Isu Semasa

Betul ke Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia?

Dari semalam,saya banyak menerima sms mengenai Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia .

Apa yang saya tahu, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur , bukan Ismail Kamus.

Ustaz Ismail Kamus kini berada di Mekah mengerjakan umrah. Tadi di surau , masih ada kawan-kawan yang menerima sms yang didakwa diterima dari pelajar kita di Mesir malah ada seorang kawan yang mengatakan anak saudara kepada Ustaz Ismail Kamus yang memberitahu suaminya sendiri bahawa Ustaz Ismail Kamus memang telah meninggal dunia.

Wallahua’lam.

Bahayalah berita yang disebarkan oleh sms. Apa pun beritanya, sama-samalah kita berdoa moga Ustaz Ismail Kamus yang sedang mengerjakan umrah itu dilindungiNya dari segala kerumitan juga kesulitan.

©Kujie – Saya tidak suka mengfoward emel atau pun sms.   Janganlah suka-suka mengfoward sms jika tidak diselidik dulu kepastiaannya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Betul ke Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia?

  1. Panjang Usia Ustaz Ismail Kamus.. disedekahkan Al-fatihah lagi.. Moga beliau dapat terus berkongsi ilmu dengan kita semua
    .-= nuaeman´s last blog ..Oh! Ayat-Ayat Cinta.. =-.

  2. mati apa kah ini? Mati akal namanya yang menghantar sms tu
    .-= haritz´s last blog ..Kursus Crystal Report =-.

  3. Zaman sms dan emel.. mudahnya fitnah dan pembohongan tersebar..
    .-= samdaddycool´s last blog ..Muhasabah Trading =-.

  4. dah nama pun khabar angin, mesti la laju geraknya mcm angin..haha
    **saya pun x suka forward2…tiap kali dapat benda2 forward,just anggap yg semua dah dapat..then xyah susah2 forward lg..huhu
    .-= aloqmalai´s last blog ..motivational story… =-.

  5. Terkeliru…

    barangkali nama mereka yang hampir tersebut, hinggakan ada orang tersalah sebarkan info.

    maafkan ajelah, yea!

  6. sudahlah berita cepat tersebar ditambah lagi mereka yang ingin menjadi orang pertama sampaikan berita. jadinya berita terlalu cepat sampai dari seorang ke seorang yang lain.

    apatah lagi dalam dunia internet ni hu3.

    semoga allah melindungi dan merahmati apa yang ustaz ismail kamus sedang lakukan.

  7. kabar angin camni bahaya..
    bleh menimbulkn fitnah..
    fitnah tu besar dosanya..
    🙁
    .-= Anarm´s last blog ..Majlis berbuka puasa Negaraku.Net =-.

  8. Baca dari salah satu forum.. Ustaz Zahazan ada buat kenyataan pasal isu ni di MHI dan katanya bahawa Ust Ismail Kamus tidak Meninggal dunia, beliau sekarang masih berada di Arab Saudi.

    sumber forum http://www.iluvislam.com

    Siapa pulak yang sebar cerita ni.. kecoh sampai ke pelajar-pelajar kat timur tengah.
    .-= nuaeman´s last blog ..Meh dengar tazkirah dari da’i da’i kecil ni =-.

  9. Sama macam dua hari lepas tajuk berita harian dekat berita harian online “Nik Abdul Aziz Nik Mat terbunuh dalam kemalangan”
    saya dah kecut ingatkan itu MB kelantan..
    .-= nuaeman´s last blog ..Meh dengar tazkirah dari da’i da’i kecil ni =-.

    1. @nuaeman, haah..btul… akhabr pon da pkai cara blogger. tajuk mesti power. tapi tu la,kadang2 blh bikin panas jee
      .-= JHafiz´s last blog ..Hello world! =-.

Comments are closed.