Peribadi

Bagai tertimbun serbuk tidur di kamarku

200426845-001Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul. Sering kali kecenderungan individu membesar-besarkan sesuatu perkara dengan kenyataan-kenyataan yang aneh dan ganjil untuk memenangkan pendapatnya.

Bersikap sederhana dalam memberi pandangan dan katakanlah sesuatu yang tidak melampaui saranan al-Quran dan sunah.
Meskipun individu tersebut tidak menerima pandangan anda, sekurang-kurangnya tindakan anda berkata benar akan menimbulkan rasa hormat dan akan membuatnya berfikir kelak.

©Kujie – Salam subuh  Jumaat yang dingin

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Bagai tertimbun serbuk tidur di kamarku

  1. Asalamualaikum

    Terima kaseh kerana sudi menggunjungi halaman blog pakcik, sesungguhnya anakanda kujie kita bukan sibuk tetapi dilahirkan dizaman kesibukan, semuanya nak cepat kecuali mati. Diantara ciri yang menarik pakcik pada halaman blog anakanda kujie dan kak Long adalah ejaan, perkataan dan bahasanya yang maseh tersusun walaupun sibuk. Bahasa jiwa kita, pakcik mendekati kujie menerusi bahasanya dan saya suka mencuit rasa untuk mendalami keperibadiannya.
    Maafkan pakcik kesilapan menaip alamat URL itu, Insyaalah pakcik akan perbaiki mungkin sebab untuk menurut gaya kak Long 111 persen. Sebenarnya pakcik ada membuat pemilihan calon sahabat Indonesia yang menyertai penulisan hari kemerdekaan negaranya, cuma perlu memberi komentar dikotak halaman blog untuk mendokonginya, pakcik ingat yang ini pun sama rupanya berbeza. Terima kaseh salam hormat.
    .-= pakcikli00´s last blog ..terapi urutan semulajadi =-.

  2. Ada waktunya teguran kita ibarat mencurah
    air ke daun keladi apatah lg jika yg ditegur
    itu org yg lebeh tua walhal mrk maklum teguran
    itu ada kebenarannya tetapi pandangan yg muda tak
    patut menegur yg tua dijadikan prinsip kehidupannya. 🙄
    .-= Eriyza´s last blog ..Ulat Bulat =-.

  3. Yang menegur perlulah berhikmah, yang ditegur pula perlu pujuk hati untuk terima dengan senang hati dan cuba bermuhasabah. Berkata benarlah walau kadangkala ianya pahit.
    .-= nuaeman´s last blog ..Buat benda betul biar betul betul! =-.

  4. Asalamualaikum

    Izinkanlah Pakcik singgah dihalaman ini untuk menghayati keindahannya. Buat pengetahuaan anakanda Ku Jie (Ku=tengku ? minta maaf) Pakcik hanyalah orang kampong yang berkerja sebagai dukun asmara. Sifat kekampongan Pakcik jelas pada nama dan macam orang dulu dulu sentiasa mengucapkan salam bila menziarahi, mungkin Ku Jie merasa jengkel dengan kehadiran Pakcik ni, maafkan pakcik sekali lagi. Izinkan Pakcik menitipkan serangkap pantun dihalaman ini untuk menunaikan keinginan hajat selama ini dihati,

    Yang benar itu hanya tuhan
    maka dinyata oleh alQuraan
    sifat pertama nabi pilihan
    jadi ikutan manusia beriman

    ombak tentu merasa malu
    jika pantai diam membisu

    Terima Kaseh Salam Hormat.
    .-= pakcikli00´s last blog ..Dukun Asmara =-.

    1. @imanshah, btol.. diam lebih baik..
      tp ade masa tertentu, kite kena bercakap jugak..
      time tu, kalo berdiam diri jugak, mungkin lg memburukkan keadaan..
      .-= Anarm´s last blog ..Majlis berbuka puasa Negaraku.Net =-.

  5. Cakap mesti berapi. Betul atau tidak tu perkara lain. (Law)yer memang kerja mempertahankan ‘idea’ yang disarankan undang-undang manusia, tanpa mengira undang-undang yang telah lama ada. Human right is more important than any other right. Perghhh…. 👿

    (Hujan-hujan ni memang best. Siap minum kopi masa sahur tadi)
    .-= kruel74´s last blog ..This 3-days weekend will be a busy one =-.

  6. berkatalah yg benar, walaupun pahit. tp bila nk menegur biarlah berhemat. ibarat menuang gula dlm teh o. tk terlalu manis dn tk terlalu tawar. ngam2 aje. hehe

    meru sdg ujan lebat pagi. rasa mcm ditarik2 aje mata nih. hehe

  7. betul tu kak, ramai yang lupakan diri demi mempertahankan kenyataan yang salah atau tidak benar. malah lupa akan diri sendiri dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. sedangkan kebaikan menanti dihadapan. selamat pagi. 🙂
    .-= mohdisa´s last blog ..Entri Pantas: Diet Seimbang Bulan Puasa =-.

  8. Salam…pertama kali saya berkunjung ke sini.
    Kalau saya tegur orang, saya tegur dalam forum…akibatnya saya dimarah dan dimaki..hahaha…tapi saya rasa teguran tu perlu.
    Tapi in real life, saya sukar nak tegur orang…
    Masa saya type je boleh tegur…macam mana tu?
    .-= Az´s last blog ..Bahtera.. =-.

Comments are closed.