Saya tak ada niat pun nak menulis isu ini di blog walaupun perkara yang berlaku membabitkan diri sendiri sebagai penduduk. Tetapi selepas saluran yang digunakan tidak mendapat tindak balas, ambil juga peluang sebagai blogger untuk menyuarakan aduan.
Kalau kita sendiri tak pernah mencuba sistem canggih yang disediakan untuk penduduk, macam mana kita nak tau keberkesanannya, kan? Dengar orang besar-besar bercakap memanglah sedap dan lunak.
Sebagai warga penduduk yang celik kemudahan yang disediakan, saya pun gunalah saluran tersebut untuk membuat satu aduan. Saya hantar aduan berserta gambar yang dihostkan di blog ini kerana ruangan aduan tidak mempunyai kemudahan untuk upload image.
Aduan saya mengenai bendera yang lebih seminggu dipasang dipersimpangan lampu isyarat memasuki taman perumahan kami. Seminggu selepas dipasang, saya kesan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Waktu siang, terang benderang tiada masalah tetapi pada waktu malam, isyarat papantanda jalanraya yang sepatutnya memantulkan cahaya memberi amaran tentang kedudukan tiang, pembahagi jalan dan lampu isyarat di hadapan tertutup dengan bendera tersebut. Pantulan cahaya anak panah untuk memberitahu lorong untuk ke kanan tidak kelihatan.
Bagi penduduk setempat, kami boleh tahu di mana lencongan perlu dibuat untuk berhenti memasuki persimpangan di sebelah kanan tetapi itu pun agak berbahaya kerana tiang dan pembahagi jalan tidak dapat dikenalpasti kedudukannya.
Ada orang mungkin bercakap, itu masalah kecil. Bagi saya, kenapa nak cipta masalah? Ada banyak lagi tempat lain yang boleh digantung bendera.
Aduan saya dibuat pada 10:08am hari Isnin 10hb September 2012. No rujukan 0032/09/12
Dua kali saya buat semakan melalui SMS
Juga buat semakan melalui laman web .
Masalah masih belum diambil tindakan. Saya hantar aduan dengan bukti bergambar. Agak kecewa kerana masa yang diambil untuk menyelesaikan satu aduan kecil seperti ini mengambil masa terlalu lama.
Ini pengalaman saya dan kita mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza. Perspektif kita terhadap sesuatu adalah bergantung kepada pengalaman yang dilalui. Tetapi pandangan saya terhadap MDHS tetap yang terbaik hasil dari pengalaman sendiri berurusan dengan 3 majlis daerah berbeza di negeri Selangor. Perkhidmatan lain tetap yang terbaik.
Nota : Hari Rabu 19/09/2012 – saya lihat bendera tersebut telah ditanggalkan, bukan itu saja malah bendera² lain yang dipasang di tiang lampu isyarat juga ditanggalkan. Saya cuma membuat aduan mengenai satu bendera yang menutup papantanda isyarat jalan raya atas faktor keselamatan.
saya penduduk dari kawasan batang kali fasa 3 jalan meranti 3a/2 hendak membuat laporan tentang anjing yang tidak ada tuan mahupun peliharaan di sekeliling kawasan kami kami agak resah untuk keluar dari rumah disebabkan anjing anjing yg tiada peliharaan ini agak ganas kami berharap pihak tuan akan memahami keadaan dan bertimbang bagi perkara tersebut terima kasih
Bendera yang menutupinya juga terbalik ni, harus diadukan juga biar diperbaiki..
rasanya sistem ni kurang diselenggara kot
Saya pun ada buat aduan ttg lampu jalan sebelah perumahan saya dan lalang yg dah melangit tinggi kat situ. Surat aduan diterima dah dapat, tindakan dari MDHS belum nampak lagi sampai sekarang. Aduan bulan puasa hari tu. Entah raya tahun depan baru ada tindakan belum tahu. Kita tengok macam mana.
Ini perkara biasa. Kita tinggal di negara dunia ke-3. Bab adu-mengadu(bukan adu-domba) selalu dipandang ringan. Berbanding dengan negara ongputih, perkara yang melibatkan kebajikan awam amat dipandang berat dan cepat diambil tindakan. Namun bila banding dengan negara Cina(contohnya), lebih baik negara kita. Lihat jer youtube tu….Langgar budak ke, orang tua ke…selamba jer. Siap langgar ulang-aling lagi. Rupa-rupanya dikhabarkan oleh seseorang pada saya, jika langgar dan mati lebih mudah untuk pesalah berbanding dengan langgar dan mangsa cedera seumur hidup. Si pesalah juga perlu menanggung sebahagian beban. Macam-macam ada!!!
sekurang-kurangnya akan ada tindakan yang, jika tidak ia akan terus menyusahkan
Bagus juga buat aduan kat blog macam ni. Supaya nanti perkara ini tidak berulang di tempat yg lain…
Dunia internet memudahkan kita untuk membuat suatu pengaduan, semoga saja di Indonesia juga ada pengaduan online semacam ini yang tidak hanya menangani tingkat kota besar tapi juga di daerah2..
emm ni baru la pengguna yang bertimbang rasa..bagus kak jie..haha..
Kemudahan aduan canggih,tapi tiada siapa yang nak follow up,itulah masalah yang saya rasakan.Sebenarnya banyak lagi aduan yang dilaporkan,cuma tak dibawa ketengah,itupun belum dengan karenah birokrasi lagi tu.
Sepatutnya pasang slogan “Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” dekat persimpangan tu..
baguslah kak..thanks sharing
Kak Jie…sha sokong posting kak jie kali nieh. Sebabnya apa yang sha perhatikan perkara nieh boleh berlarutan sehingga ke pilihanraya. Mungkin nanti lebih teruk?
penyalahgunaan harta tu..memang membahayakan pengguna jalanraya yang kurang biasa dengan persekitaran situ..
Mungkin tak sampai ke pengetahuan pegawai yang bergred kot.
abis.
Sistem aduan canggih tapi mutu perkhidmatan tidak dinaiktaraf pun susah juga tuh
salam kakjie,
saya juga pernah buat aduan online ke majlis daerah tempat saya beserta dengan bukti bergambar dan lain pula jadi sbb tindakan yang diambil kurang dari seminggu dan pegawai dia call tanya dah selesai ke masalah jalan berturap depan taman sy
kasi pihak pagawai baca entri ini… pastu kasi link terus.
Sudah alang-alang kak Jie menulis di blog. Saya diantara pengguna online complain MDHS. Dari segi maklum balas sistem dan bertulis dari MDHS cemerlang cuma perlaksanaan tindakan menghampakan.
Saya ada beberapa aduan online telah dibuat belum ada tindakan dan ada yang sudah menyambut ulang tahun pertama pun ada.
Saya cuba menjawab soalan kepuasan pelanggan MDHS malangnya tidak ada soalan mengenai tindakan dan kualiti kerja tidak tidak ditanya. Soalan kebanyakkan berkisar perkhidmatan aduan tetapi tidak untuk keberkesanan tindakan.
Saya mengharap pihak MDHS dapat menyediakan menu untuk memuat naik fail gambar lokasi aduan.
haha, terbaik !