Madu Tiga Hijau Pandan Cair
Pengetahuan Am

Madu Tiga Hijau Pandan Cair

Alhamdulillah………. sepantas pos laju, hari ini saya dah terima bungkusan dari Muhasabah Trading yang dipos semalam.

Order hari Rabu, dikirim hari Khamis dan diterima hari Jumaat.

Ini jubah Intan,  Oliver Green rekaan gaya Arab menggunakan kain jojet selapis dan sentuhan labuci dan sulaman. Sulaman dia kemas.  Nak buat pilihan pun senang sebab disediakan  ukuran penuh bagi setiap saiz yang ada ; bahu ke tangan, lebar bahu / pinggang / bawah, labuh bahu ke bawah.

Untuk saya ?  Mestilah ada.

hehehe…sekarang ni susah betul nak dapatkan tudung bawal. Kalau ada pun semua stok lama , nun diceruk letaknya. Saya tak berapa minat dengan ‘Tudung Express’ – Tudung Ekin, Tudung Fareeda, Tudung Lycra, Tudung Syria, Tudung Nur . Rasa lebih anggun dan kemelayuan bila berbaju kurung dengan tudung bawal.

Ini tudung bawal saya – Tudung bawal asli Kelantan –  Madu Tiga Hijau Pandan Cair… perhhh…nama dia. Dihias dengan svarowski crystal.

Sebenarnya ada banyak lagi koleksi di Muhasabah Trading yang mengikut trend kontemporari, sesuai dengan peredaran fesyen semasa untuk abaya atau blouse  muslimah.

Koleksi tudungnya meliput berbagai jenis untuk berbagai pilihan dari Shawls Pashmina sampailah untuk tudung  anak-anak .

Baju kurung pun ada – pergilah tengok sendiri kat Muhasabah Trading.  Dan yang paling penting, kos penghantaran di Malaysia adalah PERCUMA!

Terimakasih ye…..sebenarnya jubah dan tudung ini adalah hadiah daripada samdaddycool pemilik Muhasabah Trading untuk kami dua beranak.

©kujie – esok update gambar model Intan dengan jubah barunya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Madu Tiga Hijau Pandan Cair

  1. Sejak berpindah ke kelantan ni, shopping tudung dah jadi sebahagian daripada aktiviti, tudung bawal kat sini masih ada di tempat-tempat tertentu, walaupun bilangan dia mungkin tidak sebanyak tudung ekspress tu, tapi cukup rasanya untuk mendapatkan yang berkenan di hati. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Puisi kehidupan- Puteriku – 1My Profile

  2. salam kak g, minat masing2 kan kak g… saya pulak lebih suka pakai tudung ekspress sekarang sebab senang nak atur, hehehe…(malas la tu..) espclly, kalau time nak pergi kerja yang tergopoh2 tu, senang diatur. kejap jerr.. selamat beraya kepada kak g sekeluarga. cantik jubah intan, saya suke.
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Ku Susun Jari SepuluhMy Profile

  3. Samalah dengan Tie. Lebih suka pakai tudung bawal. Kalau pakai tudung express tu rupa berubah jadi wanita seberang lak, hihi..

    Baru je balik dari Klate, sempat beli 2 helai tudung. Murah betul Jie, Tie beli yang simple tapi sweet.. Rm10 dan EM15.. kalau kat sini (Ganu ni) tentu kena ketuk Rm25 sehelai.
    Jom terjah post menarik dari Tie ..SibukMy Profile

  4. Sebenarnya ramai lagi masih meminati tudung bawal, tapi yang asli tewas dengan produk China. Lagi satu, sales slow sikit untuk bawal, tu yang tak tambah stok. Mungkin akan datang top balik, sapa tau kan..

    p/s- ngam tak Intan pakai jubah tu?
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Oh tidak!My Profile

  5. lama jugak tak pakai tudung bawal. memang apa2 pun, tudung bawal cantik digayakan .arin pakai tudung ekspress sebab ada dua supergirl yang suka mengharu birukan tudung ku.hehehehhe..
    salam aidilfitri buat kak jie sekeluarga..
    Jom terjah post menarik dari arin ..Insya Allah My Profile

  6. skang memang susah nak cari tudung bawal,kalau jua pun pembelinya 1% je…

    **kat mana kak jie amik widget top komentar tu?
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..MariposaMy Profile

Comments are closed.