Aku, ‘kan menjadi malam-malam mu ‘kan menjadi mimpi-mimpi mu dan selimuti hati mu, yang beku
Peribadi

Aku, ‘kan menjadi malam-malam mu ‘kan menjadi mimpi-mimpi mu dan selimuti hati mu, yang beku

InsyaAllah – panjang umur saya akan selamat tiba di Butterworth jam 3 pagi 5hb Sept 2010. Saya balik ke Baling, berdua dengan Intan menaiki bas Transnational dari Hentian Duta.  Semua tiket perjalanan ke Baling dah habis dan Butterworth adalah piliah selepas tiket ke  Sungai Petani juga habis.  Nasib baik adik saya akan menjemput  di Butteworth.

Dari rumah saya bawa kereta dan simpan di Stesen Keretapi Rawang, teruskan perjalanan dengan KTM Komuter hingga ke Stesen Putra dan ambil teksi ke Hentian Duta.

Kenapa tinggalkan kereta di Rawang?

Saya akan balik semula dengan keretapi yang dijangka tiba jam 4.50 pagi 8hb Sept 2010. Tiada sesiapa yang akan menjemput kami balik ke rumah nanti. Balik semula bertiga dengan Angah. Along masih ada kelas sehingga Selasa.

Doakan segala perancangan dan perjalanan kami anak beranak dilindungi Allah ye kawan-kawan.

Kepada kawan-kawan yang akan mula bercuti – hati-hati di jalanraya.   Sebelum keluar dari rumah, berdoalah dan sewaktu dalam perjalanan berzikirlah dan berselawat.  Setelah berusaha dan merancang ( rehat yang cukup dan kenderaan yang disenggara baik ) , barulah tawakal dan berserah pada Allah.

p.s – rasa mcm entri ni terlalu pendek untuk tajuk sepanjang itu..:lol:

©kujie – jumpa lagi!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Aku, ‘kan menjadi malam-malam mu ‘kan menjadi mimpi-mimpi mu dan selimuti hati mu, yang beku

  1. Selamat Hari Raya buat doktor…teruskan menulis, dan yg lebih utama, teruskan menjadi seorang perawat selama mana masih ada upaya…

  2. Assalamualaikum kak jie, maafkan saya di sebabkan komen saya ini tiada kaitan dengan entri ini. Saya ingin bertanya sesuatu dengan kak jie tentang blog.

    Menulis sesuatu tajuk yang panjang-panjang untuk sesuatu entri didalam blog saya, akan menyebabkan tajuk tersebut akan kelihatan bertindih. Tetapi apabila saya melihat tajuk entri kak jie ini apabila ditulis panjang-panjang pula, tidak pula bertindih. Adakah saya perlu menukar code didalam blog saya? H1, H2 atau H3
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Photoshop Membuang jerawat dimukaMy Profile

Comments are closed.