Ma, kulit Angah dah gelap, camne nak putihkan balik?
Budak ni tetiba nak jadi putih gebu macam dara sunti kot.
Saya balas ” kalau nak putih, balik dok bawah ketiak mama”
Tapi memang sejak dia kat MRSM nampak sangat perubahan – makin gelap berkilat. Belajar tengah padang ke hape?
Tapi Angah lelaki, apa nak risau. Kemudian dapat lagi sms :
“..laa klu mama tgok Angah skrg ni, mmg btul gelap. Warna Angah dah x mcm mama dah“
Lawak betullah budak ni, entah apalah warna Angah sekarang?
Hijau?
Kuning?
Balik bercuti hujung bulan nanti saya dah sediakan krim pemutih untuk Angah – day cream photoshop ..hik hik. Proses pemakaian masih sama – gunakan jari untuk touch up!
Bab putih memutih memang topik semasa kaum perempuan. Dari memutih kain baju sampailah memutih badan sendiri. Perempuan cantik didefinisikan, dibentuk, diciptakan dengan berkulit putih sehingga perempuan sebaliknya kehilangan kepercayaan atas tubuh dan kehilangan identiti karektor diri sendiri.
Banyak kes produk kosmetik yang dipasarkan dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Tetapi masih bersepah² gerai/kiosk yang menjual produk pemutihan bermaksud ianya mendapat permintaan yang tinggi dari orangramai.
Mengikut Bernama 20/4/2011 , orang ramai dinasihatkan supaya mengelak menggunakan enam produk kosmetik jenama terkenal ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream. kerana mengandungi Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin.
- Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi. Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
- Dexamethasone adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
Saya beli sabun kulit rambai berharga RM 2.90 di Tesco untuk Along bagi rawatan jerawat . Alhamdulillah nampak berkesan. Embah dia pun boleh perasan perubahan muka Along dan tegur.
Cuma perlu rawat bekas parut jerawat. Tapi budak lelaki yang tak hairan nak jaga² muka, susah nak suruh dia amalkan secara teratur.
Awek dia tegur ke tidak tataulah… kata Intan , Along tak de awek. Saya tanya macam mana tau? Kata Intan, sebab dia biasa letak handphone merata², semua orang boleh tengok,… kalau ada awek mesti nak sorok²… itu kata Intan
………… yang tengah hangat bercintan cintun tolong sahkan fakta ini betul atau tidak… sebab Intan baru 12 tahun belum ada pengalaman bercinta.
teringat video klip matluthfi90 – selamat hari ibu 2010
“tolong rekemen cream jerawat walau satu pun tak guna”
Macam mana nak order krim photoshop ni? hehe..
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Selamat Datang Tahun 2014
Saya sudah lama mengamalkan krim photoshop. Alhamdulillah, saya tampil dengan lebih bergaya dan berani. Hahaha
Jom terjah post menarik dari NoktahHitam ..SalamMedia: The Birth of an Awesome Blog Advertising Company
first time tengok krim photoshop! muahahahaaa~
terbaekla iklan pic madonna tu. err, betul kan madonna ?
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Homestay Regalia Studio, mu tunggu aku datang
dulu masa bujang muka licin tanpa jerawat tapi bila dah anak 5 ni…haish… jerawat bukan main lagi meghela dok bertepek tang dahi n tepi2 kepala. Nnt nak cuba gaklah sabun kulit rambai tu. Mekasih kongsi info 🙂
Jom terjah post menarik dari Ieta Mat Saad ..Suka sangat buat entri sebegini
Saya pun berminat dengan krim Adobe Photoshop tu, kat mana nak dapatkan ek? kikikiki
Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..Ephyra- Selepas Sebulan Ku Tak Sanggup Meninggalkanmu
a’a..xla putih…tp kulit jadi bersih.. hilang segala daki2 berkarat kt muke n badan.. hehehe… sabun bunge rambai ye.. nk cr laa jugak..
Jom terjah post menarik dari laily ..Selamat Menjalani Pembedahan
Duduk asrama memang gitu. Pi aktiviti sana sini, koku, sukan. Tambah-tambah sekolah lama saya yang kat tepi laut Sabak Bernam tu confirm kulit jadi gelap 😎
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Negeri 5 Menara-Kisah Budak Pondok
tak semestinya, mungkin diorang guna surat lagi kot..
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Fakta- Kebaikan dan kelebihan Jagung yang anda tidak tahu
saya dah pakai temulawak..tapi muka makin berminyak,jerawat makin banyak…x sesuai kot
Betul cakap Intan 🙂 Kalau ada awek, mesti dia nak sorok-sorok punya. Dah berpengalaman. Hahahaha.
Jom terjah post menarik dari Nurfaiz Shaidan ..Max 247 @ 24- 7 Debut Performance at Youth Tourism Fair 2011
Assalam..
Kalau nak cuba boleh try guna produk SHADIRA. tp kena sabar la, bukan sekelip mata boleh putih, kulit muka pun jadi licin.
Jom terjah post menarik dari iza ..Mangsa Masih Hidup Ketika Kemalangan
betul tu intan. makcik setujuuu………..
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..3 Hari 2 Malam