik tuh kak jie.. nanti 3 tahun dah berbuah cantik..
urusan tanah dan berkebun ini perlukan cash yang besar juga
beli pun nak cash, nak uruskan tebang rata tanah…itu ini baja rabun dan sebagainya pun perlukan modal…jadi memang kalau ada bajet fikirkan untuk urusan suka suki berfoye foye tu diketepikan.
tanam gaharu jerlah kak jie.. Hik3
Tanam sawit lagi untung dan kalau nak lagi untung pajak mana-mana kebun sawit yang berpotensi selama 10 tahun ke 20 tahun ke..
Yup.. Indeed…
Tiada apa yg lebih membahagiakan selain dapat beraktiviti bersama keluarga terutama yg duduk berjauhan.
kehidupan tak mcm orang lain, jadi kena pandai²lah susun atur dan gunakan peluang yang ada. ini cuma beberapa persen dari masa yang ada…
Tak sangka dekat pasar Rawang ada pusat bowling yang cantik. Nampak pokok kelapa sudah tua perlu ditanam semula. Kak Jie cadang nak tanam semula kelapa atau sawit?
itulah…. tingkat atas selepas tingkat parking kereta.
oklah dekat nak pergi sekadar dengan keluarga sejam dua.
asal pun memang kelapa sawit, cadang nak tebang yang ada tu nak tanam semula sawit.
dah tak tanam semula kelapa dah, kat kampung mertua, ada yang ditanam kelapa dibiarkan kekal….kalau setahun dua nanti kena tebang, mungkin tanam sawit juga